Monday, April 27, 2015

GST vs PRK Rompin Permatang Pauh

Dua PRK sedang 'berlangsung', konon bagi menyempurnakan sistem demokrasi. Bagi Demang, apabila demokrasi disempurnakan maka lengkaplah sebuah kegagalan dalam ketamadunan manusia.

Apa boleh buat, kita sudah memilih untuk berdemokrasi dan membuang sistem khalifah. Mujurnya, kita tidak buang semua meski peranan kesultanan semakin hari semakin kabur. Lama-lama nanti, cucu cicit kita sangka sultan itu tugasnya mengurus kelab sukan.

Kita kembali pada realiti, sistem demokrasi. Rakyat kononnya menjadi raja.

Apa khabar GST setelah 3 minggu dilaksanakan? Adakah suara hati rakyat akan tertampil melalui keputusan PRK itu nanti? Memang tidak valid mengambil keputusan pilihanraya kecil bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap GST, namun jika BN kalah di Rompin maka ia serta merta menjadi valid!

Barangkali kurang sesuai Demang menulis tentang kebobrokan GST tatkala jentera BN sedang bertungkus lumus berkempen memenangkan calon kerajaan. Apatah lagi ramai sahabat-sahabat Demang ikut terlibat. Namun bagi Demang si blogger kerdil, inilah masanya untuk bersuara. Waktu lain, mencurah air di daun keladipun lebih baik.

Demang dengar-dengar, ada menteri kata Tun Mahathir bantah GST kerana beliau tidak faham GST. Wah, kalau Tun pun tidak faham, bagaimana dengan Demang dan rakyat marhaen lain? Sistem planet mana yang kerajaan gunakan hingga mengelirukan ramai orang?

Kalau didengar penerangan awal tentang GST, memang nampak ranum dan mengiurkan. Namun apabila dilaksanakan terlihat banyak kebusukan dan sesetengah nampak berulat dan menghilangkan terus selera Demang.

Demang lihat demokrasi yang kita sanjung sudah jadi alat kapitalis memuaskan nafsu mengaup untung. Manakala kerajaan yang diberi amanah melalui demokrasi gagal menjadi pembela kepada rakyat. Lebih tepat lagi, kerajaan menjadi pembela pada golongan kapitalis. Agaknya kerana kapitalis lah yang membiayai perbelanjaan pilihanraya mereka.

Rasanya sudah banyak kali Demang tulis, sepatutnya GST dijadikan cukai terhadap pengeluar, bukan pada pengguna. Caranya ialah setiap urusniaga antara pengeluar dan pemborong, dikenakan cukai.

Dengan cara itu harga runcit akan kekal atau setidak-tidaknya peniaga kena cari alasan lain untuk naikkan harga. Apapun, kerajaan perlu menyimpan harga siling setiap item sebelum cukai dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi oleh peniaga.

Macamana nak tahu semua harga produk di pasaran dan merekodkannya? Mudah sahaja sebab semua produk didaftarkan dan sudah ada kementerian khas yang dibayar gaji oleh rakyat.

Kerajaan tidak perlu risau untung rugi pihak peniaga sebab para peniaga banyak muslihat untuk meningkatkan keuntungan.

Monday, April 13, 2015

Antara korea, singapura, dan malaysia

Demang suka menulis pada hari cuti cuma hasil analisis Demang sejak 2009, pengunjung Waadat akan susut pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad.

Akhirnya Demang pun ikut malas nak uodate Waadat pada hari-hari tersebut biarpun idea membuak-buak.

Maka hari ini Demang malas nak tulis panjang-panjang sebaliknya nak ulas sedikit perkongsian darioada media sosial berikut yang mungkin anda sudah baca. Kalau sudah baca, terus skip ke bahagian paling bawah untuk melihat komen Demang.

Satu Artikel Dari Bilik Sebelah..
----------------------------------------------

Artikel ini agak panjang. Tapi bagus untuk dibaca. Buka pintu hati dan minda.

Ulasan saya :
Ketelusan pemimpin sangat perlu ditekankan

Bagaimana agaknya malaysia tanpa minyak hutan dan air.

Adakah pemimpin hampir 60tahun memerintah boleh bawa malaysia lebih maju?

Banyak pemimpin dalam bn dan pr masih sandar income minyak dalam bajet. Masih mencari pemimpin yang boleh unjurkan ekonomi tanpa semua itu.

Sdikit utk difikir2:

Malaysia, Singapura dan Korea.
Timeline Photos
Norman Liverpool
"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekono
mi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Korea. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yan
g basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakya
t) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran".

KOMEN DEMANG:
1) Demang ucapkan tahniah atas keprihatinan penulis tersebut terhadap rakyat Melaysia dan ada beberapa perkara yang Demang ikut bersetuju dengan beliau secara umum.

