Wednesday, April 23, 2008

Sekapur sirih seulas pinang

Original Posted by Cheguman at 12:19 AM 0 comments
(dalam binanegara.blogspot.com)

Teka-teki tarikh pilihanraya bukan sahaja telah berakhir malah keputusanpun telah diumumkan. Rakyat kembali membuat keputusan. Rakyat menggunakan kuasa sebenar mereka. Suka atau tidak, begitulah kehendak rakyat. Betul atau tidak keputusan tersebut, itulah kehendak rakyat. Jangan sesekali salahkan rakyat biar apapun keputusan yang mereka buat.Sempena pilihanraya kali ke 12 ini kami dengan rendah diri melancarkan laman blog baru dengan nama 'binanegara'. Bukan untuk menegur sesiapa, jauh sekali untuk menunjuk pandai tetapi blog ini adalah bagi mengajak sesiapa sahaja yang punya hasrat untuk sama-sama memberikan buah fikiran dan pandangan bagi membina negarakota dan negarabangsa yang kita kasihi ini.Bertepatan dengan tajuk laman ini, begitulah hasrat sebenar ia dilancarkan. Justeru kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan bagi membina sebuah negara yang selamat untuk kita diami bersama-sama.Sebagai permulaan kami sediakan beberapa tajuk atau isu untuk dibincangkan.Anda berhak untuk menyatakan pandangan anda.Sekian, selamat berbincang.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.