Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?
Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.
Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.
Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.
Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.
Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.
Sebagai pembela negara, BPN cuma membawa satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.
Di situlah bermulanya perjuangan kami.
(Artikel ini juga boleh dibaca di blog khas BPN Manik Urai)
Akan berlakukah manek-manek air mata yang terurai di Manek Urai? Aplaha guna menang jika sifat-sifat sang munafik dibawa semasa berkempen, fitnah ke atas calon lawan spt yang berlaku dgn penyebaran gambar karaoke Wan Farid dgn anak saudara perempuannya di K.Terengganu yang ditohmah sbg berkaraoke dgn perempuan karaoke, atau tohmahan ke atas Mail Sapian di Bukit Gantang, atau merosakkan pribadi pemimpin sasaran seperti Najib di Permatang Pauh...jika kali ini masih terdapat kempen mencemar nama dan imej calon atau pemimpin parti lawan, maka yang menang tersebut hanya mendapat kemenangan di dunia, tetapi telah melakukan jenayah besar dalam Islam iaitu fitnah.
ReplyDeleteHati-hatilah bila berkempen, bulan mulia Rejab sepatutnya umat Islam bertaubat banyak-banyak, sebab ini adalah bulan Allah.
Akan berlakukah manek-manek airmata yang terurai di Manek Urai sebab perlakuan manusia yang cintakan duniawi tetapi tak takutkan balasan di akhirat?
Dmubfcuk BPN
ReplyDeleteDmubfcuk Tuan Blog
Dimusnahkan pala hatuk hang.....Provokasi PAS supaya TGNA dicaci /dimaki/ dikutuk/dihina oleh UMNO nampaknya semakin menjadi menjelang PRK M/U.
UMNO tidak pernah belajar dari sejarah, bodoh dulu, kini dan selamanya bodoh.Macamane nak menang PRK kat Kelantan.
Bodoh Punya UMNO.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteHari ini berhasillah segala hasutan dan tanaman bibit bibit kebencian Pembangkang tahun demi tahun menghasilkan BUAHnya bila 5 pelajar tahun satu UM ditanan Polis atas cubaan mahu membakar dewan Akademi Pengajian Islamnya.
Bayangkan Cheguman, mereka baru berusia 21 tahun!!! Hancur masa hadapan kerana sudah ada rekod Polis!! Mereka juga menconteng kata kata penghinaan pada Rosmah Mansur beberapa jam sebelum beliau merasmikan program 10sen untuk Palestin.
Berhasillah titik Peluh mereka selama ini. Mak Cik benar benar berdoa agar mereka mereka ini diLAKNAT Allah swt kerana menghancurkan masa hadapan anak-anak orang lain. Mengapa tidak anak mereka sahaja mereka suruh buat benda keji macam ini yang terang-terang dilarang Allah swt??
Cheguman juga seorang pendidik. Tentu Cheguman juga terasa macam Mak Cik. Sudah melampau betul hasutan mereka dan amat berkesan sekali, terutama pada dada dada muda yang berdarah muda.