Thursday, February 5, 2009
Langkah Pendekar
Berikut adalah sebahagian catatan yang Demang kutip dari Wikipedia bahasa Melayu di http://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Abdul_Razak
YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir pada 23 Julai, 1953) merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 7 Januari 2004, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang.
Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Kerjaya politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun.
Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
• 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
• 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
• 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
• 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
• 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
• 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
• 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Demikianlah langkah seorang pendekar yang membuatkan Anwar tidak dapat tidur sejak akhir-akhir ini. Berbekalkan pengalaman yang begitu hebat dalam politik tanahair, bukan calang-calang orang mampu menghadapinya. Strateginya begitu halus dan mengelirukan. Beliau membiarkan lawannya berpencak hingga terleka dengan kemenangan sementara. Tatkala lawannya sedang terlalai kerana menyangka yang mereka sedang menjuarai pertandingan beliau memberikan pukulan maut yang meranapkan semua impian lawan.
Bak kata blogger ahli BPN http://merevolusikandiri.blogspot.com/ , dan http://pilihan-anda.blogspot.com/ hilang dua kerusi (parlimen), dapat sebuah negeri.
Anwar memang wajar merasa gerun dengan Najib. Maka tak hairanlah pelbagai muslihat digunakan bagi menyekat kemaraan Najib. Modal terakhir Anwar ialah berusaha mempertahankan kedudukan Paklah agar Najib tidak dapat menjadi PM.
Semaklah rekod politik Najib: Pernahkah beliau bertanding bagi mendapatkan kerusi yang masih diduduki oleh seseorang? Sejak dulu lagi beliau konsisten dalam perjuangan iaitu sekadar memenuhi kekosongan yang ditinggalkan.
Bagaimana dengan Anwar? Beliau juga konsisten yankni sentiasa mengidam tempat orang.
Selama ini rakyat tidak boleh membandingkan kerajaan mana yang lebih baik bagi memerintah Malaysia. Justeru apabila ada seseorang berjanji untuk memberikan yang lebih baik maka rakyatpun memberi peluang. Lagipun, itulah slogan pembangkang iaitu "bagilah peluang".
Kini, rakyat sudah boleh membuat perbandingan antara ilusi dan realiti.
Dalam pada itu beberapa negeri lagi yang masih dikuasai pembangkang juga sedang bergolak. Di Kedah, sekurang-kurangnya empat YB akan berpindah. Kalau Kedah yang agak aman itupun boleh jadi begitu, Demang tak tahulah bagaimana keadaan di Selangor yang... ehm...ehm... tu...
Kejap, Demang nak 'check' SMS yang baru tiba...
Wallahu'alam.
8 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia bebas yang berkonsep sumber terbuka. Sesiapa sahaja boleh membuka, membina, menambah, dan/atau membuang mana-mana bahagian dalam sesebuah rencana; hatta menghapuskan sesebuah rencana (setelah dipersetujui melalui undian dalam kalangan pengguna).
ReplyDeleteSebagai sebuah ensiklopedia, sepatutnya ia bebas daripada sebarang pengaruh politik dan pandangan peribadi. Malangnya terdapat segelintir pengguna Wiki yang menjadikan wikipedia sebagai gelanggang politik. Golongan terpencil ini memanipulasi beberapa rencana dengan memasukkan pandangan peribadi dan pelbagai tuduhan yang belum dibuktikan.
Malah seringkali berita-berita akhbar politik berhaluan kiri digunakan bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah.
Lebih malang lagi sesetengah pengguna Wiki begitu taksub dengan konsep kebebasan media sebagaimana yang diperjuangkan pihak barat. Alasan ini digunakan bagi mempertahankan kenyataan berbentuk kontraversi yang terdapat dalam sesebuah rencana. Natijahnya, perenggan berbentuk khabar angin dan 'tuduhan sebelum perbicaraan' boleh ditemui di dalam rencana-rencana tertentu, termasuk rencana yang memuatkan biodata tokoh negara.
