Friday, March 6, 2009

manusia vs mahkamah




Sumber SMS Berita Harian 06/03/09, 10:02:31 AM: Mahkamah Tinggi KL memutuskan semakan kehakiman Mohamad Nizar berhubung status beliau sebagai MB Perak perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Catatan Demang:
Masih ingat kes Batu Putih? Masihkah Pulau batuan itu milik kita? Tidak! Pulau Batu Putih sudah menjadi kepunyaan Singapura. Mahkamah telah memutuskannya. Walaupun kita yakin bahawa pulau itu milik kita, namun dengan kepintaran mereka ia sudah bertukar milik.

Adakah sultan Perak masih didengar suaranya di dalam negerinya? Mahkamah Persekutuan akan memutuskannya. Melalaklah kepada seluruh dunia. Tidak ada gunanya. Nasib negeri Perak akan diputuskan oleh seorang hakim yang entah dari mana asal usulnya.

Nanti, tunggu dan lihatlah satu persatu hak kita dirampas melalui undang-undang. Jangan terperanjat kalau suatu hari nanti isteri dan anak-anak kita pula dirampas apabila mahkamah memutuskan yang kita tidak layak menjaga mereka menurut tafsiran mahkamah.

Manusia membina mahkamah dan terlupa memberinya emosi.

6 comments:

  1. Demang, mari kita desak raja-raja supaya mencadangkan di persidang raja-raja supaya imuniti mereka dikembalikan.

    ReplyDelete
  2. SedinginSalju,
    Anda memang rakyat Malaysia sejati. Anda faham Rukunegara ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Ia bukan untuk kepentingan raja semata-mata sebaliknya untuk kepentingan rakyat. Terdapat pelbagai sistem pemerintahan digunakan oleh negara-negara di dunia dan negara kita memilih 'demokrasi berparlimen raja berperlembagaan'. Maka kenapa kita hendak merosakkan sistem yang telah kita pilih itu?

    Demokrasi sebagaimana AS bukan sistem yang sempurna. Kita ada cara kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. Ya betul Demang. negara kita adalah yang terhebat. Tapi malang, virus-virus w32 dan trogen horse ini telah cuba untuk merosakkannya. Jadi, terpaksalah mencari anti virus dan anti sypware yang berkesan untuk membanteras semua gejala spyware dan virus ini.

    ReplyDelete
  4. Imuniti Raja Raja perlu diubah kembali atau Kuasa Raja Raja ditingkatkan lagi ?

    mana satu pilihan hati ?

    saya tengah fikir.

    ReplyDelete
  5. Salam Cheguman,

    Saya pun terfikir yang sama dalam isu ini.

    ReplyDelete
  6. Erm sy berpendapat, kalau hendak mengubah imuniti Raja2 Melayu perlukan kepada pindaan perlembagaan. Maka majoriti 2/3 diperlukan. Dengan situasi BN sekarang ini, sy yakin rancangan ini sukar dilaksanakan..

    Kalau disingkap sejarah dulu, disebabkan kuasa imuniti inilah yang menyebabkan kes Sultan Johor yang menampar seorang rakyat jelata, dan banyak kes2 lain yang kebanyakan sy sudah lupa.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.