Monday, February 16, 2009

Penyatuan PAS-UMNO: Mesej Perjanjian Hudaibiyah

Tatkala pihak kuffar Makkah menghalang rombongan haji Rasululullah dan mengemukakan perjanjian sebagai helah, tidak sedikit sahabat yang mendesak baginda menolak perjanjian tersebut. Antara alasan kukuh pihak yang menolak perjanjian itu ialah kerana ummat Islam tika itu dalam keadaan amat kuat dan mampu mengalahkan puak kuffar di Makkah bila-bila masa.

Namun Rasululullah bukan manusia yang angkuh dengan kuasa dan kelebihan. Malah baginda mengambil kesempatan yang ada bagi menampilkan strategi berhikmah.

“Apabila muncul yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.” Demang percaya para pemimpin PAS cukup arif tentang ini. Kenapa perlu gusar? Bukankah penyatuan sesama Islam itu dituntut oleh Islam? Apabila sudah menjadi perintah Allah, apa dirisau dengan muslihat manusia?

Antara hikmah keputusan Rasulullah menerima perjanjian Hudaibiyah ialah dapat menghindari perasaan ria' sebahagian tentera Islam yang mungkin akan menewaskan musuh dengan mudah.

Selain itu Rasulullah menghantar mesej kepada semua manusia samada Islam atau kuffar bahawa pemimpin Islam sentiasa bersedia dalam semua keadaan: berperang boleh, berdamai pun boleh.

Dalam isu politik tanahair sekarang, PAS merasa berada di pihak yang 'ada kuasa' lantaran keputusan pilihanraya lalu yang menguntungkan mereka. Meskipun analisis pilihanraya tidak menunjukkan peningkatan yang besar sokongan orang Islam terhadap PAS namun peralihan sokongan kaum bukan Melayu kepada parti pembangkang memberi keuntungan pada parti itu.

Demang berpendapat PAS bukan sahaja tidak perlu gentar dengan ajakan pemimpin UMNO (terbaru, Dato' Mukhriz) malah menerimanya dengan lapang dada. Malah PAS boleh bertingkah seperti 'pucuk dicita ulam yang tiba' atau 'orang mengantuk disorongkan bantal'.

Keengganan PAS untuk bersatu dengan UMNO menampakkan kelemahan para pemimpin parti itu yang tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemimpin PAS seolah membenarkan tanggapan orang ramai bahawa PAS hanya mampu 'tumpang tui' atas kelemahan lawan dan kelebihan rakan kongsi mereka. Sebenarnya inilah faktor penolakan terhadap kepimpinan ir Nizar di Perak.

Sampai bila PAS akan terus begini?

24 comments:

  1. Tapi kan Demang, pas masih dok ungkit kisah Umno buli dia masa dia dalam BN dulu.

    ReplyDelete
  2. Sedingin Salju,
    Tu sebab saya kata PAS belum layak memimpin ummat Islam. Mereka tiada keyakinan diri dan sekadar menjadi penumpang pada isu Anwar Ibrahim. Dalam hal ini Anwar jauh lebih baik berbanding mana-mana pemimpin PAS.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cheguman,

    Pasal PAS ini susah kita nak cakap sebab nanti ramai sangat yang melenting sebab mereka hebat hebat belaka.

    Dan rasanya PAS susah nak berubah sebab pemikiran mereka dikepompong yang sama dan sukar keluar dari perimeter sebegitu. Bagi kebanyakan penyokong, PAS adalah Islam. PAS bukan HANYA sebuah parti politik.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  4. Memang betul Makcik. Satu lagi, orang yang masuk PAS automatik jadi ustaz.

    ReplyDelete
  5. Cikgu,

    Selagi Tuan Guru Nik Aziz dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang salah oleh golongan Erdogan selagi itulah usaha menyatukan PAS dan UMNO tidak dapat dijalankan. Sayang seribu kali sayang, ramai pemuda berakal tinggi di dalam PAS tapi buta mata dan hati. Mereka rela bermuafakat dengan orang lain hatta Yahudi pun tidak mengapa.

    ReplyDelete
  6. Kunang-kunang,
    Saya setuju dgn saudara. Kumpulan tersebutlah menjadi musuh dalam selimut PAS sekarang. Sejak merdeka PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan sehinggalah anasir PKR meresap masuk ke dalam markaz PAS.

    ReplyDelete
  7. Gabungan antara UMNO dan PAS takkan berlaku selagi UMNO tak nak kembali kepada Quran,Sunnah,Ijmak dan qiyas sebagai sumber perlembagaan.

    ReplyDelete
  8. gabungan ini mungkin berlaku dan mungkin juga tidak. selagi pas tidak memperalatkan agama utk politik..

    ReplyDelete
  9. Salam Refah,
    Saya setuju Quran,Sunnah,Ijmak dan qiyas menjadi panduan utama. Jika saudara meneliti perlmbagaan negara kita, ia tidak menghalang untuk kita melaksanakan cadangan saudara itu. Yang penting kita perlu bersatu dan bijak menguasai suasana di sekeliling kita, ibarat ikan yang tidak lemas di air malah masinnya lautpun tidak mampu mengganggu kemandiriannya.

    Salam ukhwah.

    ReplyDelete
  10. Pejuwang,
    Saya sering mengimpikan PAS dan UMNO akan bergabung namun akhirnya saya sedar keunikan kedua-dua pertubuhan itu yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

    Sebenarnyalah, perbezaan itu satu hikmah dari Allah dan bukan sekali-kali alasan untuk kita berpecah.

    Apapun saya bersyukur kerana kita semua masih berkongsi satu kalimah shahadah.

