Malam tadi Demang terima 2-3 SMS seperti berikut:
"Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Muslim untuk melafazkan Quran,surah Al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 n 88.. mlm ini. Tlg sebarkan, agar Israel hancur.Fwd slruh umt islam..Dsana sdra seagama telah dkepong tunggu masa untuk dsembelih. Keadaan amat dhsyat..Tu sja jihad kita. -minta tlg sgt2 kepada sahabat2- sbrpa ramai mgkin."
Sejak sekolah dibuka dan ditambah dengan 'kelas malam' yang perlu dihadiri, Demang memang benar-benar keletihan. Maka selesai solat Isya' yang agak lewat Demangpun melabuhkan tubuh ke katil dan hanya terjaga setelah masuk waktu Subuh.
Apa maksud cerita Demang? Maknanya Demang sekadar membaca SMS tersebut, memanjangkan mesej itu kepada beberapa orang rakan sebagaimana yang diminta dan berharap agar mereka mewakili Demang untuk melakukan permintaan rakyat Palestin itu.
Sebelum terlelap sempat Demang terfikir berapa ramaikah lagi ummat Islam yang spt Demang? Yang sekadar mengingatkan orang lain dan berharap orang lain yang mengambil tindakan!
Demang amat berharap malam nanti Demang akan benar-benar melaksanakan permintaan tersebut.
Sementara itu Demang teringat kisah-kisah yang Demang dengar semasa pencerobohan tentera Russia di Afghanistan suatu masa dulu. Dalam satu kisah diceritakan sekumpulan pejuang telah terkepung di suatu lembah. Tentera penceroboh (Russia) berkubu di lereng bukit yang mengelilingi lembah itu dengan senjata lengkap yang serba canggih. Manakala para mujahidin ketika itu sudah kehabisan peluru. Maka komander para mujahidin mengumpulkan saki baki pejuang dan berzikir bersama-sama sepanjang malam.
Mejelang subuh, para mujahidin mendapati serangan ke atas mereka telah dihentikan dan apabila mereka keluar memeriksa mereka mendapati cuma terdapat sekumpulan kecil tentera penceroboh yang masih berada di situ. Malah tentera-tentera itu kelihatan amat keletihan dan kebingungan. Dengan mudah para mujahidin menawan mereka yang langsung tidak melawan.
Apabila disoal siasat para penceroboh tersebut menceritakan betapa mereka telah diserang dari segenap penjuru sepanjang malam oleh tentera Islam. Mereka cuba membalas namun akhirnya terpaksa menyerah kalah kerana kehabisan peluru dan sebilangan besar tentera mereka telah mati dan ada juga yang melarikan diri.
Berdasarkan kisah tersebut Demang cadangkan setiap masjid dan surau mengadakan majlis zikir beramai-ramai selepas solat Isya' setiap malam. Apabila sudah dianjurkan, tugas kitalah untuk hadir mengambil bahagian. Jangan lagi berharap pada orang lain untuk memulakannya.
Sebagai permulaan, berjumpalah dengan imam masjid dan berbincanglah. Mungkin pada peringkat awal kurang atau tiada sambutan. Namun insya-Allah lama kelamaan akan bertambahlah ahli jemaah.
Jangan kaitkan zikir beramai-ramai ini dengan tohmahan yang bukan-bukan spt bida'ah atau ajaran sesat. Cukuplah. Jangan ditambah lagi pertikaian hal yang kecil-kecil. Dengan berkumpul begitu kita dpt mempereratkan ukhwah islamiah. Dari situ permuafakatan akan terbina dan pelbagai strategi lain dpt disusun. Selain itu kita dapat membina rangkaian yang benar-benar sedia bertindak dan bukannya individu-individu yang sekadar meminta orang lain melakukan kebaikan sedangkan dia sendiri tidur nyenyak mendakap bini di rumah.
Kumpulan-kumpulan kecil yang telah mantap kita gabungkan di peringkat pusat agar keputusan yang bersifat nasional dapat dibuat. Nasional bukan bermaksud fahaman kebangsaan sempit sebagaimana Yahudi yang mendakwa bangsanya adalah yang terbaik. Sebaliknya nasionalisme kita bertujuan mengangkat kualiti bangsa setara dan setanding dengan bangsa lain agar persaingan yang muncul nanti lebih adil.
Kita perlu realistik.
Wallahu’alam.
bagus kaedah sms tu..senjata Obama gunakan semasa kempen di USA.
