Demang cuba untuk tidak masuk campur dalam pertelingkahan antara Ustaz Nik Abduh dengan pihak yang tidak sependapat dengan beliau. Hal ini kerana Demang tidak mahu dianggap menangguk di air keruh terutama oleh putera Nik Aziz itu sendiri.
Namun apabila melihat kemelut yang terjadi di Perak yang semakin teruk dari hari ke hari, Demang rasa terpanggil untuk menyokong Nik Abduh secara terbuka. Alasan Demang? Ya, kalaulah PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak selepas PRU12 lalu, rasanya huru hara seperti sekarang tidak akan berlaku.
Hingga saat ini Demang masih belum dapat menerima kewajaran untuk PAS menolak permuafakatan tersebut. Samalah dengan Nik Abduh yang tidak boleh menerima alasan sekumpulan pemimpin PAS yang menolak muzakarah dengan UMNO.
Demang pernah terbaca cabaran Nik Abduh untuk berdebat secara terbuka 'kenapa PAS tidak boleh berdamai dengan UMNO'. Oleh kerana Demang memang menginginkan permuafakatan tersebut maka tentulah Demang menyokong Nik Abduh.
Demang pernah mengistiharkan bahawa usaha untuk menautkan PAS dengan UMNO adalah satu perjuangan. Sebaliknya sebarang usaha untuk memisahkan keduanya adalah kerja syaitan.
Demang berpendirian, seandainya usaha tersebut tetap gagal namun kerja yang baik pasti mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Justeru Demang akan teruskan.
SALAM DEMANG
ReplyDeleteSEMUA TAU NIK ABDUH DH BG KLU. TP OLEH KERANA ADANYA SEKELOMPOK BURUNG GAGAK DLM PAS MAKA MULUT BELIAU BAKAL DI KUNCI. HARAPAN MUNGKIN HANYA TINGGAL HARAPAN. YANG PASTI HANYA KEPUTUSAN AHLI2 PAS LAIN UTK MEMILIH BERSAMA UMNO ATAU TIDAK. IBARAT BOLA BERADA DI KAKI MEREKA
Betul Jeffry, terpulang pada ahli PAS samada nak buat kebaikan atau bersekongkol dengan pemecah ummat.
ReplyDeletesokong 110 peratus komen chegu !!!
ReplyDeleteHehe...
ReplyDeleteSaya memang sangat bersetuju dengan cadangan UMNO dan PAS bekerjasama... Itulah yang saya sangat pelik, kenapa sesetengah dari mereka tidak mahu berkerjasama? Ada puak-puak PAS kata mereka dah serik apabila bekerjasama dngan UMNOo di bawah BN dulu.. Tapi itu cerita lama...
Macam ni lah, apa kata UMNO berterusan mengajak PAS bergabung... Biar UMNO tunjuk yang mereka sangat komited dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan melayu islam...
Ya, mungkin PAS akan kata "UMNO mula mencari rakan setelah hilang kepercayaan rakyat", tetapi kita kena ambil dari sudut positif... Mereka yang menolak persahabatan ini jelas mengelak dari perdamaian...
Bosan dengan politik negara yang tah apa-apa... Semua nak bergaduh... Pelik!!!
UMNO kena buat langkah awal... Mulakan langkah dengan mengelakkan pergaduhan dengan PAS, walau PAS mungkin banyak kali cari gaduh...
Semoga Agama Islam dibela!!!
Demang sangat setuju dengan Redza. Itulah perjuangan kita sebenarnya.
ReplyDelete