Friday, May 29, 2009
Berterima kasih dan bersyukur
Pulang dari sekolah tadi, Demang singgah di Jaya Jusco sekejap. Lama tidak ke pasaraya tersebut, rupa-rupanya setiap kereta yang masuk perlu mengambil 'tiket parking'.
Kebetulan Demang terserempak dengan seorang rakan sekampung yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.
Maka tanpa berlengah Demang terus mengadu padanya.
"Wah, dah kena bayar pulak ‘parking'. Dulu ‘free' je."
"Alaa, bang. Cuma seringgit sejam. Itupun dikira mulai jam kedua. Kalau cuma sejam, masih percuma. Kalau abang ada 'J-card' dua jam pertama masih percuma." rakan itu menjelaskan.
Demang terdiam. Sambil diam, Demang terfikir betapa rakan Demang yang bekerja sebagai pengawal tahu ‘menjaga’ majikannya. Bukanlah Majikan itu yang menghidup dan mematikannya dan bukan sekali-kali memberi rezeki padanya. Cuma pengawal keselamatan itu faham erti bersyukur dan berterima kasih.
Maka Demang tersedar satu perkara.
Cheguman seorang guru. Tugas guru ialah mendidik kanak-kanak. Ketua jabatan bagi guru ialah Guru Besar. Guru Besar di bawah kuasa Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Jabatan pula di bawah Kementerian Pelajaran yang mempunyai seorang menteri, iaitu Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran tersebut dilantik oleh Perdana Menteri.
Maka Cheguman mesti menyokong Guru Besar, Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran, dan Perdana Menteri.
Itu jika dilihat daripada bawah. Mari kita lihat pula dari atas.
Dalam PRU12 baru-baru ini, BN telah memenangi 140 kerusi parlimen. Maka Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara pun berkenan melantik Pengerusi BN sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri pun membentuk kabinet dan salah satu kementerian yang dibentuk ialah Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran dilantik oleh PM bagi mengetuai kementerian tersebut.
Di bawah Kementerian Pelajaran ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Di setiap negeri pula ada Pengarah Pelajaran Negeri. Semua sekolah berada di bawah Jabatan Pelajaran Negeri. Setiap sekolah diketuai Guru Besar atau Pengetua. Sekali lagi, Cheguman adalah seorang guru.
Maka Demang hairan bagaimana terdapat ramai guru yang menentang kerajaan dan dalam masa yang sama tidak pernah lupa mengambil gaji dan elaun setiap bulan. Malah tidak malu menuntut bonus tahunan. Walaupun mereka mendakwa mereka tidak cuai mengajar, tetapi bagaimana mereka boleh melaksanakan dasar kerajaan yang mereka tentang?
Demang bimbang, mereka inilah yang mensabotaj dasar-dasar kerajaan kemudian menuding jari pada kerajaan dan mengatakan: kerajaanlah yang salah.
Foto: humyra85.blogdrive.com/ TQ.
4 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteKita pun tak faham mereka yang menggigit tangan yang memberi mereka makan.
Maaflah, tapi ini kenyataan. Seperti yang Cheguman sendiri kata, "mereka mensabotaj dasar-dasar kerjaan kemudian menunding jari pada kerajaan dan mengatakan: kerajaan yang salah."
Sepatutnya merekalah yang membantu kerajaan menrelaisasikan apa juga dasar yang dibuat. Tapi apakan daya, manusia semua tak serupa dan memang terlalu ramai yang susah hendak bersyukur.
WaAllahuAlam.
Salam cheguman,
ReplyDeleteTerfikir saya dengan contoh permulaan seperti yang chegu terangkan. Hakikatnya ramai di antara kita yang tidak tahu tugas sebagai penjawat awam bukan hanya merealisasikan impian dan dasar-dasar kerajaan tetapi juga bertanggungjawab penuh terhadap amanah yang diberikan kepada mereka.
Tidak ramai guru yang jujur dan berfikir seperti chegu. Antara kebanyakan yang kita tahu, mereka lebih mementingkan keselesaan dan kemudahan dan insentif yang boleh dikecapi untuk tugas yang diberikan. Bagaimanapun kita tahu, menjadi seorang pendidik bukan satu kerja yang mudah. Ia memerlukan keupayaan mental dan kemampuan diri untuk mengawal tekanan yang kadang-kala sangat membebankan. Di sinilah kita tahu peranan guru-guru sebenarnya adalah lebih utama jika dibandingkan dengan tugas penjawat awam yang lain.
Guru boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak kita. Cara guru mengajar kita, apa yang dinasihatkannya, bagaimana mereka mengawal keadaan ketika menghadapi pelbagai karenah pelajar kita ingat sampai akhir hayat kita. Jadi apabila seorang guru yang terpengaruh dengan dakyat pembangkang yang merosakkan, sudah pasti tugas-tugas mereka akan terjejas lantaran sifat membangkang mereka. Orang yang berkeadaan membangkang tidak mengenal siapa yang memberikan madu ataupun racun. Jelasnya, mereka juga akan bertindak sebagai penyokong pembangkang seperti rakyat yang lain hatta turut aktif berpolitik sekalipun.
Mungkin mereka perlu ingat, seorang guru yang tidak lagi menghormati dasar-dasar kerajaan dan cuma menjalankan tugas pengguruan sekadar menerima gaji bulanan akan memberi impak dan kesan kepada pelajarnya tanpa disedari. Pelajar sekarang tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk tentang seorang guru. Usahlah dikusutkan lagi tugas dan peranan yang diberikan dengan perkara-perkara politik yang tidak memberikan kelebihan kepada diri dan personaliti sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab.
Sekadar Pendapat...
ReplyDeleteKerajaan Malaysia atau kerajaan BN yang ditentang puak-puak guru?
Kerajaan manakah?
Sekadar pandangan..
Saya sokong bahawa cikgu perlu berkerjasama dengan kerajaan...
Tetapi jika kerajaan macam memunahkan rakyat, macam mana nak kira tue?
sekadar bertanya
Saya setuju dengan makcik. Dari analisis yang saya buat, para pengunjung paling ramai melayari blog pada hari bekerja dan ketika waktu pejabat. Manakala pada hari Sabtu & Ahad, pengunjung amat kurang.
ReplyDeleteApai,
Terima kasih atas penerangan tambahan itu.
Redza,
Saya pernah berpandangan seperti saudara. Namun bolehkah Redza terangkan perbezaan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan BN? Ketika sedang bertugas, bolehkah kita asingkan perasaan kita?
Bolehkah kita bezakan antara Presiden UMNO dengan Perdana Menteri Malaysia?