Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 22, 2020

gelang besar pemberian suami

Suatu hari seorang suami membawa pulang seutas gelang tangan yang agak besar untuk isterinya. Gelang itu disambut dengan gembira. Selama bertahun² si isteri memakainya. Selalu ia mengulang² ucapan terima kasih pada sang suami.

Beberapa tahun kemudian si suami meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta kecuali gelang tersebut.

Kehidupan selama ini yang sekadar cukup² makan menjadi lebih buruk apabila orang yang mencari nafkah selama ini telah tiada. Si isteri dan tiga anaknya terpaksa menjalani kehidupan yang semakin hari semakin sukar sehingga nasipun kadang² tidak ada.



Pada suatu ketika berkatalah anaknya yang sulung. "lbu gadai-lah gelang yang ayah beri itu. Boleh kita beli makanan dan keperluan lain."

Dengan perlahan si ibu berkata: "Bukan ibu tidak mahu gadaikan gelang itu. Sebenarnya ibu sudah tahu sejak awal bahawa gelang yang ayah kamu beri itu hanyalah emas palsu. Namun ibu tidak kecewa kerana ibu tahu ayahmu sentiasa berusaha membahagiakan ibu semampunya.

Kesah di atas hanya cereka dan mungkin tidak pernah berlaku. Namun hakikatnya kita boleh jadikan bahan untuk merenung sejenak bagaimana kita menerima setiap pemberian daripada Allah. Adakah kita redho atas apa sahaja pemberian-Nya? Atau kita hanya bersyukur jika sesuatu pemberian itu baik pada kita? Manakala apabila takdir Allah itu tidak kita sukai kita akan menolaknya?

Padahal kita tahu bahawa baik atau buruk semuanya daripada Allah. Kita hanya hamba-Nya.

Acap kita lupa, pemberian Allah datang melalui orang lain.

Ya Allah. Betapa lemahnya sikerdil ini dalam menghadapi ujian-Mu. Kau permudahkanlah kami dan jangan beratkan kami dengan ujian yang tak mampu kami lalui.

Wallahu'alam.

Cheguman
M O R H A



  • Nak Morha nutral atau Morha serai?

  
----------------------------------------------------------


M I N Y A K    M O R H A B S H I


----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)