Sunday, June 28, 2009

Umno serupa komunis


Kata Nik Aziz, beliau menggelar UMNO seperti komunis sama seperti kita guna peribahasa melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.

Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Demang dapati Nik Aziz sudah pergi terlalu jauh dan Demang bimbang beliau sudah salah simpang. Namun siapa yang mampu memperbetulkan beliau? Setakat ini Nik Aziz dianggap penghulu segala ulama. Presiden PAS pun berada satu level di bawahnya. Lantas, beliau akan dianggap betul atas apa sahaja tindakannya, hatta menolak perpaduan demi survival politik.

Suatu masa dahulu Nik Aziz pernah mendakwa kita dibenarkan meminta pertolongan daripada syaitan. Maka gembiralah kaki-kaki ekor yang meminta nombor ekor dari busut-busut dan perdu pokok besar.

Dosa berjudi boleh diampun, dosa syirik?

Eloklah kita lapangkan dada, buangkan sebentar rasa taksub pada mana-mana pemimpin dan bacalah temubual khas dengan mufti Perak iaitu Harussani Zakaria dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Semoga di saat-saat keruntuhan sebuah lagi kerajaan Islam ini, akan ada sedikit kesedaran pada kita semua.

Semoga kita sempat menambah sedikit lagi pahala, dan menghentikan satu-dua dosa.

(Awas: adakah Nik Aziz sindir Anwar yang mengizinkan Chinpeng dibawa masuk ke Malaysia?)
_______________

foto: three little pigs Indigo Goat by flickr.com/

Thanks from Waadat.

2 comments:

  1. Salam Demang.

    Ada satu cerita seorang Cina kampung melawat Melayu lepas bersalin. Bila tengok bayi Melayu yang baru lahir, maka Cina tadi berkata untuk memuji "Wah comelnya anak kamu, macam anak anjing baru lahir!"

    ReplyDelete
  2. Salam cguman;

    Nampaknya tok guru melatah lagi, ayat-ayat "Mutasyaabihaat" telah ditafsir mengikut selera sendiri.

    Semoga beliau akan diberi petunjuk agar tidak terus mencerca serta mentaksubkan umat akhibat dari kerakusannya.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.