Sunday, August 2, 2009

dia yang memusnahkan impian


Melihat pada ketenangan DS Najib menjawab soalan pemberita dalam Berita Perdana sebentar tadi tambah menyakinkan Demang bahawa demonstrasi membantah ISA yang diadakan semalam berjaya melengkapkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.

Maklumlah, DS Najib tidak hanya melihat dan mendengar dengan sepasang mata dan telinga beliau sahaja. Para perisik yang bertaburan di seluruh negara sudah menyalurkan hasil pemerhatian mereka di seluruh negara: yakni, respon rakyat terhadap demonstrasi tersebut.

DS Najib telah mendapat respon positif daripada rakyat. Dalam TV tadi DS Najib jelas tidak dapat menyembunyikan keceriaan beliau ekoran peristiwa semalam.

Semuanya hanya kerana TERDESAK!

Akibat terdesak dengan perbicaraan yang terpaksa dihadapi di mahkamah, Anwar melakukan kesilapan yang bukan kecil. Anwar sudah tidak lagi boleh berfikir secara matang dalam mengatur stategi politik. Tindakan semalam benar-benar semakin merugikan pembangkang.

Tindakan demonstrasi tidak dilakukan oleh pihak yang kuat dalam politik. Demonstrasi dan mogok adalah senjata terakhir pihak yang sudah tidak mampu berjuang. Justeru tindakan demonstrasi semalam menggambarkan betapa pembangkang sudah kembali seperti sebelum 1999 iaitu tatkala parti-parti pembangkang sudah hampir dikuburkan beramai-ramai akibat penyokong mereka semakin merosot.
Demonstrasi yang diwar-warkan akan disertai 100 ribu penunjuk perasaan cuma dihadiri tidak sampai 10% daripada sasaran tersebut.
Rakyat melihatnya dengan penuh minat tetapi MELUAT. Seronok melihat pesta air tetapi menyampah dengan permainan politik murahan pembangkang.
Semua itu disiarkan secara langsung di TV-TV dan meresap ke dalam minda penonton. Itulah kerja PEMBANGKANG.

Nampaknya satu demi satu petanda keruntuhan pakatan pembangkang sedang berlangsung.

Kita nantikan pula Nik Aziz melatah lagi. Kita lihat nanti barangkali akan ada lagi BEKAS pemimpin MCA atau MIC keluar daripada BN bagi membantu menguatkan semula pembangkang.

Itu semua adalah petanda kehancuran pembangkang!


............................................

Foto: he broke it Dagona
flickr.com

TQ.

10 comments:

  1. Aiyyaa Nostladamus KaaAugust 2, 2009 at 9:04 PM

    bismillah ... lengan nama tuhan Muhammad s.a.w. gwa Aiyyaa Nostladamus Kaa mintak kasi chupat itu balisan pengbangkang hancus abit jali abok tipi jyalan dudok.

    ReplyDelete
  2. semoga allah tunjukkan yang mana hak dan yang mana batil

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cheguman,

    InsyaAllah swt, DS Najib akan dapat menlaksanakan tugas sebagai PM sebaik mungkin dan dengan izin Illahi juga semoga terbuka hati-hati yang tertutup pada kebenaran dan celek mata yang buta pada mana yang intan dan mana yang permata.

    Mak Cik amat berharap kes mahkamah yang sekor tu tidak digugurkan demi KeAdilan. Kesian budak Saiful tu menunggu perbicaraan sebegitu lama.
    Semoga dia Tabah dan kebenaran terbukti juga supaya rakyat terus dapat menilai siapa sebenarnya yang sekor tu.

    ReplyDelete
  4. Aiyyaa Nostladamus Ka,
    Itulah yg kita harapkan... semoga negara kita kembali tenteram. amin.

    Ezad,
    Amin...

    Makcik,
    Kasihan Saiful. Terharu saya baca ruangan Awang Selamat MM hari ni.

    ReplyDelete
  5. Kalaulah anda seorang berbangsa Cina di Malaysia dan pulak menyokong pembangkang, sedang menonton tayangan demonstrasi semalam, agaknya apa yang difikir atau ulasannya tentang demo tersebut?.

    Jawab jangan tak jawab.

    ReplyDelete
  6. saudaraku demang lebar daun, mohon idzin kami masuk bertandang,

    kehancuran akan mula datang apabila angin amarah mula datang menghampiri mereka,
    angin itu pada mulanya nampak kuat badang bagai puting beliung tiup menyambar, namun, apbila dilaungkan Adzan, angin itu mulai pudar kerana ia sedar akan perbuatan,

    salam hormat demang,

    ReplyDelete
  7. Salam, Senapang Patah.

    Setahu saya, Parpukari sudah lama menarik diri dari BPN. Ini dimaklumkan sendiri oleh beliau di depan saya, Panglima Perang Cyber dan beberapa sahabat BPN lain.

    Apa-apapun, untuk maklumat rasmi, sila tunggu kenyataan Panglima Perang Cyber.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam Cheguman,

    Mohon linkkan Blog saya dengan Blog Wadat. http://bumiyang.blogspot.com/

    Terimakasih.

    Wassallam.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Isac,
    Kan dah lama saya link? Tak perasan ke? he he..

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.