Sunday, October 25, 2009

3 isu BESAR

Apakah perkara penting yang berlaku di hujung-hujung minggu lalu?

Sebenarnya selain pembentangan belanjawan negara, ada dua perkara lagi yang agak penting telah berlaku, menyelit di celah-celah perbincangan hangat pembentangan belanjawan negara.

Pertama, amaran dan gesaan Nik Aziz untuk membersihkan PAS daripada golongan yang pro kerajaan perpaduan. Hal ini akan Demang bincangkan kemudian kerana Demang perlu memastikan adakah Islam membenarkan kita bermusuhan dan membalas dendam. Yakni, bermusuhan dengan orang UMNO yang beragama Islam dan membalas dendam pada orang PAS (Islam) yang menginginkan perpaduan.

Kedua, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan keistimewaan memiliki dokumen penting sebelum perbicaraan telah ditolak. Hal ini juga Demang akan bincangkan dalam artikal lain. buat masa ini eloklah anda berkunjung ke blog Saiful bagi melihat kenapa anak muda tersebut begitu yakin bahawa Anwar memang bersalah?

Ketiga-tiga perkara tersebut kelihatan berbeza namun mempunyai satu persamaan impak iaitu terhadap senario politik semasa. Ertinya, kesan pada kita semua.

Nampaknya tiupan angin sedang berubah. Setelah 10 tahun persepsi rakyat memberi simpati pada pembangkang dan menaruh prejudis tinggi terhadap kerajaan, kini babak baru telah bermula. Angin monsun sudah bertukar arah.

Tiupan pertama angin perubahan sebenarnya sudah bermula apabila DS Najib mengambil alih pentadbiran negara. Namun rakyat masih belum dapat mengikis terus rasa curiga. Tindakan Najib turun padang melihat sendiri kehidupan rakyat mula membuka mata rakyat.

Seterusnya DS Najib mengumumkan 1 Malaysia dan berikrar bagi melakukan perubahan besar. UMNO juga turut mengalami proses pemulihan secara agresif. Demang yang turut terlibat secara langsung dalam merintis perubahan ini mendapati bahawa DS Najib tidak sekadar bercakap kosong. Apabila Najib bersuara, maka jentera di belakangnya terus bertindak secara proaktif. Dalam banyak perkara, Najib memainkan peranan secara langsung. Hal ini Demang bukan sekadar mendengar cakap orang!

Paling jelas setakat ini pembangkang seolah gelap pandangan dan tidak tahu mencari kelemahan kerajaan. Cuma yang pasti BN dan UMNO mesti dimusnahkan.

Demang tiba-tiba teringat kisah seorang wali dengan iblis. Pada pusingan pertama wali tersebut berjaya mengalahkan iblis kerana tindakannya berasaskan kebenaran sebaliknya dalam pusingan kedua wali tersebut dikalahkan iblis kerana tindakannya bukan lagi kerana Allah tetapi kerana melayani nafsu amarah.

Wallahu'alam.

4 comments:

  1. Org Muda

    apakah yg seronok sangant tentang bajet PM najib tu ?

    bagi aku yg kerja makan gaji lebih terasa lagi apabila tiba hujung tahun.

    1. aku kena bayar insurans pelindungan motor dan kereta dan roadtaxnya.

    2. bajet baru ni najib kenakan caj RM 50 pada yg ada kad kredit macam aku ni. dulu aku tak payah pikir pasal benda ni. sekarang pasal bajet kaulah najib aku kena pikir benda ni. kalau tuan2 ada banyak kad kredit 4 ke, 5 ke 6 ke berapa yg kita kena bayar kat kerajaan BN PM najib yg kononnya 1 malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan- cit poraah boleh belah dengan slogan macam biawak tu.

    3. perbelanjaan anak nak masuk sekolah

    4. belanja nak hantar anak kat pengasuh lagi seorang RM 200 kalau 3 orang mu pikirlah sendiri.

    jadi kesimpulanya kalau sebelum ni kawe pangkah PAS dan baru rasa nak bagi peluang kat PM najib maka peluang ni PM najib telah sia2kan.sepatutnya golongan macam kawelah pak najib kena fokus kerana golongan (21-40) inilah yg akan menentukan BN nak menang atau nak kalah dalam PRU 13 nanti

    kawe cabar demo tuan blogger untuk siarkan komen kawe ni.kalau dema nak siar hok baik2 aje baik tak payah jadi blogger.

    ReplyDelete
  2. saudara takyah cabar, saya memang siarkan semuanya. Bukan macam kebanyakan blogger pembangkang. Semua pengunjung boleh menilai tahap pemikiran saudara mentafsir pembentangan tersebut.

    Tentang caj kad kredit RM50 tu pun saudara tak boleh fikir kebaikannya utk rakyat? Nasihat daripada saya, jangan dedahkan ketidakmampuan anda untuk berfikir rasional kpd org ramai.

    ReplyDelete
  3. org muda

    tq, kerana siar komen saya, sokonglah tuan banyak2 tuan kat PM najib tu, tu baru menang kat bagan pinangdah macam2 beban nak dikenakan kepada rakyat ni yg terbaru cukai 5% ke atas pembelian hartanah seperti rumah, PM najib ingat rumah tu harga RM 50 ringgit.
    kalau dia menang satu malaya pada PRU 13 nanti kawe tak tahulah beban manatang apa dia nak kenakan pada rakyat pulak.

    buatlah benda yang rasional dan tidak membebankan rakyat.

    belajarlah dari apa kesilapan yg pak lah dah buat masa pentabiranya.akibat membebankan rakyat dengan benda yg popular rakyat gunalah (spt minyak petrol )menyebabkan BN kalah teruk.

    kawe puas hati selama ini kawe pangkah PAS berbanding demang yg sokong/pangkah BN kerana inilah hadiah BN untuk setiap penyokong setia seperti demang setiap kali bajet.

    ReplyDelete
  4. Org Muda,
    sementara masih muda, eloklah belajar lagi tentang politik dan ekonomi sebelum beri kenyataan.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.