Seorang ustaz yang menjadi kawan baik Demang tak terkata apa-apa apabila Demang tanyakan perihal kerajaan perpaduan ketika kami bersarapan pagi tadi. Maklumlah, baru kelmarin dia berbual dengan penuh semangat mengenai kebaikan kerajaan perpaduan itu. Beriya-iya ustaz itu membacakan beberapa ayat Quran tentang perlunya perpaduan.
Nampaknya PAS melepaskan satu peluang keemasan bagi merangkul kemenangan berganda dalam PRU13 nanti. Keengganan PAS merealisasikan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presidennya ternyata mengaibkan pemimpin PAS sendiri. Para penyokong PAS juga tumpang malu.
Rakyat melihat bahawa Hj Hadi seorang yang mungkir janji. Malah sikap bacul Hj Hadi jelas dilihat apabila beliau melemparkan kesalahan pada UMNO.
Bukankah idea itu datang dari beliau sendiri? Biarpun diminta berkali-kali agar menjelaskan bentuk kerajaan uniti tersebut, namun Hj Hadi bersikap mendiamkan diri.
Haji Hadi langsung tidak mahu menjelaskan bentuk sebenar konsep yang beliau cadangkan. Beliau terus meninggalkan tanda tanya samada kerajaan tersebut melibatkan PAS & UMNO sahaja atau melibatkan semua parti.
DS Najib sendiri berkali-kali menyuarakan kesediaannya untuk berbincang apa sahaja bentuk yang Hj Hadi inginkan, namun Hj Hadi bertindak melarikan diri. Ustaz Nasharudin juga menghaibkan diri. Nak lari dari siapa? Rakyat sentiasa mengikuti dan menilai.
Kini hanya satu alasan yang rakyat tahu: PAS terpaksa membatalkan cadangan kerajaan perpaduan kerana diasak dan didesak oleh saudara-saudaranya dari PKR dan DAP.
Benarkah ini semua rancangan Hj Hadi sebagaimana telahan ramai pemerhati politik seperti Nobisha?
Jika demikian, maka benarlah bahawa Haji Hadi juga tidak ada bezanya dengan ahli politik lain termasuk Karpal Sigh.
Cuma bezanya, Hj Hadi kurang cekap bermain politik dan starategi tersebut hanya memburukkan imejnya di mata rakyat.
(Foto: breaking wine glass Harper Point ... flickr.com)

Kebenaran ialah "mukmin itu bersaudara". Ini keBRNARan dari Allah. Ini keBENARan dari RasulNya.
ReplyDeleteSekiranya Hj Hadi dan Uz Nash berpegang kepada kebenaran ini, mereka pasti mendapat pertolongan dari Allah.
Sekiranya mereka sedar bahawa "keadilan" yang diperjuangkan PKR dan DAP itu hanya setakan keadilan nisbah Anuar dan LKS, mereka akan berani mengulang semula apa yang mereka ucapkan dalam muktamar mereka yang lepas.
Oleh kerana mereka tidak berlaku adil dan benar terhadap kata-kata mereka yang disaksikan oleh muktamar mereka, hari ini bertambah ramai ahli-ahli parti ini mempersoalkan keikhlasan ketua-ketua dan fatwa-fatwa mereka.
Kadang-kadang ada pertanyaan berbunyi, "PAS ini menunjuk jalan ka syurga atau gelanggang sepak raga?"
SALAM ZIARAH CHEGU..SY SOKONG PENDAPAT DAL..TAK MENGAKU SESAMA INSAN ADALAH BERSAUDARA KECUALI DIA SEORANG MUNAFIK. BUKAN KAH ORG ISLAM BERSIFAT MUNAFIK TU LEBIH HINA DARI ORG2 KAFIR?
ReplyDeleteAbe Awe
ReplyDeleteMaka tamatlah episod Umno?BN nak perbodohkan PAS/PR, selamanya pemimpin PAS/BN tahu ini adalah permainan politik musuhnya. Bodoh ke PAS senang2 nak berpadu dgn Umnp/BN selepas depa rampas perak dan usung serta humbang keluar speker deme mace negara tak ada demokrasi.
Biawakpun malu nak berpadu dengan parti mace itu jika merekapun ada parti.
Secara adatnya, jika sapa2 nak ajak berbaik dengan kita, kita hendaklah berlaku baik dan tunjuk contoh yg betul kepada mereka barulah boleh nak ajak depa. ni idok hang buatkerja gi rampas 'BINI MUDA kesayangan dia dan baling dan lempar 'KERUSI' dan katil tempat mereka memadu kasih buat apa. dan tiba2 ajak kita damai, apa barang .... jadi itulah contoh kalu nak ajak org atau parti utk perpaduan.
TQ
selepas episod kepura-puraan ini maka timbullah episod bola ping-pong ghaib ditelan mata dajjal yg diterbangkan roket menuju ke bintang tiga!!!
ReplyDeleteDal,
ReplyDeleteSaya setuju. sesuai dengan Surah Al-Hujurat, ayat 10.