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu & semua..

    Bagi saya..ada moleknya PAS bersama UMNO..

    Seumpama,

    1. Tuan rumah mempelawa seorang Lebai untuk bertandang di rumahnya.. Anggap lah tuan rumah tu jahil..

    2. Adalah menjadi tugas Lebai untuk menerima jemputan dengan hati ikhlas..

    3. Masa ni lah Lebai dapat berdakwah..

    4. Kalau ada minuman keras dalam rumah Tuan Rumah, tegur la supaya dia membuangnya (dahulu), kemudian, suruh Tuan Rumah stop minum.. rasanya impak kepada Tuan Rumah lebih jelas jika teguran dibuat masa Lebai terima pelawaan & Lebai berada dalam rumah Tuan Rumah, jika di bandingkan Lebai tegur dari luar rumah.

    Sekian.. Wassalam..

    ReplyDelete
  12. mimpi916,
    Saya amat setuju dgn alasan tuan. Seperti kata P Ramlee dlm lagunya... "apa guna kita bertengkar... suami ister harus bersabar... "

    Demang kata: "apa guna kita berbalah, sesama Islam harus muafakat"

    Bagi Demang, selagi kita belum mati dan diadili, selagi itulah kita belum tahu siapa yang lebih diredhai Tuhan. Setakat ini, semua orang menyangka mereka sahajalah yang dikasihi Tuhan. Manakala orang lain lebih sesuai masuk neraka.

    ReplyDelete
  13. harap2 generasi yang akan mengambil alih PAS ini akan sedar dan bersatu dengan UMNO.

    ReplyDelete
  14. Azli,
    Saya sudah jenuh berharap hingga jadi jemu. Saya ingin mengusahakannya sekarang. Harap saudara bersama saya.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Cheguman,

    * Tq kerna sudi singgah dan komen di blog saya.

    * Saya setuju dgn Refah00.

    * TG Nik Aziz pernah menyarankan agar PAS dan UMNO dibubarkan. Kemudian bersatu atas satu parti yang meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan. Apakah pemimpin umno bersedia ? Sila rujuk tulisan A.Kadir Jasin.

    * Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  16. Albalingi,
    Usaha ini memerlukan perancangan dan keikhlasan yang jitu. Bagi saya ia tidak mustahil sebab saya percaya di dunia ini lebih ramai manusia yang baik berbanding yang suka membuat onar.

    Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  17. saya menyokong jika Cheguman dapat kumpulkan blogger yang ada gambar sebenar untuk mendesak secara aggresif perpaduan PAS - UMNO.

    Ia dapat memudahkan lagi usaha BPN kita ke arah yang sama..

    Demi menjaga kedaulatan Agama Bangsa dan Tanah Air.

    ReplyDelete
  18. kalau bagus ia dapat didaftarkan....jadi satu NGO..

    kita belum dengar lagi NGO Blogger

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Kawan agak sedih bila melihat kepada senario politik kita sekarang. Peredaran masa begitu pantas mengubah akal pemikiran manusia.

    Nampaknya Pakatan Rakyat lebih memilih kepuasan hati dengan menghancurkan Umno daripada menjauhi DAP yang terang-terangan membenci islam.

    ReplyDelete
  20. Saya setuju sangat dengan penyatuan PAS dgn UMNO nie..tapi apakan daya kita lihat PAS seolah2 sudah terlebih ego dan beranggapan PAS nie lebih Islam dari UMNO..

    Dendam kesumat PAS yng dinyalakan lagi oleh PKR membuatkan PAS seolah-olah telah nekad dan sanggup menghancurkan UMNO dengan apa cara sekalipun..walhal orang UMNO adalah saudara se Islam mereka..

    Kecenderungan PAS untuk berkuasa telah tersimpang jauh dari tujuan asal parti itu ditubuhkan..mereka sanggup berkerjasama dengan DAP yang 200% menentang Islam dari berkerjasama dengan Islam UMNO..

    Selagi KEEGOAN masih wujud dihati PAS tak mungkin ia bersatu dengan UMNO.

    ReplyDelete
  21. Sahabat-sahabat BPN yang dihormati.
    Sememangnya hasrat saya untuk menyatukan mereka sebagaimana cadangan Panglima Perang dan Pembela wira. Namun cabaran kita ialah sebagaimana kata Apai dan Semut iaitu keegoan yang tinggi sehingga menutup kebenaran dalam kalangan sesetengah pihak. Antara maklum balas yang saya terima ialah PAS tidak akan bersatu dengan UMNO selagi UMNO tidak menerima hudud. Ini membuatkan saya berfikir, adakah DAP akan memberi laluan pada PAS melaksanakan hudud?

    Namun saya percaya ramai ahli PAS yang semakin bosan dengan agenda PKR yang merugikan perjuangan Islam.

    Kita tunggu.

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Buat masa ini saya tidak nampak UMNO dan PAS boleh bersatu.

    Tapi jalan ke arah penyatuan, mungkin boleh terbuka, jika:

    a) UMNO mengajak PAS bersatu atau bekerjasama ketika UMNO berada dalam keadaan yang kuat.
    b) Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO membantu kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS, seperti Kelantan dan Kedah dengan jujur dan ikhlas untuk kepentingan orang Melayu di negeri itu.
    c) Dalam pilihan raya yang akan datang BN tidak berperi-peri hendak merampas Kelantan dari PAS sebagaimana yang dilakukan oleh BN dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

    Pada pokoknya UMNO dan BN mesti memperlihatkan keikhlasan untuk bersatu atau bekerjasama terlebih dahulu, kerana dulu UMNO-lah yang menendang PAS dari BN.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.