Friday, August 15, 2008

Entrepreneurship

Sham; anda boleh temui pemuda ini di sebuah bengkel di Bkt Baru Melaka. Berperawakan sederhana, sudah beristeri dan mempunyai dua anak yang masih kecil.

Sepatutnya dia sudah boleh bersenang hati dengan gaji yang agak lumayan: sebagai jurutera atau sekurang-kurangnya penyelia kepada sekumpulan mekanik di sebuah kilang milik syarikat asing atau tempatan yang telah kukuh.

Selaku orang muda yang mempunyai kepakaran tersendiri dan berkerjaya, beliau pasti mampu memiliki kereta sport dan berkongsi hobi tertentu dengan rakan-rakan.

Bagi kebanyakan orang, kedudukan seperti itu adalah keadaan yang cukup selesa. Alangkah indahnya dunia. Inilah masanya untuk memberi tumpuan pada anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan.

Namun Demang dapati pemuda ini agak berbeza. Dia memilih untuk menyisihkan sebahagian besar daripada simpanannya bagi menyewa dua lot kedai, melengkapkannya dengan peralatan membaiki kereta dan mengambil beberapa orang pekerja.

Ramai yang mengakui bahawa berniaga lebih baik daripada makan gaji namun tidak ramai yang benar-benar sanggup mempraktikkannya. Siapa yang sanggup melaburkan 100k untuk mendapatkan gaji sendiri yang lebih kurang sama dengan pendapatan sebelum ini?

Semalam Demang berselisih dengan anak muda tersebut yang memandu kereta Kancil bersama keluarganya.

Ah! Anehnya manusia. Sudah mampu hidup selesa dengan jawatan yang baik, namun memilih untuk bersusah payah mengusahakan perniagaan yang penuh cabaran.

Itulah usahawan (entrepreneur). Kumpulan tersebut semakin ramai kini. Menoleh lah sejenak kepada mereka. Mereka boleh sahaja bekerja dengan orang lain dan menikmati gaji lumayan. Namun mereka mengambil keputusan untuk membuka perniagaan. Mereka bukan sahaja memberikan jawatan lama mereka kepada orang lain malah menyediakan pekerjaan baru kepada orang lain pula.

Bukankah ini juga suatu jihad?

Nampaknya kelas Demang baru sahaja bermula.

5 comments:

  1. Assamualaikum Cheguman,

    Berniaga memang tidak semudah yang kita lihat dengan mata kasar. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dari banyak aspek kehidupan.

    Berniaga mesti sabar lebih lebih lagi pada peringkat permulaan. Cabaran juga dari banyak segi dan sudut. Itu lah perniagaan atau entrepreneurship.

    Kita bangga sekarang ramai orang orang kita mula berniaga. Ada juga hikmahnya 'ekonomic slowdown' sebab orang Melayu belajar berniaga. Saya percaya segala pahit maung mereka menjalankan entrepreneurship itu tidak akan sia sia dan akan menjadi satu pengajaran yang amat berharga bila bila masa juga.

    Ya, bila telah berjaya boleh ambil ramai pekerja, memberi peluang mereka bekerja pula dengan kita menyara keluarga dan sanak saudara mereka.

    Jihad ada banyak jalan dan cara dan tidak semestinya dengan berperang dengan menggunakakan senjata sahaja.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Dear Blogger,

    Hello.

    My name is Edward Skading, from Selangor, Malaysia. My parents once told me that to have a happy and long life, you must take great care about the food you consume. Always make sure it’s clean, because cleanliness is next to godliness and I stuck to these values. As a result, when it comes to food, I always make sure what I eat is reasonably clean and safe. I also believe that everyone has the right for healthy, clean and safe food.

    Recently, I exposed a horrible discovery concerning one of F&N Dairies (M) Sdn Bhd products on my weblog. It all started when my family and I was shocked to discover an abnormal brownish-blackish substance in a “Tea Pot” brand, sweeten condensed milk. You can read the detail findings, correspondence letters, photos of the contaminated milk and the foul conditions of F&N Dairies’ plant, at my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/.

    Before exposing my horrible discovery, I have made a complaint to the company, but they are denying everything and not taking ownership of the product, even there is sufficient (justifiable) evidence that the milk is contaminated by mould and their plant have various foul conditions. I did not ask for any form of compensation, but I requested that the company be truthful, take ownership and accountable for their oversight, moreover rectify the problem and produce cleaner and safer food.

