Thursday, December 4, 2008

Kerjasama BPN & GGMM

Berikut adalah resolusi BPN pada 2 Disember 2008 yang bakal melemahlonglaikan dakyah pengkhianat negara.

BPN terus mara!!!

Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara


RESOLUSI

1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa

2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak

3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.
4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ )

5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.

6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...


Sekian.


Disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

12.01 pagi 2 Disember 2008

6 comments:

  1. Bukan sahaja itu malah saya selaku ahli setia BPN mencadangkan BPN dan GGMM atau GGMM saje, membuat demonstrasi aman menyeru kerajaan mengubah keputusannya untuk menggagalkan saranan Mukhriz agar vernakulars school dihapuskan. Dan hanya pakatan saru sukatan pelajaran saja demi perpaduan bangsa malaysia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Cheguman,

    Sudah tentu saya pun sokong saranan yang kearah kebaikkan kita semua.

    Mereka mahu PERPADUAN JITU, tapi bila cadang saja sekolah satu sistem atau satu aliran, semua MELENTING tak tentu arah!!

    Nampak sangat Belang mereka.

    ReplyDelete
  3. Ya, sekolah satu sistem, asas perpaduan semua. Sokong 500%.

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan......

    moga perjuangan kita berhasil.........

    ReplyDelete
  5. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

    MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

    MARDHOTILLAH

    :-)

    ReplyDelete
  6. Salam Bro

    Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.