Monday, March 2, 2009

Tiada helah sebalik “Unity government”



Berikut adalah artikel yang saya kutip dari blos Roslam SMS. Walaupun antara kami sering berbeza pendapat namun akhirnya ditemui satu persamaan yang membuatkan saya teruja tiba-tiba. Sebagai tanda sokongan terhadap perkara ini maka saya letakkan artikel beliau dalam ruang utama blog Waadat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tiada helah sebalik “Unity government”

Menginsafi kemelut politik dan ekonomi yang sedang dihadapi Negara, dan demi membela dan mempertahankan perpaduan rakyat dan keutuhan Negara, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang baru-baru ini telah mencetuskan satu idea yang menarik dan perlukan perhatian serius semua pihak.

Ia bermula dari ucapan beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan kemudiannya diikuti dengan wawancara beliau dengan Malaysian Insider dan akhbar Siasah.

Tuan Guru melihat bahawa semua pihak perlu jujur dan ikhlas bersatu bagi membawa negara keluar dari kemelut politik dan ekonomi yang sedang sama-sama kita hadapi dan tanggung ini. Ia bukannya sesuatu yang dibikin-bikin tetapi ia suatu realiti dan rakyat mengharapkan suatu jalan penyelesaian yang baik buat mereka dan Negara.

Beberapa contoh kerajaan perpaduan tanpa pembangkang telah beliau lontarkan antaranya termasuk kerajaan pimpinan BJ Habibie di Indonesia pasca Suharto. Walaupun kerajaan itu tidak kekal lama namun impaknya telah membawa suatu perubahan besar yang telah melonjak Indonesia kehadapan sehingga kini dalam sektor politik dan ekonomi serta perpaduan nasional. Ia tidak kekal tetapi ia telah mencetuskan pendemokrasian baru, kebebasan rakyat dan ketelusan yang terus dikecapi warga Indonesia sehingga kini.

Kerana itu sudah tiba masanya untuk semua pihak di Malaysia berani mengambil pendekatan ini. PAS melontarkan gagasan ini untuk difikir dan dipertimbangkan bersama oleh semua pihak bukan sekadar lontaran antara PAS dan Umno tetapi menyeluruh meliputi semua badan siasah khasnya antara BN dan Pakatan Rakyat.

Kita melihat Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang dari Bn antara yang pertama memberikan keterbukaannya terhadap idea ini dan semalam Naib Presiden Umno Muhyuddin Yassin menuntut agar perincian yang lebih teliti dikemukakan oleh PAS dalam hal ini.

Sesungguhnya penerimaan yang positif dari semua pihak Umno, MCA, MIC, Gerakan, PKR, DAP dan lain-lain sangat penting diperingkat awal ini. Walaupun Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz menganggap idea ini sebagai suatu helah politik, diharapkan yang lain tidak seperti beliau. Rafidah sendiri rasanya sudah terkeluar dan pasti kecundang dari mainstream Umno menjelang pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Oleh itu bersedialah kita untuk mencipta perubahan. Ianya tampak revolusioner tetapi ia tidak mustahil kalau semua pihak berfikir bagai negarawan dan pemimpin rakyat yang mengimpikan perpaduan demi Negara yang tercinta.


............................................

Bagi saya, "jujur dan ikhlas" sebagaimana kata Haji Hadi itu perlu diinsafi dan dihayati betul-betul. Jika ada yang cuba meremehkan atau cuba merosakkan cadangan ini sekali lagi, jangan dipedulikan. Bagi saya, jangan difikirkan sama ada berjaya atau tidak cadangan ini sebaliknya kesediaan untuk melaksanakannya sudah dikira satu amalan baik yang tidak ternilai.

Sebagaimana Panglima, saya juga menyeru semua ahli BPN menyokong usaha ini.

7 comments:

  1. salam,

    yakinkah cheguman?DAP dan PKR dan ahli PAS yang pro anwar tu akn membawa kebaikan kpd kjaan..adakah kjaan PR yang dibentuk merupakan suatu contoh yang cukup baik..

    tp x mengapalah kiranya ia berlaku maka saya tentu akan mendoakan kjayaan nya kerana saya juga amat mendokong idea sebegini cuma sy mempunyai sedikit perbezaan berkenaan perlaksanaan nya..

    semoga Allah merahmati malaysia,

    amin ya rabbalalamin..

    ReplyDelete
  2. One,
    Bagi saya tidak rugi mencuba. Sebagaimana yang saya tegaskan, saya tidak rindukan kejayaan. Jika kita berani melakukan kebaikan, itu sudah cukup baik.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya dalam sesuatu usaha yang jujur dan ikhlas, tidak ada masalah untuk mengharapkan yang positif..

    Ye la, asyik-asyik duk gaduh hal politik, ekonomi negara tengah goyah...

    Kalau duk semeja, lupakan sebentar hal politik sampai PRU 13, takde masalah....

    Anwar bekas menteri Kewangan, mungkinlah ada gunanya duk semeja...

    ReplyDelete
  4. Lihat berita di akhbar hari ini seorang lelaki telah membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan setelah hilang pekerjaan berikutan kegawatan.

    Kejadian itu di Malaysia, bukan di luar negeri!

    ReplyDelete
  5. Saya sokong jika ia disokong dan dipersetujui Kerajaan demi kebaikan Rakyat dan Agama Islam.

    Chegu, bpn ada agenda besar tak lama lagi.nanti kita YM

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Sudah lama kami dalam PAS tunggu Anwar dan pelaburan 1 Trilionnya. Apa salahnya di bawa masuk ke negeri2 di bawah pembangkang dulu.. sampai sekarang habuk pun taraa....

    Cakap best la...

    ReplyDelete
  7. salam saudara demang. sudah lama tidak mendengar khabar dari saudara.. apa khabar? mohon singgah di www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.