2) Demang juga kagum dengan kejayaan Lee Kuan Yew tetapi yakin jika Tun Mahathir waimma Tunku Abdul Rahman yang berada di tempat Lee Kuan Yew, Singapura akan lebih hebat lagi. Buktinya, Lee Kuan Yew banyak kali tewas di tangan Tun Mahathir dalam banyak isu termasuk dalam kes Jambatan Bengkok dan kereta nasional. Sebenarnya Lee Kuan Yew mewarisi dan meneruskan legasi Britain, termasuk 'branding'.

Bukan mudah untuk memulakan 'brand' baru dan Lee Kuan Yew tidak perlu bersusah payah kerana Singapura sudah lama terkenal.

3) Perlu juga diingat bahawa Korea, US, Britain, dan Jepun boleh menukar kerajaan setiap penggal bahkan setahun atau sebulan sekali sebab di negara tersebut tidak ada kaum seperti kaum cina di Malaysia. Kalau nak merasa, cubalah. Ala, qiamat pun bukan lama sangat lagi.

Monday, April 6, 2015

Kesah lelaki, keldai dan GST

Sudah lama Demang tidak bercerita dalam blog ini. Hari ini Demang nak kongsikan satu kesah yang bertajuk Penternak, Anak, dan Keldai.

Prologue:
Pada suatu hari seorang penternak mengajak anak lelakinya menjual keldai mereka di pasar. Maka berjalanlah kedua-duanya mengiringi keldai tersebut ke pasar.

(Anda boleh skip beberapa perenggan berikut)

Mereka melewati sebuah kampung dan terserempak dengan sekumpulan petani. Salah seorang daripada petani berkata: kenapa tidak ditunggang keldai itu?

Penternak dan anaknya merasakan itu adalah idea yang baik maka kedua-duanya naik ke atas belakang keldai bagi meneruskan perjalanan.

Tidak lama kemudian mereka tiba di sebuah kampung dan lalu berhampiran sekumpulan wanita. Ada antara wanita itu yang berkata: alangkah kejamnya dua orang lelaki menunggang keldai yang kurus.

Maka penternak itu turun dan membiarkan anaknya sahaja terus menunggang keldai.

Tidak lama kemudian mereka tiba di kampung lain dan melalui sekumpulan pelajar. Salah seorang pelajar berkata: sungguh tidak patut seorang anak senang lenang menunggang keldai padahal ayahnya berjalan kaki.

Penternak itu menyuruh anaknya turun dan dia menggantikan tempat anaknya.

Mereka meneruskan perjalanan dan tiba di suatu tempat. Kelihatan beberapa orang pemuda sedang berkumpul. Salah seorang pemuda menyindir betapa orang dewasa suka membuli kanak-kanak.

Apa akhiran cerita ini? Demang pun sudah lupa. Demang percaya anda pernah mendengarnya.

Oleh kerana Demang sudah lupa maka izinkan Demang reka sendiri sambungan cerita ini.

(Perenggan seterusnya anda tidak boleh skip)

Penternak tiba di pasar dan menjual keldai tersebut.

Pada minggu berikutnya, penternak ingin menjual keldai lagi. Kali ini beliau tidak mahu lagi berjalan kaki. Beliau menyewa lori dan membawa keldai ke pasar untuk dijual. Selain penjual keldai, bermacam-macam perniagaan berlangsung di pasar itu.

Orang kampung melihat para peniaga mengaut untung daripada urusniaga manakala mereka kekal sebagai petani. Tertonggoknya pasar di negeri itu langsung tidak menguntungkan mereka selain daripada tempat kemudahan berjual beli.

Akhirnya orang kampung bermesyuarat dan mengambil keputusan bahawa semua peniaga wajib membayar cukai. Hasil cukai tersebut akan digunakan bagi menyelenggara pasar dan bakinya dimasukkan ke tabung penduduk.

Untuk apa wang tabungan itu? Ah, tak perlu difikirkan sangat buat masa ini sebab orang bodoh dan orang gila pun tahu menggunakan duit!

Semua penduduk pada dasarnya bersetuju sebab mereka dapat untung. Cuma masalahnya, bagaimana hendak dilaksananakan?

Ada seorang mencadangkan cukai dikutip daripada peniaga berdasarkan jualannya selama setahun. Malangnya setelah dilaksanakan, ramai peniaga yang menipu dan tidak mengisytiharkan jualan tahunan terkumpul dengan jujur.

Selepas bermesyuarat semula, ada yang mencadangkan supaya diletakkan tabung di setiap kedai dan setiap kali ada jualan, 6% daripada jumlah bayaran dimasukkan terus ke dalam tabung.