Sebagai salah seorang pengguna yang pernah aktif dalam Wipedia, saya amat bimbang jika keadaan ini tidak diperbetulkan segera ia akan hanya merosakkan kewibawaan Wikipedia bahasa Melayu. Akhirnya nanti maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Wikipedia tersebut tidak lagi dipercayai dan tidak lagi mampu dipertanggungjawabkan.
Sekian terima kasih.
Pengguna: cheguman
Demang.... itulah pujian ikhlas dari seorang warga Malaysia.
ReplyDeleteSaya yakin ketokohan beliau sangat sangat menggerunkan musuh negara.
Sebab itu beliau dituduh dimaki dihina diterbalikkan gambar dll.
Tetapi Pendekar Bugis pantang menyerah..
Semangat wira dan pendekar Bugis DS Najib pasti menakutkan Anwar dan konco konconya.
Hidup DS NAJIB dan hidup semua yang berjuang di alam nyata atau alam siber ini.
Khasnya sahabat dalam team Blogger Pembela Negara..
Salam perjuangan dan kemerdekaan Sahabat Demang..
Salam Demang,
ReplyDeleteMenarik info ni. Harapnya Najib hanya simpan kuku selama ni dan hanya mengeluarkan taring sebenar selepas jadi PM.
salam chegu,
ReplyDeleteAnwar ibarat telan mati emak, luah mati bapak sekarang ni. Dia sendiri pun tak pasti apa yang harus dilakukan melainkan merampas kerajaan secara menyemaikan perilaku lompat di kalangan Adun BN.
Natijahnya beliau sendiri yang 'terkena'. Patutlah kita melihat mengapa beliau begitu tergesa-gesa hendak jadi orang no.1 negara dalam masa terdekat. Sebab beliau sedar, sekiranya rakyat sudah menerima DSN sebagai PM kelak, peluang dia untuk meluaskan pengaruh dan bersaingan dgnnya akan jadi lebih sukar dan lebih malap.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteSaya Peminat Allahyarham Tun Razak. Saya harap benar anaknya pun akan ikut jejak langkahnya.
Hidup Melayu!! (Kalau ada orang marah saya kata hidup Melayu pun tak apa lah. Dah ditakdirkan, saya jadi orang Melayu, saya katalah Hidup Melayu.)
Saya sayang pada Bangsa saya. Suami dan anak anak saya semua Orang Melayu..walaupun saya hanya Melayu Angkat sahaja.
Hidup orang melayu! Ini Malaysia, negara orang melayu.
ReplyDeleteDemang, marilah kita sama-sama mensyukuri kemenangan yang kita perolehi walau pun sedikit. Ingat no, kalau kita bersyukur ke atas nikmat ini, sudah tentunya tuhan yang maha esa akan tambah lagi nikmat itu berganda-ganda kepada kita semua.
Jangan leka, jangan gembira. Bersyukur, banyakkan doa dan berjuang dengan penuh keikhlasan.
Najib adalah pendekar UMNO dan wira melayu ..
ReplyDeletedi sini sy sertakan nama selain Ds Najib yang berjaya mengembalikan kuasa Melayu di Perak
Dato Seri Tajol -beliau seorang pemimpin yang sayang bangsa melayu dan sanggup berkorban sendiri jawatannya dengan memberi laluan kepada Najib untuk mengambilalih Pengerusi BN Perak bagi menguatkan parti UMNO dan BN di Perak
Datuk Nasaruddin Hashim -saya dahulu mengutuk beliau sebagai pengkhianat umno kini menjadi wira dan pejuang melayu tulen ..beliau sanggup masuk ke kubu lawan dan mengucarkacirkan pihak musuh dan akhirnya beliau telah keluar dgn hebat menjadi wira Melayu Perak ..
biarla orang nak cakap apapun kata katak ke tetapi beliau buat semua ini untuk kepentingan kuasa Melayu semula
habis la... altantuya pun masih belum selesai...
ReplyDelete