Monday, August 25, 2008

Dilema PAS

Tiga 'bukti depan mata' kalaupun tidak membuatkan sebahagian besar penyokong PAS 'buka mata', sudah cukup untuk membuatkan mereka berfikir banyak kali untuk memberi undi kepada PKR.

Itulah kesimpulan Demang selepas berada selama tiga hari di Permatang Pauh, menjelang pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Ramai kalangan penduduk yang Demang temui mula merungut terhadap kepimpinan DAP di PP selepas PRU12. Malah beberapa orang penduduk di Penanti dan Permatang Rawa mengaku kepada Demang yang mereka tersalah jangka apabila memberi undi kepada PR ketika itu.

Demang bukan ahli mana-mana parti sekarang. Demang pernah menjadi ahli UMNO tetapi tidak mendaftar semula selepas parti itu diharamkan. Demang juga pernah menyertai PAS sebelum PKR ditubuhkan. Malah Demang pernah mengagumi Anwar serta bersimpati dengan isu penyingkiran beliau dari kerajaan.

Bagi yang masih ingat peristiwa 1999, setelah Anwar disingkir para penyokong beliau terbahagi kepada tiga kelompok.

Atas 'percaturan politik aras tinggi' (istilah popular tika itu) kumpulan pertama diarah menyertai PAS.

Penyusupan kumpulan tersebut adalah bagi memastikan sokongan PAS kepada Anwar akan berkekalan. Malah sekiranya penubuhan parti baru ditolak maka PAS akan menjadi wadah utama perjuangan Anwar.

Justeru agen-agen Anwar mesti mengisi jawatan-jawatan penting dalam PAS. Anwar akan tiba kemudian dan terus menjadi presiden atau mursyidul Am.

Inilah dilema pertama penyokong tulen PAS.

Meskipun kedudukan dan jawatan bukanlah fokus utama pejuang tulen PAS, namun penguasaan orang-orang Anwar telah mengkucar-kacirkan keharmonian mereka.

Keghairahan ahli baru ini mendominasi saf kepimpinan PAS membawa budaya baru yang dipandang jengkel oleh ahli senior.

Bagi kebanyakan ahli PAS tulen, bukan jawatan jadi buruan tetapi asas perjuangan adalah bagi menegakkan daulah Islam berteras undang-undang Islam.

Malangnya setelah lebih kurang setengah abad berjuang, matlamat tersebut tidak lagi berada di penghujung landasan.

Dilema kedua PAS muncul pada PRU12. Para pemuda PAS bertungkus lumus memasang poster dan bendera. Para muslimah pula berkempen dari rmh ke rmh. Sementara itu ustaz-ustaz PAS diusung ke sana ke sini bagi membantu kemenangan PR.

Namun setelah pakatan tersebut berjaya menguasai beberapa negeri, segala pengorbanan ahli akar umbi PAS dilupakan, kecuali bagi negeri yang memang didominasi oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah.

Di Pulau Pinang, PAS diketepikan sama sekali. Di Perak PAS menjadi tukang tandatangan keputusan yang dibuat DAP. Manakala di Selangor, PKR dan DAP berbahagi kuasa sedangkan Hasan Ali adalah agen setia Anwar.PAS (original) melopong lagi.

Kumpulan kedua bersembunyi di dalam UMNO. Namun sebahagian besar kembali insaf dan menerima Paklah sebagai agen pemulihan perjuangan Melayu. Manakala selebihnya terus berusaha memusnahkan UMNO dari dalam.

Kumpulan ketiga akhirnya berjaya menubuhkan parti Keadilan yang kini dikenali sebagai PKR. Tak perlu lah Demang perkenalkan lagi kerana umum sudah mengetahui perjuangan kumpulan ini: memastikan Anwar menjadi PM.

