Salah satu yang mengkagumkan sarjana barat terhadap Rasulullah SAW ialah baginda menyeru manusia beribadat dan dalam masa yang sama baginda turut melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Lazimnya, jika seseorang itu berbohong dengan ajarannya, maka orang tersebut akan hanya menyuruh orang lain melakukannya (ibadat) sedangkan dia sendiri hanya melakukannya di depan orang ramai.
Maklumlah, melakukan solat, puasa, dan berzikir bukannya dapat duit!
Sebagai orang Islam, salah satu perkara yang mengkagumkan kita ialah Rasulullah SAW melakukan ibadah yang tiada taranya padahal baginda sudah pasti dimasukkan ke dalam syurga.
Justeru apabila melihat kenyataan Nik Aziz bahawa orang UMNO tidak akan masuk syurga Demang terfikir betapa jika masih ada orang UMNO yang berbuat kebajikan selepas ini, bermakna amalan mereka tersebut memang benar-benar ikhlas sebab mereka tidak mengharapkan sebarang balasan.
Terpulanglah pada anda untuk membuat interpretasi terhadap omelan Demang kali ini.
huhuhuhu .. salam cikgu ~
ReplyDeleteRasanya TGNA dah tersilap kata lah ... tp masih lagi nak kata ucapannya di putarbelitkan. Hmmm, semoga ramdhan ini kita semua PAS & UMNO (& non partisan nyer orang) dapat mermuhasabah diri.
wallahualam
Amende cikgu tulis ni....susah nak faham..
ReplyDeleteCuba cikgu cari pengertian ikhlas. Pandai tulis tapi tak tahu makna..kebanyakan Melayu cam tu.
Salam...
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadat ramadhan
Maaf dipohon jika ada keterlanjuran
The Hobbit Frodo,
ReplyDeleteYa. Kita sama-sama bermuhusabah. Selamat berpuasa.
Mudz,
Kalau saya silap, kenapa nak kaitkan dengan bangsa Melayu? Semoga kita lebih 'sedar diri'. Selamat berpuasa.
S Senduk,
Sama-sama. Selamat berpuasa.