”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
Jefry,
ReplyDeleteBetul kata saudara.
"Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."
(la yu'minu ahadukum hatta yuhibbu liakhihi wayuhibbu linapsihi).
Anon (Abe Awe),
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi pendapat saudara di sini. Saya pernah menulis bahawa orang yang menyokong pembangkang biasanya mempunyai minda penentang. Kenapa mereka suka menentang? Sebab mereka kurang membaca dan kurang mengetahui perkara-perkara di luar bidang mereka. Percampuran mereka sekadar bersama kelompok mereka sahaja dan kurang pendedahan dalam bermasyarakat.
Contohnya, 'Abe Awe' kita ni.
Itu sebabnya 'Abe Awe' kita ni membebel tentang Perak, padahal Demang dah tulis terntang realiti politik di Perak lama dah.
Lihat http://waadat.blogspot.com/2009/05/cerita-sebenar-di-perak.html
Selamat membaca Abe Awe...
Anon 2.07PM,
ReplyDeleteKe mana rakyat akan di bawa? Ke bulan dan ke bintang tiga menggunakan roket yang dipandu dajjal bermata satu.
salam hormat cheguman,
ReplyDeleteapa perlunya si belatuk mematuk-matuk batang nyiur yang sudah berlubang?
apa perlunya si tiung mematuk-matuk batang yang sudah tumbang?
kedua-duanya sedang melakukan apa?
Pergi mampos lah kerajaan perpaduan UMNgok. Dah hilang kepercayaan dengan orang melayu baru terhegeh2 cari PAS.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAntara persamaan PAS dan UMNO ialah mejoritinya Melayu yang mengaku Islam.Tapi sayang kedua-duanya tak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Bercakap tentang Islam bukan main lagi, tapi penghayatannya tiada.Kosong.
Kepada pemimpin PAS sedarlah bahawa anda telah dimainkan oleh PKR dan DAP dan kepada UMNO sedarlah bahawa anda telah dikuasai oleh mereka yang rakus dalam politik kebendaan.
Sedarlah wahai pemimpin Melayu jika ingin melihat bangsamu gemilang pada masa depan.
Ayuh, bangkitlah untuk menjaga martabat kemelayuan yang ada pada bangsa Melayu kita. Allah jadikan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa tentu ada hikmahnya. Maka jagalah ia supaya Melayu tak akan hilang di dunia.
Namoyaki,
ReplyDeleteKita bukakan teka-teki itu pada semua pengunjung.
Dollah,
Adakah dendam itu dianjurkan Islam? Orang bukan Islam sedang melihat dan menilai betapa ulama Islam adalah pendendam. maka rosaklah usaha dakwah kita selama ini.
Penulis,
Sudah banyak kali saya menulis bahawa negara ini akan hancur jika diserahkan hanya pada orang politik sahaja.
Insya Allah kita sedang gerakkan satu wadah baru yang lebih menyuluruh.
Dollah yang Ngok... Siapa yang cari siapa? Bukan PAS dulu yang lontarkan idea tentang kerajaan perpaduan ke?
ReplyDeleteSebab saudara pun dah Ngokkk sangat, boleh la join Nizar jadi barua Nga dan Ngeh. Lepas tu ko layak dapat nama baru Dollah Ngokkkk Nga Ngeh.....
Tuan,
ReplyDeletePolitik perkauman adalah politik gaya lama.
Generasi muda yang cerdik akan menolak sama sekali politik jenis ini. Ini politik nostalgik orang tua yang takut kepada bintang tiga dan Jepun.
Apa pulak politik baru? Sila baca ini: http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html
Politik gaya lama hanya pentingkan kuasa, bersifat perkauman,politik untuk perut dan kemaluan.
Pemipin politik gaya lama tidak pernah rasa berslah kepada bangsa sendiri. Sila baca ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/1.html
Blogger lama mahu pun baharu yang gaya politiknya lama wajib baca yang ini:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/blogger-selak-kain-blogger-gaya-lama.html
kah..kah..kah..kah..Melayu sudah tunjuk bodoh!
Melayu diperbodohkan dan kini sudah tunju8k bodoh!
PAS cakap tak serupa bikin.
ReplyDeleteResmi lalang mengikut angin.
Pandai bicara tak tahu kota.
Ada hati tapi buta.
Tak kenal mana kaca,mana permata.
Kelak nanti habis putih mata.
Shonzu,
ReplyDeleteHj Hadi sebenarnya memang berhasrat ke arah kerajaan perpaduan tetapi beliau diasak dan ditekan merata penjuru.
Gedungakal,
Saudara mempunyai pandangan yang bagus dan kelihatan berhati mulia. Sayangnya idea saudara yang tampak mulus dan serba sempurna itu hanya indah untuk didendangkan.
Jika kaum cina tidak bersikap perkauman, tutup semua SJKC dan kita berpadu di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan (bukan setakat sekolah wawasan).
Kumbang,
PAS sekarang ni dah lain.