    I also feel cheated when the company executive responded that they are not liable for damaged products in the marketplace. Looks like I had been scammed by the company after being a loyal customer for many years. If only I had been informed in advance that I was eating their products under unsecured risk and with no assurance, I would have immediately change brand. I would have chosen a company that is more reliable, accountable and concern about their customers.

    As a consumer, I am sickened by the fact that we are not provided maximum protection from this sort of situations and whatever consumer rights we have now are defenceless. Even the consumer association NGO where I made a complaint (about 5 months ago) seems to be shying away because my grievances involve a corporate giant. With all of this going on, I feel my rights as a consumer had been deprived and now I am being forced to silence. Yes, the company is now suing me to shut up. They are using bullying legal tactics just because I am poor and powerless.

    I believe, it is the responsibility of our whole society to protect the rights and benefits of consumers, and we should together stand up and uphold it. By doing so, together we will eventually improve the consumption environment and no big organisation dares to bully anyone supported by a unified consumer society and that’s why I am writing to you. I am seeking for your point of view and support towards a good cause campaign to protect and uphold our consumer rights.

    If you are willing, I sincerely hope you can cover my story on your weblog and tell it to your world wide readers. I would greatly value and appreciate your kind support. I apologise if I had troubled you and I am sincerely sorry if this letter is in the wrong section of your weblog. Let’s show F&N that we Malaysians are concern too.

    If you wish to contact me, please send an email to eddskading@hotmail.com.

    Thank you.

    Yours truly,

    Edward Skading

    ReplyDelete
  3. Edward,
    Saya telah melihat blog anda dan turut membaca respon drpd org ramai berkenaan isu yg anda bawa.

    Saya sgt bersetuju bahawa tidak ada kompromi terhadap kualiti, keselamatan dan kepentingan pengguna dlm mana-mana urusniaga. Malah itulah alasan utama kenapa urusniaga dijalankan.

    Saya berpendapat bahawa situasi 'win-win-win' mestilah diamalkan dengan menyeluruh dan penuh kesedaran. Dalam prinsip ini, jika ada mana-mana pihak yg kalah maka mereka akan menarik diri dari berusniaga dan implikasinya akan menimpa semua pihak.

    Mengambil contoh isu yg anda bawa, apabila aduan anda sbg pengguna tidak ditangani atau diselesaikan maka dua pihak yg akan turut menerima 'bala' ialah syarikat pengeluar itu sendiri dan pihak kementerian yg mewakili kerajaan.

    Kesan awalnya:

    (1)pengguna akan memilih produk pengganti, dan

    (2) isu ini juga merupakan barah yg akan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Jika tidak diselesaikan dgn baik maka isu ini akan berhimpun dgn isu-isu lain yg akan membawa kepada perubahan keputusan pilihanraya.

    Kesan lanjutannya, syarikat yg 'ditolak' oleh pengguna akan mengalami kerugian atau dikenakan tindakan undang-undang oleh kementerian. Kita perlu sedar bahawa kepentingan rakyat juga berada dalam setiap syarikat selaku pekerja dan cukai yg diperolehi kerajaan digunakan semula untuk kepentingan rakyat.

    Saya berpendapat, kesatuan pengguna yg kukuh dapat membantu mengatasi masalah ini. Melalui persatuan begini, pengguna boleh menyalurkan pandangan, teguran dan cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Perkhidmatan yg baik akan memberi faedah kpd pengguna (rakyat), memberi keuntungan kpd syarikat pengeluar, dan memudahkan kerajaan menguruskan kepentingan negara.

    Sebenarnya tidak masalah yg terlalu sukar utk diselesaikan jika kita bersedia untuk menyelesaikannya dgn ikhlas. Namun, masalah yg timbul kemudian ialah apabila ada pihak yg mempunyai agenda tersembunyi dgn menjadikan sesuatu isu sbg batu loncatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

    Semoga ini menjadi satu permulaan yg baik untuk kita berjuang bersama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. demang...aku bln nih adalah bln terakhir bersama kompany sekarang...aku berpindah ke kompany yg baru dimulakan oleh bangsa kita, dua sebab aku berpindah, pertama ianya berdekatan dgn rumah aku di kl, jd aku tdk perlu berulang alik kl ke ipoh lg, jd aku mempunyai lebih masa utk keluarga, keduanya kerana dia bangsa kita...aku gembira jika dpt membantunya berjaya, walaupun hanya dgn menjadi pekerjanya...insyaallah

    ReplyDelete
  5. Hello Cheguman.

    Thank you for your point of view. It's good to have discussions like this and you have highlighted some intelligent & good points. Terima Kasih for your support, You are true Malaysian.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.