Demang timbulkan kenyataan ini memandangkan ramai yang telah lupa atau tidak tahu mengenainya, terutama generasi baru. Maklum lah, peristiwa tersebut telah berlalu hampir satu dekad. Bagi anak muda berusia 27 tahun ke bawah (terutama pelajar U), ketika itu mereka masih di bangku sekolah dan majoriti penyokong Anwar ketika itu adalah guru-guru serta pegawai pendidikan. Bukan perkara rahsia tika itu betapa ramai kalangan guru yang membawa fahaman politik ke dalam kelas.

Mungkin ada yang tertanya, apa kaitan sejarah ini dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh?

Sebenarnya Demang sedang menjawab soalan seorang sahabat Demang ketika sama-sama berada di Permatang Pauh semalam: kenapa PAS tidak begitu berusaha membantu Anwar kali ini?

Hal ini dpt dilihat betapa tidak byk pondok-pondok PAS di situ sebagaimana sepatutnya. Malah para petugas PAS juga tidak seghairah dulu melaksanakan tugas-tugas kempen.

Hal ini sudah dijangka memandangkan suasana Muktamar PAS baru-baru ini juga memperlihatkan pelbagai isu dan ketidakpuasan hati ahli akar umbi terhadap Pakatan Rakyat.

Bagi Demang, apabila mengalami kebuntuan begini kembali lah kepada Allah. Lakukan solat hajat atau sebagainya bagi mendapatkan petunjuk-Nya. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar dan sebarang keputusan nanti hendaklah diterima dengan redha.

Sebarang keputusan pasti ada hikmahnya. Dalam PAS ada ustaz dan dalam UMNO juga ada ustaz. Dalam PAS ada ulama’ dan dalam UMNO juga ada ulama’. Jangan kita melampaui batas.

Wallahu’alam.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu,

    Walaupun saya berharap anwar tidak menang namun saya terima juga apa keputusannya kerana yang mengundi adalah penduduk permatang pauh.

    Mengenai anwar menjadi PM sememangnya saya tidak rela.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheguman,

    Saya amat mengerti apa yang Cheguman maksudkan.

    Saya bukan Ustazah tapi sebagai rakyat Malaysia biasa saya hanya mampu berdoa. Berdoa supaya Allah swt berikan kita semua yang Terbaik.

    Sesungguhnya Ilmu Allah swt maha Luas dan hanya dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,
    saya juga bukan ahli mana-mana parti politik dan tak akan sertai mana-mana parti politik.
    saya hanya menyanjung kebenaran. dan kebenaran bukan milik manusia. hal anwar biarlah Allah yang tentukan. bukankah dia juga pernah jadi sebahagian dari umno?
    untuk islam, kitalah yang harus mengangkatnya kembali. jika dibiar politikus saja, habis la.
    semua harus untuk tanah air, untuk Tuhan yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  4. Cheguman,
    Saya kini melihat politik malaysia sebagai suatu pemusnah perpaduan, tidak kira antara Melayu dengan kaum lain atau Melayu sesama sendiri...
    Pelik dengan segala situasi... Semua benda dalam politik kini susah untuk dipercayai... Saya,seorang pelajar kini hampir muak... Jangan salahkan pelajar jika membenci politik kerana situasi yang memangkin perkara ini...

    ReplyDelete
  5. demang...jika hari ini terkeluar dr mulut nik aziz suruh tdk lg mempercayai anwar...dan2 tu jugak sy akn mematuhinya...sy yakin akn segala tindak dan gerak tuan guru...jika dia kata masih ingin bersamanya maka sy akan turut bersamanya....tdk ade bezanya saya dgn penyokong2 paklah yg lain...

    ReplyDelete
  6. 1) Anak Malaysia,
    Demang setuju dgn anda. Apa salahnya Anwar menang dan jadi YB. Tapi Demang tak mahu beliau jadi PM sehinggalah seluruh rakyat Malaysia bersetuju. Muktamad.

    2) Makcik,
    Doa Demang sama macam anda.

    3) Rahimin,
    Betul kata anda: "jika dibiar politikus saja, habis la."
    Itu sebabnya Demang berada di sini.

    (bulan lepas Demang ke Lipis, lalu ikut Jerantut, cuba call member nak tanya jalan; apa lagi, 'kena maki' la. Rupa2nya, Jerantut dah agak berubah...

