Sunday, June 21, 2009

Anwar cuba lari



Apabila sudah terdesak, sesorang itu sudah tidak peduli lagi kesan tindakannya. Paling-paling tidak pun dia akan kata, “yang itu kita selesaikan kemudian.” Akhirnya, 'dah terantuk baru nak tengadah'.

Demikianlah juga Anwar yang semakin terdesak ekoran tarikh perbicaraan yang semakin hampir.

Baru-baru ini Demang menulis tentang taktik Anwar menggunakan isu Chinpeng bagi ’melarikan’ rakyat kepada isu lain.

Namun, bagi yang kurang jelas dengan isu komunis ini, di sini Demang salin sebuah artikel seorang sahabat yang pernah disiarkan dalam blog beliau.

Oleh Emang Psychotic Killer, AIDCclub

Kenapa Anwar mendesak kerajaan supaya Chin Peng (Komunisme) balik ke Malaysia? Kenapa Anwar menggunakan alasan "kemanusiaan" sebagai argumentasi relevennya Chin Peng berada di Malaysia. Kenapa Anwar memperjuangkan "ketuanan rakyat"? Sedarkah kita bahawa "ketuanan rakyat" yang beliau laung-laungkan merupakan perjuangan rakyat tanpa kelas "sosialisme" yang juga merupakan cabang yang penting dalam falsafah Komunisme seperti mana yang diperkatakan di dalam Das Capital oleh Karl Marx.

Di sini penulis cuba untuk melihat sejarah sebagai pedoman yang berharga untuk kita di Malaysia. Di bawah ini merupakan sejarah yang telah berlaku yang mempunyai perkaitan dengan Illuminaty dan komunisme.

Pada tahun 1829, Illuminaty telah membuat mesyuarat di bandar New York. Dalam mesyuarat itu, seorang anggota Illuminaty berbangsa Inggeris bernama Wrigt telah memberi cadangan supaya Illuminaty bergabung dengan pertubuhan-pertubuh an Subversif yang lain untuk membentuk satu pertubuhan bersifat international yang diberikan nama "Komunisme". Super Power ini akan mereka gunakan untuk membangkitkan peperangan dan revolusi di masa akan datang.

Cadangan tersebut telah diterima dan mereka mengambil keputusan melantik Clinton Roosevelt, Horace Greely dan Chas Dona untuk mengumpul dana kewangan bagi melaksanakan misi tersebut. Hasil daripada dana tersebut telah digunakan untuk membiayai Karl Marx dan Engel dalam usaha menyiapkan dua buah buku yang bernama "Das Capital" dan "The Communist Manefesto" di Solo, England, Britain.

Diharapkan fahaman komunisme ini dapat menghancurkan sebuah negara. Oleh yang demikian, fahaman ini merupakan anti-thesis kepada kapitalisme. Fahaman Kapitalisme juga sengaja dicipta sebagai thesis kepada block barat. Hal ini kerana agar dua fahaman ini menjadi elemen adu-domba masyarakat dunia. Sememangnya dua fahaman ini iaitu Komunisme dan Kapitalisme sengaja dicipta oleh Yahudi untuk menjajah dunia. Sejak dari dahulu lagi, Yahudi memang suka mengadu domba masyarakat sehingga kaum ini telah mengalami genocide dan menjadi pelarian sehinggalah tahun 1945.

Sejarah kaitan Illuminaty dengan Komunisme :

1. Pada tahun 1972, Parti komunis negeri China yang dipimpin oleh Mao Tze Tung telah melakukan pemberontakan dan berjaya merampas kuasa daripada Chiang Kai Shek yang memimpin Parti Komunis China. Pemberontakan ini telah dirancang dan didalangi oleh agen-agen Illuminaty daripada Russia. Beliau telah menjadikan Negeri China itu berpemerintahan komunis dengan menukarkan namanya menjadi Republik Rakyat China.

2.Pada tahun 1949, agen-agen Illuminaty daripada Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan Great Britain berjaya memecahkan Jerman kepada 2 bahagaian, Jerman Barat dan Jerman Timur. Satu Pro-Komunis dan satu Anti-Komunis.

