Tuesday, August 11, 2009

Kembalilah PAS


222 jumlah semuanya. Daripada 222 itu UMNO ada 78. PAS pula ada 23. Memang jauh bezanya antara 78 dengan 23. Hampir tiga kali ganda. Sebenarnya UMNO masih boleh berlaku sombong dengan PAS.

Sementara itu dalam pakatan pembangkang, PKR (Melayu + Cina + India), mereka mempunyai 30 kerusi dan DAP memiliki 28 kerusi.

Nampaknya, dalam kelompok manapun PAS berada, parti yang berasal daripada sayap UMNO tersebut tetap berada di bawah sekali.

Pemimpin dan para penyokong PAS, janganlah lagi berilusi dan berfantasi. Sedarlah daripada mimpi. Cukup-cukuplah berfikir bahawa UMNO sudah ditolak oleh orang Melayu. Lihatlah fakta dan statistik pilihanraya yang terbaru dan terimalah hakikat yang PAS sekarang sekadar menumpang tuah orang.

Dengan kedudukan 78-23 tersebut, UMNO masih sukar untuk dikalahkan dan PAS masih jauh lagi daripada kemenangan. Hanya yang boleh berlaku ialah, kerusi UMNO akan merosot dan kerusi PAS akan bertambah sedikit. Paling tinggipun, akan dapat keputusan 51 kerusi dan 50 kerusi. Tidak tahulah parti mana yang dapat 51 dan parti mana yang akan dapat 50. Yang pasti, kedua-dua parti itu akan jadi parti yang lemah.

Sedangkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedang menguatkan penguasaan mereka dalam pakatan pembangkang. Lihat kes Chua Jui Meng dan S Subramaniam yang menyertai PKR baru-baru ini.

Namun jika melihat pada prestasi DS Najib dan respon rakyat terhadap pendekatan beliau setakat ini, adakah angka tersebut mampu dicapai PAS?

Hanya golongan muda yang tidak mengenal sejarah perjuangan bangsa dan agamanya sahaja yang enggan menyokong UMNO. Dan, bilangan tersebut sudah semakin merosot terutamanya sejak kebelakangan ini.

Kembalilah PAS ke pangkuan UMNO. Kita susun semula agenda perjuangan Islam. Hentikan pergaduhan sesama sendiri. Tidak ada salahnya parti UMNO itu. Jika ada pun dosanya, itu bukan milik parti tetapi perbuatan beberapa pemimpinnya yang terleka dengan nikmat dunia. Jika kita pun berada di tempat mereka, belum tentu kita tidak melakukannya.

Yang sudah tu, sudah lah.

Kepada anak-anak muda yang tersimpan di sudut hatinya untuk memberi sumbangan kepada negara, dekati dan hayati sejarah perjuangan UMNO selama ini. Kunjungi mana-mana cawangan UMNO di kawasan anda. Sertai dan berikan sumbangan anda.

Ya, barangkali ada sesuatu perkara yang anda lihat dan tidak setujui. Atau, anda fikir ia boleh dilakukan dengan lebih baik lagi. Maka bersuara dan bertindaklah untuk memperbetulkannya. Jangan bercakap di belakang sahaja dan bersikap menentang.

Namun perlu diingat, jangan lupa adab budaya dan sopan santun kita. Orang tua dan orang lama perlu dihormati. Jika kita bijak melayani mereka dengan berhemah dan berhikmah, insya-Allah mereka akan memberi laluan kepada anda untuk menjadi pemimpin.

Namun jangan lah berharap untuk mengubah semuanya dalam sekelip mata. Berjuanglah dengan penuh iltizam dan istiqamah. Bukanlah perjuangan namanya kalau ia dapat dicapai dengan begitu mudah.

Anda tidak boleh lakukannya seorang diri. Ajaklah sahabat-sahabat untuk sama-sama melakukannya. Sahabat itu dicari dan dibina, ia tidak datang sendiri.
Suatu masa dan ketikanya nanti, anda lah yang akan menjadi pemimpin UMNO. Pegang dan laksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah.

Demang percaya, kalian boleh lakukan.



Angka-angka adalah berdasarkan keputusan PRU12:
http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm
Foto: dato onn jaafar
no2umno.blogspot.com

3 comments:

  1. PAS takkan kembali bersatu dgn UMNO jika masih menaruh harapan pada Anwar dan DAP. Anwar sudah tiada harapan, Sg Buluh bakal menanti. DAP jelas tidak menghormati islam...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. PAS rela diperalatkan oleh Anwar dan Lim Kit Siang dari diperalat oleh UMNO..

    baguslah macam tu...

    Demang teruskan usaha menyatukan rakyat Melayu Islam kita.

    Usaha ini pasti dibalas oleh Allah !

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak ada insan yang memikir secara logik dan kehadapan tentang nasib bangsa sendiri. Ini satu barkah dan diberi ganjaran Allah diatas niat yang baik.
    Terkilan sebab banyak yang masih dibuai mimpi.
    Secara lojik , PAS x leh nak mentadbir negeri serta negara melainkan mereka meletakkan calon mereka di setiap kawasan.
    Harapan PAS adalah pada belas ikhsan bangsa lain ( yang nampaknye dah memang nak menghapuskan Melayu) serta pengikut taksub.
    UMNO/Melayu masih relevent dalam survival melayu. Tapi survival Melayu dalam PAS adalahlah dari belas kasihan Bukan Melayu dari apa yang aku lihat.
    menjadi minoriti bukan mempunyai kuasa, menyalak bukit namanya...apa perjuangan serta apa tindakan PAS dalam isu semasa ? Apa yang di zahirkan serta di beri pengikhtirafan rakan pakatan ? Zero
    Namun, bangsaku masih layu dan mimpi dengan angan angan!!!!!
    Apakah Perak sewaktu dulu adalah ditadbir oleh bangsaku ? Walaupun dikaburi oleh Nijar Lilin sebagai MB? Apakah menjadi MB dengan barisan komandernye DAP itu boleh menidakkan segala angenda mereka ? Atau menjadi pak turut ?
    Namun, bangsaku tertipu, bermegah PAS menjadi MB sedangkan hujung aisbaru dalam air nampak memuncak serta putih, tak tahu kita dibawah itu banyak onak serta air berputar ligat.
    Sedih serta malu bila BN mengambil alih Perak...siapakah yang sebenarnya kehilangan KUASA ??? PAS / PKR atau DAP ? Secara congak, budak kecil yang waras pu tahu.... siapa ?
    Tapi amat menyedihkah parti minoriti inilah yang menjadi emosi, berdemonstrasi , tidor atas jalan serta menghalang DYMM Sultab Perak ..... Apakah bangsaku menjadi alpha serta taksub sehingga lupa siapa boneka ????? mana perginya kaum lain??? Mana perginya parti pakatan yang endapat Menjoriti ??? Tak der... balaci hanyalah bangsaku ....
    Jangan lah menjadi menang sorak kampung tergadai..
    Ingat lah hutang lapuk negara , ingatlah lagi anak kecil main api dan ingatlah perjuangan serta pengorbanan datuk nenek kita keatas penjajah....
    Mungkin kita lupa , tahun tahun akan datang , melayu hanya nama , dan bangsa ku akan terus mundur dan dijajah selamanya.
    Berdoa serta sama sama lah kita mengembalikan perpaduan melayu dan islam.
    bersatu teguh bercerai roboh.....
    Ingat lah wasit Sultan.

    Bayan Budiman

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.