ReplyDeletesms juga boleh kita guna untuk sebarkan saranan Demang ini.
bagi memudahkan sesama kita menyedarkan mereka bahawa jiwa nan kosong akan kalah melawan senjata canggih berteknologi tinggi.
kecuali kita KUAT bergantung dan berharap kepada ALLAH pasti kita akan dapat merasa pertolongan itu pasti datang.
Hanya dengan berzikir mencuci hijab diri kita dan berselawat bagi mendapat madad dan juga berkat untuk perjuangan kita membantu mereka dan sesiapa sahaja.
walau senjata kita tak secanggih depa.
Ingat lagi kekuatan rohani Nabi sehingga dibantu dengan kegerunan yang dicampakkan ke dalam diri musuh sejauh sebulan perjalanan..
Kita ?
Mereka ?
Dia ?
Fikir fikirkanlah....
moga selamat kita dan selamat mereka juga.
ada masa kita JUMPA lagi samada di alam roh atau alam fizikal yang sudah hampir tiba kiamatnya ini.
salam..bye
Terbukti doa dan zikir senjata mukmin sepanjang zaman. Hikmah kembali kepada-Nya perlu ada pada setiap muslim. Bukan di saat kesusahan, bahkan di saat senang.
ReplyDeleteAllah Maha Mendengar.
Israel adalah syaitan yang boleh dilihat.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebagus juga idea ni
artikel yang menarik
jemput add my blog
www.myadha.com
ADHA
assalamualaikum warahmatullahi wb buat 'demang lebar daun' yang sangat kami ingati lagi kami muliakan,
ReplyDeleteterima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi suara hati, kerana diawalaan cerita yang pelbagai, dimulai dengan permohonan 'doa' yang ikhlas,
kemudian pengakuan yang ikhlas,
kemudian cerita perjanjian,
kemudian cerita perlaksanaan (janji),
kemudian cerita tentera afganisthan dan rusia,
kemudian cerita-cerita kaitan penderitaan palestin,
kemudian cerita-cerita kaitan pembunuhan kejam rejim zionis israel lakhnatullah',
mana mungkin hati kita diam dan tidak memberontak kerana kita sudah menjadi saksi hidup kerana 'israel massacre saga' ini telah berlaku dizaman kita dan kita telah bersaksi,
yang diam hanya kita, yang memberontak adalah hati kita,
yang ingin difahamkan adalah melalui suara hati kita,
tanya diri sendiri sekarang (semua), adakah suara hati kita sama?
jadi siapa yang memiliki hati kita, setiap detik, setiap masa maupun setiap saat? apa lagi yang mahu kita dustakan?
bukankah kita ini (juga) termasuk didalam golongan orang-orang yang zalim (diri sendiri)
astag'firullahil'adzim,
kami mohon ampun dan maaf terlebih dulu kepada 'demang lebar daun',
"demang, kami sudah tidak mampu bicara lagi,..."
salam demang, salam panglima cyber, dan salam semuanya,
ReplyDeleteassalamualaikum warahmatullahi wb,
"afganisthan vs rusia"
bagi penceritaan 'demang lebar daun' tentang tentera-tentera 'afghanisthan vs rusia', benar, kami bersaksi (pada penceritaan yang telah diperdengarkan)
maklumat yang dirahsiakan,
berita dari lokap, telah bercerita tentera rusia dimana ada dikalangan tentera afghanistan sendiri yang juga kebingungan, mereka menceritakan;
ada ternampak tentera berkuda yang besar, kuat dan gagah,
tentera berkuda tersebut telah dilengkapi dengan senjata yang mereka sendiri tidak pernah nampak (canggih) dan juga berpedang.
pedang?
"pedang, dan ilmu pedang"
pedang suatu waktu dulu telah disama ertikan dengan "ilmu doa", iani doa juga adalah pedang, jadi 'doa' juga adalah senjata.
ilmu yang telah pupus, terpinggir, dilupakan dan entahlah bagaimana nak di ceritakan,
pedang dibuat daripada berbagai-bagai bahan mineral,
bahan utamanya adalah logam,
logam pula ada pelbagai jenis logam,
logam ada logam besi dan pelbagai, besi pula ada pelbagai jenis besi,
tetapi, pada semuanya, bukankah semua jenis mineral itu adalah makhluk,?
