Sambil melayari internet, telinga masih sempat menangkap kisah Tuah dan Jebat yang disiarkan TV2 malam tadi.
Demang percaya majoriti orang Melayu mengetahui kisah tersebut daripada filem semata-mata.
Barangkali sebahagian kecil sahaja yang pernah membaca kisah tersebut daripada teks Hikayat Hang Tuah.
Demang teringat sindiran Prof Dr Haron (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, USM):
"Sayapun tidak tau dari mana sumber mereka ambil untuk 'bikin filem' tersebut. Yang jelas, cuma nama-nama watak sahaja yang serupa dengan epik Melayu, yakni seorang dipanggil Tuah dan seorang lagi digelar jebat.
Padahal kandungan ceritanya menyimpang jauh sehingga membawa konotasi berbeza dari teks asal.
Menurut Prof Dr Haron, perubahan interpretasi terhadap kewiraan Tuah-Jebat bermula sekitar 60-70an. Antara pencetus idea tersebut ialah Kassim Ahmad yang diketahui sebagai salah seorang pejuang sosialis.
Prof Madya Dr Suhaimi (PPIP USM) meletakkan karya sastera yang muncul ketika itu sebagai beraliran moden.
Bagi yang mengikuti perkembangan sastera tentu tidak sukar memahami aliran tersebut yang menekankan 'seni untuk seni'.
Malah sesiapa yang hidup pada zaman itu juga akan sedar 'kelainan' karya-karya yang muncul tika itu.
Karya-karya tidak lagi membawa mesej atau moral cerita. Sebaliknya berlegar pada keindahan seni semata-mata.
Bagi anak-anak muda zaman itu yang tidak berminat dengan sastera, mereka terdedah pula dengan budaya hippies.
Bagi yang masih mengingati, anak muda gemar berambut panjang dan kusut masai, berseluar jean lusuh dan yang paling penting: jarang mandi.
Di celah-celah pengaruh aliran moden dan kecelaruan budaya hippies itulah penggerak sosialis menyelitkan idea sosialis mereka.
Permainan halus puak sosialis adalah bertujuan melemahkan pengaruh raja. Caranya ialah dengan menghalalkan penderhakaan terhadap raja.
Filem yang disiarkan semula oleh TV2 malam tadi jelas bertujuan mengumpan simpati rakyat terhadap Jebat sekali gus mengecam Tuah yang tidak menghargai pengorbanan seorang sahabat.
Ekoran dari itu watak Tuah bukan sahaja tidak dihargai malah menjadi bahan ejekan serta cemuhan orang ramai.
Tuah dilempar dengan pelbagai gelaran yang menghina seperti pembodek, pengampu malah penjilat...
Implikasi kerosakan yang timbul dari dakyah ini amat dahsyat. Orang Melayu menjadi amat fobia dengan gelaran pengampu dan pembodek.
Itu bukanlah masalah sebenar kita (pengampu dan pembodek tulin memang tidak dialu-alukan).
Dilema sebenar bermula apabila definisi ampu dan bodek dibuat wewenang sehingga sebarang kebaikan dan kebajikan yang dilakukan terhadap orang atasan dikatakan ampu dan bodek.
Bersambung
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIni memang benar, kadang kadang kita buat baik dan ikhlas bertugas pun dikatakan pengampu boss. Tapi kalau malas tidak pula diberi apa apa komen.
Jadi, kalau rajin sikit, tak boleh.
Susah kalau budaya ini tidak dikikis. Satu lagi, kalau kita buat baik dengan orang atas pun tak boleh sebab dilabel pengampu.
Jadi adakan rajin dan buat baik itu sendiri tak boleh, tapi bila malas dan mencaci boss belakang dia boleh?? inilah yang mengelirukan masyarakat kita. Akhirnya 'baik aku malas, kalau rajin orang kata nak bodek" Bahaya ini.WaAllahuAlam.