Thursday, September 24, 2009

demam Facebook


Memang Demang sedang demam pun. Selesema. Harap tidak berjangkit pada anda yang sedang membaca artika ini.

Setelah puas berblog para pengguna internet kini sibuk dengan Facebook pula. Itu pun sejenis demam juga. Maka Demangpun cuba-cubalah membuka akaun sendiri melalui Facebook. Baru nak cuba-cuba.

Kelebihan Facebook ialah ia mudah diakses menggunakan HP dan senang dikemaskini. Cuma ia agak terhad, tidak seperti blog.

Maka Demang lihat ramai juga para pemimpin mempunyai Facebook sendiri. Tidak tahulah samada mereka yang menguruskannya atau diswatakan kepada para pembantu. Hal inilah yang cuba dipersoalkan oleh seorang anak muda kepada KJ dalam majlis berbuka puasa tempoh hari.

Bagi Demang, memang eloklah para pemimpin mempunyai blog, Facebook, atau apa sahaja yang membolehkan mereka berinteraksi dengan orang ramai. Namun untuk memaksa mereka menguruskan sendiri semua itu tentulah tidak adil. Lain lah jika mereka tidak ada kerja lain sebagaimana pemimpin parti pembangkang.

Yang penting, mereka ada sediakan saluran untuk berkomunikasi dengan kita. Walaupun orang lain yang menguruskannya, sekurang-kurangnya suara hati kita sampai kepada mereka dan dipertimbangkan.

Dan, jangan lupa bahawa lebih ramai lagi pakcik, makcik, tokcik, toknyang cik kita yang tidak mempunyai akaun Facebook! Suara mereka juga perlu didengar.

Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir bathin. Tahun ni Demang tak hantar sekepingpun kad raya (sama macam tahun-tahun lepas). Demang gunakan SMS, Facebook, dsbnya.

Foto hiasan: 766259644 96570a3c3a jpg
flickr.com

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.