Friday, October 30, 2009
Pakatan Rebah
Dalam permainan domino apabila satu kepingan rebah maka ia akan menghempap dinding di sebelahnya dan mula merebak. Seterusnya kita akan melihat satu siri runtuhan yang berkesinambungan.
Itu sebabnya setelah peristiwa tsunami 2004 ahli kaji bumi meramalkan runtuhan-runtuhan akan terus berlaku secara berentetan. Itulah yang sedang kita lihat hari ini.
Bagaimana dengan politik?
Manusia adalah makhluk sosial yang bertautan antara satu sama lain. Individu tidak membuat keputusan secara sendirian sebaliknya akan sentiasa merujuk kepada orang di sekelilingnya sebelum mengambil sebarang pendirian.
Sebagai contoh (orang Islam), apabila rakan di sebelah kita bersin maka setelah beliau mengucapkan alhamdulillah, kita akan mengucapkan yarhamkallah. Kenapa? Ya, kerana kita telah dididik begitu. Kenapa kita mengaplikasi hasil didikan itu? Kerana kita inginkan pahala. Itu sahaja? Tidak, kita juga ingin medoakan rakan kita itu.
Lagi? Kita mungkin ingin memperlihatkan sikap prihatin pada rakan kita. Selain itu kita juga barangkali melakukannya bagi mengambil hati rakan dan selebihnya mungkin bagi menunjukkan kepada orang di sekeliling bahawa kita... (apa-apa sahajalah).
Apapun niat anda ketika mengucapkan yarhamkallah itu, anda melakukannya sebagai satu respon terhadap persekitaran anda.
Dalam ilmu psikologi keadaan ini dikaitkan dengan teori tingkahlaku (behavior) yang berasaskan gerakan dan tindakbalas. Ia diaplikasikan dalam bidang pendidikan secara meluas. Pakar-pakar ilmu pendidikan yang cenderung dengan teori ini percaya bahawa manusia bertindak berdasarkan persekitaran. Meskipun teori ini dianggap klasik namun ia masih relevan dengan kehidupan manusia.
Berbalik pada isu politik terkini, dinding yang melingkungi pakatan pembangkang sedang tumbang satu persatu. Demang percaya, rakyat sedang melihatnya dengan cermat dan akan memberi tindak balas. Begitu juga para pemerhati atas pagar, akan condong semula ke pihak kerajaan yang ada sekarang. Seterusnya penyokong sederhana pembangkang akan beralih kepada kerajaan. Dalam pada itu kakitangan kerajaan yang agak berpuas hati dengan hadiah daripada kerajaan baru-baru ini akan lebih menyokong kerajaan yang menaungi mereka.
Lama kelamaan penyokong tegar akan menyusutlah ketegaran mereka.
Seperkara lagi yang perlu Demang catatkan di sini, sebagaimana ucapan Yarhamkallah tadi yang diterima melalui didikan, maka kerajaan akan terus mendidik rakyat untuk menyayangi kerajaan yang ada.
Maka bersedialah pakatan pembangkang untuk menghadapi zaman keruntuhan.
Wallahu'alam.
foto:
domino jpg 3gplive.com
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.