Agak lama tak 'upload' artikal ke sini. Sebenarnya saya menulis setiap hari menggunakan 'notepad' pada 'hanphone'. Begitulah selalunya selama ini. Namun, atas kesilapan sendiri, 'handphone' dengan laptop saya dah 'tak bertegur sapa' antara satu sama lain. Jadi, saya tak dapatlah nak 'upload' ke internet. Nak gunakan 'handphone' dan upload dari situ? Mintak maaf... Saya belum bersedia untuk bayar bil 'handphone' lebih RM200 sebulan.
Jadi, sementara itu eloklah saya siarkan Deklarasi Janda Baik Ini yang saya dapat di blog MSO (http://msomelayu.blogspot.com/). Walaupun saya tidak berada di lokasi tersebut dan tidak terlibat langsung dalam penulisan deklarasi itu, namun saya amat bersetuju dan menyokongnya.
Selamat membaca, menghayati, dan memperjuangkannya. Sebagaimana pesanan MSO dan semua yang terlibat; Semua blogger yang bersetuju dengan deklarasi tersebut hendaklah menyalin dan menampal deklarasi ini di blog masing-masing.
Mari kita lakukannya sekarang.
Wassalam.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.
KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Bagi Demang, jika ada pemimpin yang cuba menentang deklarasi ini, tahulah kita mengajarnya nanti.
Salam ukhuwwah tuan hamba,
ReplyDeleteHamba menyokong sepenuhnya dan berharap ia dapat membuka mata kita bersama dalam mempertahankan maruah dan harga diri bangsa Melayu.
Burujedi,
ReplyDeleteDemang telah melancarkan blog khas http://deklarasijandabaik.blogspot.com
Semua blog yang menyokong dan menyiarkan deklarasi tersebut di blog masing-masing akan disenaraikan di blog khas tsbt.
Terima kasih.
Salam demang,
ReplyDeleteSyed Hussin ni boleh pakai ker? ikhlas ke? Seingat saya dia tidak tentu hala tujunya. Saya masih ingat lagi, masa mahathir berkuasa dia jilat mahathir, pas tu benci dollah, pastu bila dah makan semeja ngan dollah dia puji dollah dan khairi. sekarang bila dollah dah nak tumbang dia tibai dollah pulak.
Saya tahu sekarang nih dia mendalami agama, bagus tu... tapi penjurusan dunia masih lagi dilebihkan. Kalau tidak takkanlah nak sentiasa paparkan rumah dan perkarangan yang cantik tu "Wadi Hussin?"
mountdweller,
ReplyDeletePersoalan yg bermain dlm kepala saya pun begitu juga asalnya. Namun saya ketepikan personaliti dan melihat pada fakta yg dikemukakan. Saya fikir hampir semua perkara yg dinyatakan dalam deklarasi tsbt adalah perkara-perkara yg memang menjadi perjuangan kita. Maka kita bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada mereka yg memudahkan perjuangan kita.
Seperkara lagi, S.H.A tu sekadar tuan rumah.
ReplyDeleteTerima kasih sdrku demang di atas keterangan itu.
ReplyDeletetq demang kerana kjunjugi blog aku...dan atas nasihat2 yg diberikan...salam sai be
ReplyDeletePemikir lapok,
ReplyDeleteSebenarnya Demang sambil-sambil mengingatkan diri sendiri.
Terima kasih.
Dah salin deklarasi janda baik.tq
ReplyDeletedeklarasi ini sudah saya link.
ReplyDeletesaya dah siar di blog saya..t.kasih atas peringatan demang
ReplyDelete