Friday, February 13, 2009

Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Pakatan Rencah

(Lihat komen Demang selepas berita ini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm
ARKIB : 13/02/2009
Jangan biadab - titah Sultan Selangor
13/02/2009 7:20pm



KLANG 13 Feb. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta” titah daginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini. - Bernama

Demang berpendapat puak pembangkang tidak layak dan tidak berhak lagi menggunakan istilah Pakatan Rakyat. Malah mengaku diri sebagai RAKYAT pun tidak layak.

Sebelum 1957, hanya orang Melayu di negeri beraja sahaja merupakan rakyat negeri berkenaan. Apabila semua negeri tersebut bergabung untuk mencapai kemerdekaan bersama, semua orang Melayu secara automatik menjadi warganegara Malaysia kerana mereka adalah rakyat bagi negeri-negeri tersebut.

Terdapat sebahagian lagi masyarakat yang menetap di Tanah Melayu ini yang bukan rakyat mana-mana negeri. Oleh itu mereka diberi pilihan samada kembali ke tanah air masing-masing atau menjadi warganegara di negara yang akan merdeka ini.

Lihat baik-baik perbezaan antara RAKYAT dan WARGANEGARA dalam kenyataan tadi.

Sekarang, cuba imbas kembali PRU-12. Pihak pembangkang yang pada dasarnya membawa matlamat perjuangan yang saling bertentangan tiba-tiba mendakwa mereka adalah Pakatan Rakyat. Itu masih tidak mengapa kerana mereka Cuma mencadangkan sahaja.

Namun apabila keputusan PRU-12 diketahui, ternyata RAKYAT yang terdiri daripada orang Melayu sama sekali tidak menyokong gagasan tersebut. Buktinya, walaupun puak pembangkang berjaya membentuk kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kelantan; pihak BN telah menguasai semua negeri selain itu (8 buah negeri).

Kemudian, jika dilihat pada lima buah negeri itu, hanya Kedah dan Kelantan yang menunjukkan orang Melayu menyokong pembangkang. Pengundi Melayu di Perak dan Pulau Pinang ternyata memberikan undi kepada UMNO & BN. PRU-12 memperlihatkan pengkhianatan bukan Melayu terhadap persetiaan dalam kontrak sosial yang telah dibuat.

Demang mencadangkan puak pembangkang tidak lagi menggunakan istilah RAKYAT atau PAKATAN RAKYAT sebaliknya Pakatan Rencah. Istilah RENCAH lebih sesuai kerana ia mempunyai pelbagai rasa yang bertujuan menyedapkan makanan. Kita akui perlunya sedikit perisa atau perencah dalam makanan, namun Demang tak tergamaklah nak makan rencah semata-mata!

Anda bagaimana?

2 comments:

  1. Betul pendapat Cheguman..

    Lagi pun perkataan Pakatan Rakyat tidak pernah lagi didaftarkan seingat saya dan sebenarnya semasa BN menang di Perak yang lebih jelas pakatan rakyat yang sebenar ialah Barisan Nasional.

    Tetapi kematangan politik BN tidak pula menimbulkan keributan atau membuatkan penyokong BN baring menghalang acara angkat sumpah atau memulaukannya.

    Ternyata sekarang rakyat sudah mulai sedar siapa yang biadap dan anti Raja kita dan kita akan tunggu adakah mereka sudah sedar atau tidak mainan politik kotor PR ini pada PRK terdekat akan datang tidak lama lagi..

    Salam Demang dan saya rasa waadat itu harus diulang ulang kembali agar rakyat tidak lagi terpedaya atau terlupa SIAPA DIRI MEREKA sebenarnya.

    Walaupun sekarang juga sudah ada orang memperli waadat yang pernah saya terbacanya di blog pembangkang ( baca pembangang ) di negara kita.

    salam perjuangan dan pastikan ISLAM itu lebih utama ....


    demi bangsa agama dan negara kita.

    ReplyDelete
  2. Sokong penulisan cheguman. mereka pembangkang, memang tak sedar dek untung.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.