    4) Redzwan,
    Demang setuju dgn sdra. Mereka suruh anak muda belajar tapi mereka juga yang membuatkan fikiran anak muda bercelaru.

    5) Man Helang,
    Eh... ingat kan nko org PKR, rupa2nya peminat Nik Aziz.
    Jgn bimbang, Demang belum terfikir nak membenci Tok Guru. Cuma sesekali Demang lepas geram jugak. Sebab Demang pun kekadang keliru dgn 'muslihat' politik diorg.

    Sedingin Salju tak datang ke hari ni?

    Mungkin ada satu soalan:
    "kenapa Demang beriya2 menyokong Paklah?
    Bagi Demang, dah ramai yg jadi pembangkang maka Paklah juga perlukan penyokong. Nanti apabila terlalu ramai yg memuja PM maka Demang akan bertukar menjadi penegur dan pencadang idea alternatif.

    ReplyDelete
  7. Saya mai dah. Dok dengak berita pilihanraya. Apa ni? kes liwad jadi kempen?

    Bagi sayalah, PAS perlu keluar dari PR. Apa guna lagi berada di PR kita penat-penat buat kerja tapi orang buat kita macam sampah?

    ReplyDelete
  8. Yang orang tua DSAI ni ketegak, tak mau jugak angkat sumpah. Apa cerita?

    ReplyDelete
  9. saudara, setiap hari orang pas dipergunakan oleh PKR untuk matlamat politik Anwar.

    Poor Pas.. adakah pas mahu menjadi parti kelas kedua dalam pakatan rakyat?

    dimanakah cita2 penyokong pas untuk mengangkat hj hadi menjadi pm?

    ReplyDelete
  10. demang...pendirian aku seperti ko jugak...

    Mungkin ada satu soalan:
    "kenapa Demang beriya2 menyokong Paklah?
    Bagi Demang, dah ramai yg jadi pembangkang maka Paklah juga perlukan penyokong. Nanti apabila terlalu ramai yg memuja PM maka Demang akan bertukar menjadi penegur dan pencadang idea alternatif.

    aku pula menyokong pas selagi blm jd parti pemerintah...jika dah jd nanti maka aku akn jd pembangkang pula utk mereka...bkn apa kita memerlukan 'penasihat' tak kira samaada kita suka atau tdk...

    aku tdk takut utk melakukan kesalahan, jika kesalahan itu mampu utk mengajar aku akan cara utk mengharungi kehidupan ini dgn lebih matang...

    ReplyDelete
  11. ahli-ahli Pas yang ikhlas akan nampak semua ini. Negara kita semakin hancur kerana fitnah yang tidak pernah selesai sehingga kini. Anwar benar-benar berdendam dan mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Politik bukan jalan lurus, tapi berliku-liku. Memang dari masa ke masa PAS menghadapi dilema. Tapi ada kalanya memang tidak dapat dielakkan, dan itulah perjuangan.

    Perjuangan PAS, singkat kata, ialah hendak menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam.

    Saya pernah kata, dalam blog yang lain, perjuangan itu tidak realistik dan tidak akan tercapai sampai bila-bila.

    Tapi orang-orang PAS jawab, sama ada matlamat itu akan tercapai atau tidak , itu Allah yang akan menentukan.

    Jadi kepada PAS saya ucapkan selamat berjuang!

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum.first time jenguk blog ni..menarik kupasan yang diberikan..

    pada saya semuanya bermula pada akar umbi..kena tengok dan nilai kumpulan yang betul betul PAS..maksud saya mereka yang celik mata dah berada dalam PAS..mereka inilah kadang menyebabkan pihak lain sangsi untuk menyokong perjuangan PAS..saya antara orang yang dilahirkan dikelilingi orang PAS. Datuk, nenek, pak sedara, mak sedara..namun saya tidak terdetik untuk bersama mereka..kerana ada sesuatu didalam diri mereka yang menjauhkan diri ini daripada mereka..fanatik mereka melangkaui batas kekeluargaan.....

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.