Sunday, September 13, 2009

Runtuhnya kerajaan Islam

cordoba mosque andalusia spain


Jika kita ingin melihat sebuah lagi kerajaan Islam runtuh, maka Bagan Pinang boleh menjadi permulaan yang baik. Maka sesiapa yang ingin bersekongkol melakukannya, jadikanlah medan di Bagan Pinang untuk mendaulatkan pemerintahan baru dengan paksi utamanya pemimpin DAP.

Demang sebutkan pemimpin DAP dan bukannya pemimpin Cina kerana kaum Cina yang bersetuju menetap di Tanah Melayu apabila negara mencapai kemerdekaan hanyalah daripada MCA sahaja. Manakala yang tidak bersetuju dengan pendirian MCA mengambil keputusan keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu, pulang ke negara asal atau berpindah ke Singapura.

Masyarakat Cina yang kekal di Persekutuan bernaung dalam satu organisasi sosial-politik iaitu MCA. Melalui parti tersebut mereka bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan bersama, tetapi bukan kerajaan campuran. Meskipun belum ada satupun kawasan yang layak dikatakan ‘kawasan Cina’ mengikut tafsiran pilihanraya, namun UMNO meletakkan beberapa pemimpin MCA sebagai calon dan akhirnya menang dengan undi orang Melayu.

DAP bukan mewakili masyarakat Cina yang ingin menjadi rakyat Tanah Melayu. DAP ditubuhkan bagi menggantikan atau mewakili PAP apabila Singapura keluar daripada Malaysia. Justeru impian mereka amat berbeza berbanding pemimpin MCA. Malah DAP ditubuhkan bagi mengambil alih kepimpinan Malaysia dan menyatukannya dengan rejim di Singapura suatu hari nanti. Dan, ’hari itu’ nampaknya sudah tidak beberapa hari lagi. (lihat fakta DAP dalam wikipedia).

Demang bukan sekadar menggertak tetapi lihatlah realiti ini:

Kedudukan kerusi DUN NS selepas PRU12
Barisan Nasional (BN): 21
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 19
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 1
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 10
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 4 (I:1, C:1, M:2)

Jumlah: 36

Dengan kematian ADUN Bagan Pinang, maka UMNO kini memiliki 18 kerusi sekaligus bermakna BN tinggal 20 kerusi. Jika Anwar Ibrahim berjaya memujuk kedua-dua ADUN MCA dan MIC tersebut, maka BN (UMNO) akan tinggal 16 kerusi. Masih ingat tekad Anwar dalam kempen 16 September?

Secara automatik pakatan pembangkang mempunyai 18 kerusi, sama seperti UMNO.

Justeru kerusi Bagan Pinang menjadi penentu. Jika undi diberi kepada PAS, ertinya UMNO dan pembangkang akan seri dengan kedudukan 18-18 dalam kerajaan Negeri Sembilan.

Mari kita lihat kedudukan ini baik-baik:

UMNO: 18 kerusi

DAP: 10 kerusi
PKR: 4 kerusi (2 Melayu, 1 Cina, 1 India)
PAS: 2 kerusi
ADUN dibeli: 2 kerusi (1 Cina, 1 India)

Adakah PAS akan menyertai UMNO selepas itu? Tidak. lihat i'tikad penyokong PAS di sini.

Sesuatu perlu dilakukan bagi menarik sokongan kaum Cina dan India untuk kembali menyokong MCA dan MIC. Jika tidak, lihatlah kerajaan Islam di NS akan runtuh, diikuti Melaka, Johor, Pahang dan lain-lain. Jangan terperanjat jika kerajaan Islam di Kelantan juga akan hancur. Tiada yang mustahil.

Demang ulang sekali lagi:
Sesuatu perlu dilakukan bagi menarik sokongan kaum Cina dan India untuk kembali menyokong MCA dan MIC.

Itulah yang sedang dilakukan oleh DS Najib melalui 1 Malaysia.

Lihat DS Najib makan tosai.


foto hiasan: cordoba mosque andalusia spain
maram_meccawy flickr.com

Terima kasih.

6 comments:

  1. salam cheguman,

    aku amat tak setuju jika umno kalah, dikatakan kalahnya kerajaan islam.
    bagi aku, tak ada kerajaan yg layak digelar kerajaan islam dimalaysia selagi belum melaksanakan hukum islam.

    ReplyDelete
  2. Lama tak komen kat Demang... Saya sebuk belajar... haha...

    Cuma satu jer nak cakap, jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah kerana pentadbiran yang gagal... Dan jatuhnya kerajaan 'Islam' di NS (kalau jatuh la), jatuhnya sebab apa?

    ReplyDelete
  3. Aku,
    Kita sedang berusaha melaksanakan hukum Islam mengikut kemampuan kita. Malaysia dihuni oleh hanya 55% muslim dan 45% nonmuslim.

    Boleh saudara sebutkan negara yang mengamalkan hukum Islam sepenuhnya?

    Mampukah PAS mendirikan negara Islam cara mereka dengan gabungan DAP dan PKR?

    Tolong jawab dengan ikhlas.


    Redz da Tsar,
    Takpe... terima kasih. Teruskan belajar. Saudara adalah aset negara.
    Saya setuju kerajaan Uthmaniah jatuh kerana kelemahan mereka. Jika dilihat dari satu sudut, kita buang sahaja pentadbiran yang lemah itu supaya kita kembali kuat, namun adakah itu satu-satunya pilihan yang kita ada? Betulkah jika kita buang yang lama maka kita kembali kuat?

    Jika kita lihat di Andalusia, kerajaan akhirnya mengambil keputusan menyerahkan kuasa kepada pemimpin bukan Islam. Adakah itu yang kita mahu?

    Jika orang Islam menyokong PAS di Malaysia, adakah PAS benar-benar berkuasa? Tidakkah DAP yang berkuasa di negeri-negeri yang telah kita singkirkan pemimpin UMNO? Adakah semua orang Islam akan menyokong PAS apabila mereka secara wewenang menuduh sesiapa yang tidak menyokong mereka sebagai bukan Islam? Lihat posting saya sebelum ini berkenaan sms seorang rakan lama.

    Kenapa dulu PAS menghukum kafir parti yg bekerjasama dengan bukan Islam tetapi sekarang mereka berkomplot dengan DAP yang terang-terang menentang negara Islam?

    Sampai bila kita nak berjuang atas dasar impian semata-mata dengan bekalan emosi?

    Lihatlah fakta dan realiti kerana di situ ada kebenaran.

    ReplyDelete
  4. salam cheguman,

    tak kira samada pas atau umno, selagi belum menegakkan hukum islam belum boleh digelar kerajaan islam..

    ReplyDelete
  5. Empayer-empayer Islam zaman dahulu runtuh oleh sebab perbalahan semasa orang Islam sendiri. Jika tidak berhati-hati, perbalahan antara orang Melayu/Islam di dalam UMNO dan PAS pasti akan menentukan nasib kerajaan sekarang yang bermajoritikan orang Islam.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn Alizul.
    Jika dilihat pada realiti pilihanraya kecil mutakhir, sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO telah meningkat berbanding PRU12. Cuma BN menghadapi masalah kehilangan undi kaum bukan Melayu. Hal ini dapat dilihat ketara pada PRK Bukit Gantang dan Permatang Pasir. Malah peralihan undi melayu hampir-hampir menewaskan PAS di Manek Urai yg memperlihatkan PAS terpaksa berpuas hati dengan kelebihan 65 undi sahaja.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.