Wednesday, May 13, 2009

13 Mei


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Adakah ini mustahil boleh berlaku pada negara kita?



Pernahkah mereka menduga negara mereka akan jadi begitu?





"Lihatlah para pemimpinku. Inikah hadiah yang kau berikan padaku? Inilah hasilnya apabila kalian begitu angkuh menegakkan pendapat masing-masing. Adakah kalian memperjuangkan nasib kami atau sebenarnya memperjuangkan keegoan kalian?


Inikah hasil perjuangan untuk rakyat? Berbalah menegakkan pendirian masing-masing sehingga tidak sedar musuh sentiasa mengintai? Sudah lupakah amaran Allah SWT betapa musuh Islam tidak akan sekali-kali berhenti daripada menguasai kita?



Masihkah kalian enggan bersatu? Masih tegarkah kalian mengagungkan demokrasi jika demokrasi menjadikan kita hancur?


Bersatulah sebelum terlambat.

Allah SWT masih memberi peluang pada kita.

(Demang masih terkilan akan kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan PAS. Semuga beliau terus tabah berjuang mengembalikan PAS ke landasan yang asal).

Photo: aguidetoasia.com; harunyahya.com; flickr.com; indoforum.org.
Thank you very much

3 comments:

  1. Lagu BTN.
    Tapi zaman saya BTN lagu menara bangsa.



    Sengketa sesama kita...
    Jelas sekali sengketa sesama bangsa sendiri...

    Kutuk mengutuk
    caci mencaci
    fitnah di sana sini

    Siapakah?

    Fikirkan...

    Politik itu hantu (mastika)

    ReplyDelete
  2. Sejarah selalu berulang, dan tidak mustahil peristiwa 13 mei boleh berulang, jika matlamat politik menghalalkan cara, demi kuasa mereka sanggup buat apa sahaja.

    www.wakilrakyatblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamuaalikum Cheguman,

    Apa khabar?

    Sejarah adalah guru terbaik pada kehidupan kita. Tetapi mungkin berkesan hanya pada mereka yang mahu belajar darinya.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.