Selamat menyambut ketibaan Ramadhan al mubarrak dan selamat berpuasa. Puasa... jangan tak puasa, tau...
===========================================================
SMS Demang sempena 31 Ogos 2008
Andai bahtera ini terpaksa karam, kita bukan lah yang terakhir meninggalkannya malah kitalah yang akan tenggelam bersamanya.
Selamat Hari Kebangsaan.
============================================================
Masih bernilaikah sebuah keikhlasan?
Selalunya Demang dapat bersabar dengan beberapa tindakan aneh Paklah. Namun kali ini Demang benar-benar kecewa dan 'rasa teraniaya'.
Tak bolehkah Paklah tangguhkan pilihanraya kecil Permatang Pauh selepas belanjawan? Jika Paklah tiada kuasa menentukan tarikh pilihanraya, tak kan lah beliau tak boleh mempercepatkan tarikh pembentangan belanjawan?
Namun semua itu tidak dilakukan. Padahal beliau boleh menggunakan belanjawan sebagai umpan. Kalaupun BN tidak menang sekurang-kurangnya dapat menurunkan majoriti lawan.
Namun isteri Demang mempunyai rasional lain. Katanya, "itu lah bukti keikhlasan Paklah. Jika beliau bentang belanjawan sebelum pemilihan Permatang Pauh orang akan kata Paklah beri rasuah. Jadi, lebih baik diberi selepas rakyat mengundi. Terpulang lah kepada rakyat untuk menilainya.
Demang terima satu SMS daripada seorang sahabat: "Paklah ni memang 'betui bendoi?'
Sementara itu Demang juga pernah dengar Paklah selalu buat solat istikharah sebelum buat keputusan besar.
Orang yang jujur ni, selalunya tak lama. Orang yang zalim dan pembohong besaq, lazimnya lama.
ReplyDeleteakhir zaman orang baik / amanah dilihat jahat. macam Pak Lah.
ReplyDeleteOrang jahat @ korup / nepotisme / dilihat baik.macam orang itu..
Susah kerana 'mata hati' semua dah kotor...
Siapa masih 'hidup' tentu dia akan pertahankan yang bendoi !!
Yakin Pak Lah akan terus MENANG DI SISI ALLAH dan disokong rakyat yang perihatin dan sedar.
Hidup Pak Lah !!!
smlm selepas teraweh saya bercakap dengan pengurus pusat motivasi ...bekas orang kuat PAS dan ada sokong PKR juga..
katanya Anwar tak leh harap..dia puji hj hadi kerana nak bersatu dengan umno...
naik bulu roma dia pertahan Pak Lah...saya juga meremang !!!
katanya lagi lebih baik Pak Lah lagi dari Nik Aziz !
kisah benar ini saya akan buat akuan bersumpah tak lama lagi hehehehe...