suatu waktu dulu, ilmu yang telah terpupus, ilmu rasanya mungkin pada zaman 'demang lebar daun' pun rasanya masih ada; dimana,
pedang (logam mahupun besi apa saja makhluk, campuran hulu keris iani kayu ) telah diletakkan didepan jemaah umat manusia dan dibacakan surah ayat2 suci Al-Quran, (seperti di dalam majlis bacaan surah 'Yassin' kita meletakkan air) suatu waktu dahulu ada diletakkan air dan pedang (besi) sebelum berperang.
jadi, apa ceritanya?
air- jisim utama air (telah disepakati oleh para "saintis", setakat ini) adalah cantuman daripada H2O, iani 2 Hidrogen dan 1 Oksigen (begitulah, correct me if i am wrong)
jadi, adakah bahagian2 air itu hanyalah ada H2O?
bukankah air itu juga makhluk?
kerana apabila dibacakan surah dan ayat-ayat suci Al-Quran, maka, berubahlah sifatnya (sifat air),
bagaimana mahu diperjalaskan jisim air yang telah berubah apabila dimasukkan kalam (yang baik mahupun yang tidak baik) telah berubab bentuk air, bagaimana mahu diperjelaskan oleh para saitis yang dunggu yang tiada mempelajari Ilmu Al-Quran? dan hadis soheh.
jadi, bagaimana pula dengan besi (logam),
apakah berubah sifat2 besi apabila 'telah' dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran?
maka kami juga mahu berkata, 'benar, kami telah bersaksi.
saudara kami 'demang lebar daun dan semuanya'
apabila berbicara akan 'hal dan soal ini semua' maka timbullah berbagai persoalan pula daripada bijak pandai, darimana nas nya, apa dalilnya, ijma' ulama? rujukan mana? berlaku juga permasalahan didalam masyarakat kita soal 'tajdid' , 'teouso-tajdid', dan berbagai-bagai seperti kata demang dimana 'soal-soal' yang terlalu mudah bagi mereka menghukumkan secara 'zalim' iani, mereka berkata, itu 'bid'ah,
jadi kalau perkara-perkara begitu mahu juga dipersoalkan, maka ilmu2 lama dari kita-kitab yang terdahulu tidak akan timbul, demi masa,
maka, dengan itu, kami ini juga tahu yang kami ini sudah terlebih bicara,
TETAPI, 'demi masa,
demi langit dan demi bumi serta pada apa yang ada di penghamparannya',
kamilah yang terlebih dahulu menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf andai ada kami tersalah fakta,
maka tegurlah, telah kami berlapang dada untuk menerimanya,
cuma, seperkara yang ingin disampaikan;
tiadalah kami memberanikan diri untuk bercerita, sampai-menyampaikan mahupun berpesan-pesankan sekiranya tiada ilmu didada,
rujukan semua kisah bukanlah kepada 'yang baru' atau 'yang 'ber-reformasi'(bagi yang tahu)
TETAPI, rujukan adalah kepada kitab-kitab lama yang telah ditinggalkan oleh yang terdahulu iani yang mana yang telah dimulakan (dikepalai) dengan 'auraadul madaniah', soheh, harta peninggalan daripa Nabi Muhammad Rasullillahi SAW, kami bersaksi, insyaAllah.
"kembalilah kepada yang Haq" maka kami juga iingin kembali kepada apa yang ingin dan telah disampaikan dan dipesankan-pesankan oleh yang terdahulu,
kita ini sudah telah lama ditipu, dibisik-bisikan dan didustakan oleh syaithon (yang direjam didalam api neraka),
satu fakta yang kita ini telah lalai dan didustakan:
'berikan satu dalil, (hanya satu sahaja) yang mengatakan "bumi ini berputar"',
apakah kita ini (juga) termasuk didalam golongan orang-orang yang zalim (diri)?
tidakkah kita (mengambil masa)memerhatikannya,
demi masa,
astag'firullahil'adzim,
salam beribu ampun dan maaf,
salam hormat,
salam penuh kaseh sayang,
kami menulis, dengan cinta, kasih sayang dan airmata,
taman taman ilmu.
s.k- sesalin kepada raja marzuqi
Assalamaulaikum Cheguman,
ReplyDeleteApa khabar?
Nampaknya kita sama-sama sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang masing masing.
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi atas kurniaanNYA pada kita.
Penat tapi rasa setiap saat kita amat berharga dan digunakan sepenuhnya. Syukur.