Monday, July 27, 2009

Najib dan Pengkhianat


Apabila Demang ditanya oleh seorang peserta semalam adakah masih ada ahli politik yang begitu bersungguh-sungguh untuk membina negara, termenung sejenak Demang. Bukan Demang tidak ada jawapan, namun Demang bimbang kenyataan tersebut dianggap semata-mata untuk 'mengampu' seseorang.

Akhirnya Demang berkata:
"Secara peribadi, dari sudut hati kecil saya, sama ada anda mahu bersetuju atau tidak, saya tidak peduli. Saya hanya nampak DS Najib sahaja yang begitu beriya-iya dan bertungkus lumus melakukan apa sahaja bagi memulihkan imej kerajaan yang memerintah.

Perkataan 'SAHAJA' tersebut mungkin keterlaluan. Demang minta maaf namun itulah yang Demang sedang rasakan.

Kenapa? DS Najib adalah anak PM Malaysia (Tun Razak). Dilahirkan dan dibesarkan di atas dulang emas. Barangkali jika tidak ditunjukkan, rumput pun beliau tidak kenal, apatah lagi sawah bendang dan ladang ternakan.

Namun beliau sanggup turun padang meredah denai, bergaul dengan rakyat biasa demi membina negara. Kalau ahli parlimen yang berasal dari kampung berbuat begitu, Demang langsung tak hairan. Tetapi apabila Najib yang melakukan, Demang begitu terharu dan kagum.

Dan, pagi ini hp Demang bertalu-talu menerima berita online daripada BH-Celcom:

BH 27/07: Perdana Menetri perincikan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) negara dengan KRA pertama kurangkan kadar jenayah, terutama jenayah jalanan.

BH 27/07: KRA kedua perangi rasuah babitkan semua perolehan kerajaan perlu tender terbuka atau tender terhad dengan kuasa SPRM lebih luas: Najib

BH 27/07: KRA ketiga babitkan akses prasekolah capai 80 peratus mulai 2012, pengetua dan guru besar nikmati ganjaran berasaskan pencapaian sekolah: PM

BH 27/07:KRA ke-4, mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan rakyat akan dibayar pada 1 haribulan, banteras miskin tegar menjelang 31 Disember 2010.

BH 27/07:KRA ke-5 - perkasa prasarana luar bandar, RM4 bilion bina 1,500km jalan di Sabah/Sarawak, RM1 bilion jalan di Semenanjung.

BH 27/07:KRA ke-6 - tingkat pengangkutan awam dalam jangka sederhana, tambahan 35 set "4-car train" di laluan LRT Kelana Jaya hujung 2012.

Fikir-fikirkanlah…

Lantas Demang kembali menjadi marah dengan para pengkhianat yang lari meninggalkan bahtera yang mereka rasakan akan karam, bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Siapa lagi kalau bukan Chua Jui Meng dan SS Subramaniam!

Demang sedang menanti jika ada lagi pengkhianat yang akan membuang topeng masing-masing.

Dipersilakan...
....................
foto titanic02
psychics.co.uk
Thanks.

6 comments:

  1. Diorg lompat masuk parti lain pun sbb kecewa tak dpt jawatan, org mcm ni mmg bgs pun berambus....

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. Jangan diperdulikan samada orang mengatakan kita pengampu atau tidak. Yang penting niat didalam hati kita. Apakah kalau kita mengiktiraf usaha yang dibuat Datuk Seri Najib itu, kita dianggap pengampu? Tidak sekali-kali. Kita sebenarnya bersikap positif dan ingin melihat negarawn negara itu membuktikan kepada pengkhianat negara, bahawa UMNO dan BN masih relevan dan masih ada anak melayu yang bisa bergelar Pemimpin perkasa negara. Mungkin kepada musuhnya, Datuk Seri Najib adalah penghalang besar kepada cita-cita jahat mereka, namun kepada saya yang telah lama mengenal dan menjadi rakan baik beliau, walupun sehingga kini masih duduk dibawah, tetapi tetap berbangga dengan pencapaian dan rekod kepimpinan kebijaksanaan dan wawasan beliau. Semoga Najib akan terus menjadi pemimpin yang begitu prihatin kepda masalah rakyat dibawah kepimpinannya.

    ReplyDelete
  3. Koi turut berbangga masih ada pemimpim seperti Najib.. Teruskan Najib jangan kasi muka sama pembangkang...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cheguman,

    Apa khabar orang Melaka? Tak Melayu Hilang di dunia...mereka cuma bersengketa sebab Tok Guru tak betul keluar fatwa. Tok Guru zaman sekarang.

    Cheguman,

    Jangan peduli apa yang orang hendak kata jika kita sokong DS Najib. Kita sendiri lihat bagaimana beliau bekerja kuat untuk Negara tercinta.

    Orang yang sengaja mencari keburukkan DS Najib dengan fitnah dan mengadu domba itu adalah mereka yang tak ada kerja.

    Kerja mereka hanya fitnah orang. Cari idea untuk kebaikan tidak ada langsung. Sombong dan angkuh kerana kononnya mereka amat suci dan sudah dijamin syurga. Tambahan pula dengan imej kononnya Alim.

    Kita mesti sokong dan buat apa yang kita boleh supaya negera kita akan terus Aman, tenteram dan Maju insyaAllah swt untuk semua rakyat Malaysia. InsyaAllah, Malaysia akan Selamat dan sentiasa dilindungi Allah swt.

    Pasal Chua Jui Meng dan SSS tu biarkanlah dia orang ..apa nak buat? Pengkhianat di sana sini sekarang. Good Riddance!!

    ReplyDelete
  5. Exception, Bungaraya, Poyosede, dan Makcik;

    Saya percaya apabila sudah tiada isu besar yang boleh digunakan untuk menghentam Najib, mereka akan mengorek isu-isu yang sekecil-kecilnya bagi memancing sokongan rakyat.

    Adakah itu tujuan pembangkang dibayar gaji sebagai wakil rakyat? Sebenarnya, kita adakan pembangkang bagi menambah makmur negara bukannya untuk menghuru-harakan negara.

    ReplyDelete
  6. WHOAAAAA CIKGU, ENTRY YG MENGHARUKAN JIWA RAGA.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.