3.Agen-agen daripada Amerika Syarikat dan Rusia telah membantu Fidel Castro untuk merampas kuasa daripada Presiden Cuba, Batista. Beliau bersama Che Guevara telah melakukan peperangan gerila bersama-sama agen Illuminaty untuk membentuk negara Komunis.

4.Pada tahun 1954, agen-agen Illuminaty daripada Amerika telah membantu Jamal Abd.Nasir untuk menjadi Presiden Mesir. Beliau telah merampas kuasa daripada Raja Farouk dan membubarkan Institusi raja di Mesir. Presiden-presiden Mesir seperti Anwar Sadat dan Husni Mubarak dibantu oleh agen-agen Illuminaty untuk menjadi Presiden Mesir. Seperti yang diketahui pelembagaan Mesir mempunyai sedikit elemen "sosialisme" .


Melihat kepada sejarah, Penulis mengambil satu konklusi bahawa cadangan untuk membawa Chin Peng balik ke Malaysia adalah satu jalan strategi untuk menggulingkan kerajaan Islam yang sedia ada. Apabila Chin Peng balik ke Malaysia, idea dan pemikiran beliau ada diserapkan ke dalam parti-parti pembangkang. Tujuannya adalah untuk menggulingkan kerajaan Islam. Alasan "tua" dan "kemanusiaan" yang diargumentasikan oleh Anwar langsung tidak boleh diterima pakai disebabkan orang tua juga mempunyai idea kejahatan yang akan mempengaruhi arus pemikiran sesebuah pakatan itu. Maka, dengan melihat kesan buruk dan akibat daripada fahaman komunisme dan sosialisme ini, meminta Chin Peng balik adalah satu cadangan untuk mengeruhkan keadaan landskap politik di Malaysia. Kedatangan Chin Peng akan lebih mengharu-birukan keadaan semasa disebabkan aliran pemikiran yang dianutinya dapat mengubah Malaysia menjadi negara Republik yang akan menghancurkan kepimpinan Islam.

Sejarah sebenarnya mengajar kita agar tidak jatuh ke dalam lubang yang sama. Semoga kita melihat sejarah dan dapat mengaitkannya dengan fenomena apa yang berlaku di Malaysia. Sesungguhnya sejarah itu akan berulang merujuk mafhum Allah di dalam Al-Quran "Tilka ayyaamu nudawiluha bainan nas"- Begitulah hari-hari yang kami akan putar kemballi di antara manusia. Beruntunglah bagi mereka yang menjadikan sejarah sebagai guru untuk menongkah perjalanan dunia. Wassalam


Emang Da Galileo,
Cairo.
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/

(foto: save palestine: azliphotograp... flickr.com)
Terima kasih Azli & Emang

4 comments:

  1. Berani Kerana Benar : Tetapi Anwar semakin gelabah, penyokong dan keluarganya semakin resah, kenapa?.

    Kalau betul2 anak jantan, sila hadir 1 julai ini di mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Salam Cheguman,

    Saya tertarik kepada artikel oleh Emang Psychotic Killer yang saudara paparkan tentang perkaitan Illuminati dan Komunisme. Di bawah saya paparkan petikan dari sebuah buku oleh seorang penulis Islam:

    An eccentric group was founded in Bavaria in southern Germany in 1776. The founder of this group, which called itself the "Illuminati" (that is, "the Enlightened Ones") was a professor of law by the name of Adam Weishaupt. This society is interesting in two respects: it was a very secret society and it had set a very ambitious political program for itself. In the program written by Weishaupt, the two fundamental purposes of the society were identified:

    1. The abolition of all monarchies and systematic governments.
    2. The abolition of all theistic (divine) religions.

    The attitude of the society towards religion was extremely antagonistic.

    According to the English historian Michael Howard, Weishaupt had a "pathological hatred" for divine religion of any sort.

    The society was in fact a sort of Masonic lodge. Weishaupt was a senior freemason and he had organised it along the lines of the traditional organisational style of masonic lodges. The Illuminati grew astonishingly fast...

    In the early 1800s, a new society was established in Germany that sought to carry on the Illuminati tradition in Germany. The name of the society was "Society of the Honest Ones". In time, its name was changed to "Society of Communists". The head of this society wanted to create a political program for the group and the first two people they called upon to write the program were two strict communist intellectuals: Karl Marx and Frederick Engels! These two wrote the Communist Manifesto at the instruction of the Society of Communists. One widely-known tenet of the Manifesto was that religion was the "opium of the people" and the tract argued that the elimination of religious beliefs was one of the prerequisites for the ideal of the "classless society", which was posited as humanity's only hope of salvation. It should be noted that both Marx and Engels were of Jewish origin.