Cadangan tersebut memang baik tetapi bagaimana nak pastikan setiap kali berlaku jualan maka penjual dan pembeli secara tulus dan telus memasukkan 6% daripada jumlah jualan/pembelian ke dalam tabung?

Akhirnya seorang AJK kampung mencadangkan digunakan alat khas mengira cukai yang akan merekod dan mampu diperiksa oleh JKKK secara telus bagi setiap urusniaga yang berlaku.

Nampaknya sistem ini boleh diguna.

Ucapan ketua kampung tersebut yang sempat Demang catat:
1) semua pembeli termasuk daripada bandar berhampiran yang membeli di pasar itu mesti bayar GST.
2) wang terkumpul akan diagihkan semula pada penduduk dalam bentuk perkhidmatan dan kemudahan awam.
3) ada sebilangan penduduk miskin yang dapat wang tunai.
4) ada sebilangan penduduk ditugaskan dalam pengurusan dan dibayar gaji serta elaun.
5) ada yang cuma dapat kemudahan awam.
6) memang ada yang langsung tak dapat sebab mati awal, tetapi dapat pahala atas sumbangannya.

Akhirnya semua penduduk kampung bertepuk tangan kerana GST akan memberi faedah pada mereka. Walaupun mereka sedar sebahagian GST tersebut darioada wang mereka juga namun itu lebih baik daripada tidak dapat apa-apa.

Mereka juga tahu, tanpa cukai pun peniaga pasti akan naikkan harga barang dari semasa ke semasa.

Wednesday, April 1, 2015

Perang dengan perompak GST

Matahari muncul lagi, sama seperti semalam dan kelmarin dulu.

1 April 2015 tiba juga dan tidak perlu dimukaddimahkan lagi peristiwa penting yang berlaku hari ini sebab kerajaan sudah hebahkan sejak sekian lama.

Itu mungkin kesilapan utama kerajaan dan kita tidak boleh juga salahkan media sosial yang mampu menyelinap ke dalam seluar menteri bagi mengutip isu, menyebabkan kerajaan tidak begitu berani berahsia.

Namun bukan masalah telus atau rahsia. Demang nampak huru hara timbul kerana kerajaan kurang bijak dalam melaksanakan sistem baru. GST hanya sistem dan sejak zaman dahulu kala kerajaan memang mengutip cukai bagi membiayai perbelanjaan negara (dan secara tidak langsung perbelanjaan diri dan keluarga mereka).

Tak apa-lah. Itu kita kategorikan sebagai upah atau gaji.

Pagi-pagi lagi Demang terima resit kedai mamak daripada seorang teman yang baru bersarapan. Pada kertas tersebut tertera caj 6% daripada jumlah sarapan beliau.

Catatan lengkapnya:
Kopi O: RM1.50
Roti telur: RM2.20
GST 6%: RM0.22
Jumlah: RM3.92

Bagi Demang ini adalah permulaan yang bagus. Sebelum ini jarang orang peduli apa yang dibayar. Sekarang kita boleh lihat secara rinci caj yang dikenakan dan boleh juga bandingkan harga dengan kedai lain. Setidak-tidaknya kita tahu nilai wang kita.

6% atau 22 sen adalah cukai yang diambil oleh kerajaan. Apa tujuannya? Soalan itu anda fikirkan sendiri dan adili sendiri.

Kemana pula perginya 94% atau RM3.70?

Ia adalah untuk peniaga menguruskan produk yang kita beli termasuk sewa kedai, gaji pekerja, tepung, gula, serbuk kopi, bil letrik dan air, dan sebagainya. Selebihnya adalah untung peniaga.

Berapa peratus untung peniaga?

Bagi Demang, jika kita hendak berkira, maka berkiralah dengan untung peniaga. Bagaimana? Pilihlah kedai yang pemiliknya tidak berkira sangat dengan kita.

Sekarang kita (baca: kerajaan) sudah ada maklumat yang lengkap dan tepat setiap produk dan perkhidmatan yang ada di Malaysia. Maklumat sangat penting untuk membuat keputusan terbaik.

Dari situ kita boleh tahu apa yang kita sudah ada, berapa banyak stok barang keperluan untuk rakyat, berapa harga, senarai perbandingan dan pilihan yang ada, dan sebagainya.

Dengan adanya GST juga bermakna kita tahu berapa yang telah dikutip dan buat unjuran untuk pendapatan akan datang.

Maka, sekarang bukan masanya untuk menolak GST tetapi menjadikan GST satu peluang melaksanakan kebajikan rakyat. Jika nak persoalkan, soalkan ke mana dan bagaimana wang kutipan itu dibelanjakan.