    The early dominance of masons and Jews in the socialist movement continued in the years that followed.

    Antara ahli-ahli mason dan Yahudi ini yang memperjuangkan gerakan sosialisme adalah Vladimir I. Lenin, yang disebutkan oleh penulis buku tersebut sebagai "A Jew, just like most of the leaders of the Bolshevik movement in Russia, Lenin became the founder of one of the bloodiest totalitarian regimes in the world." Rejim yang disebut ini adalah Soviet Union (sekarang Russia).

    Buku tersebut di atas boleh muat turun (download) di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/531/ALLAH_IS_KNOWN_THROUGH_REASON. (Rujuk kepada Bab 6)

    Untuk terjemahannya di dalam Bahasa Melayu (Indonesia), sila pergi ke link ini: http://www.harunyahya.com/indo/buku/akal001.htm. (Rujuk Bab 7)

    Gerakan Illuminati berkait rapat dengan gerakan-gerakan Freemason dan Knight Templers yang bertanggungjawab melahirkan fahaman dan gerakan Komunisme. Amat jelas sekali bahawa gerakan-gerakan ini mempunyai perasaan kebencian yang sangat mendalam terhadap Islam dan sistem pemerintahan beraja, serta sikap yang sangat bermusuhan (antagonistic) terhadap agama. Itu sebablah mereka berusaha bersunguh-sungguh untuk menghancurkan Islam. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun (download) buku-buku di tiga link-link berikut:

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/677/GLOBAL_FREEMASONRY

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/5094/TEMPLARS_AND_THE_FREEMASONS

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/980/THE_KNIGHTS_TEMPLARS

    Satu video boleh ditontoni di link berikut:

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/9570/THE_KNIGHTS_TEMPLARS_AND_FREEMASONRY

    Atau layari website ini: http://www.globalfreemasonry.com/index2.html

    (Bersambung di post berikut...)

    ReplyDelete
  3. Sambungan post terdahulu:

    Rujuk kepada hujah penulis Emang Psychotic Killer tentang cadangan mengembalikan Chin Peng ke Malaysia dan "idea dan pemikiran beliau ada [akan] diserapkan ke dalam parti-parti pembangkang". Jangan sekali-kali kita lupa bahawa walaupun kerajaan komunis Soviet Union telah runtuh, ia tidak bermakna fahaman atau ideologi itu telah terhapus. Mengikut penulis Islam yang sama di atas dalam bukunya 'Communism In Ambush':

    "Communism is an ideology that has caused the death of some 100 million people and brought oppression, persecution, blood and tears to many a country... In the past century, the entire world witnessed the massacres and cruelty of communist leaders. Well, has that menace disappeared now? Sadly, not: COMMUNISM WAITS IN AMBUSH! That is why it is a very important duty of mankind to unravel the real face of communist ideology, the pains and calamities it caused in the past, and to remind people that this threat is waiting in ambush."

    Buku ini boleh dimuat turun di link berikut:

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/581/COMMUNISM_IN_AMBUSH

    Rumusannya: Fahaman komunisme menanti untuk menyerang hendak kita! Bukankah di negara kita masih ada lagi saki-baki komunis? Faham-fahamlah...dan fikir-fikirlah.

    Maaf Chegu, post saya panjang kali ini. Sekadar mengingat-ingatkah... Jika kita lupa sejarah (dan tidak mencari dan menimba ilmu), pasti kita akan mengulanginya (those who forget or ignore history are condemned to repeat it).

    ReplyDelete
  4. Semasa zaman British, pertubuhan API, KMM (kesatuan Melayu Muda) dll pertubuhan melayu telah diharamkan British. Ramai pemimpin pertubuhan ini dibunuh dan dipenjarakan. UMNO kemudiannya tertubuh dengan perkenan British. Adakah UMNO ini sama peranannya seperti Komunis? Yang pasti UMNO diperkenan British kerana pemimpinnya tidak cenderung kepada agama tetapi cenderung kepada bangsa.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.