Apabila Demang menulis tentang perubahan baru-baru ini bukan bermakna Demang anti perubahan dan membenci penganjur perubahan. Sebaliknya Demang amat mengalu-alukan perubahan yang positif dan dilakukan dengan cara yang positif.
Perubahan hanya akan menjadi realiti apabila kita melakukan, bukan menyuruh orang lain melakukan. Hal ini berlaku pada semua perkara dan keadaan.
Sebagai contoh, jika kita inginkan kerajaan yang bebas rasuah baik rasuah kuasa mahupun rasuah wang; kita mesti bermula dengan tidak terlibat dalam memberi atau menerima rasuah.
Demang percaya barangkali ada pembaca yang akan bertanya, bagaimana dengan TS Isa Samad yang menjadi calon di Bagan Pinang? Bukankah beliau pernah didapati bersalah melakukan rasuah oleh lembaga disiplin parti UMNO?
Bagi Demang, untuk menjadi manusia yang sempurna, di dalam negara yang sempurna, dan di dunia yang serba sempurna maka janganlah dipilih TS Isa itu. Bukan itu sahaja, kita juga tidak harus memilih DS Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah melakukan salahguna kuasa. Kita juga perlu menolak MB Selangor (khalid) kerana beliau sedang berdepan dengan masalah 'wang'.
Jika sifir tersebut kita langgar, maka jadilah kita orang yang zalim. Padahal bukankah kita sering mendakwa sedang memperjuangkan keadilan? Justeru jika DS Anwar boleh kita beri laluan di Permatang Pauh bagaimana kita boleh menolak TS Isa di Bagan Pinang?
Berbalik pada isu perubahan yang Demang lagangkan tadi. Bagi Demang jika PKR ingin melakukan perubahan, mulakan dengan cara yang betul. Pucuk pimpinan PKR perlu bersih. DS Anwar perlu bersara daripada jawatan politiknya dan usah lagi berhasrat menjadi PM. Eloklah beliau selesaikan dulu masalah dengan bekas pembancuh kopinya dulu.
Kepimpinan PAS usah lagi berselindung di celah kelangkang DAP dan di bawah punggung PKR. berjuanglah atas prinsip sendiri dan berterus teranglah dengan rakyat matlamat sebenar PAS. Jangan lagi mendakwa ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud di depan orang Islam kemudian menyatakan sebaliknya di depan orang bukan Islam.
Jangan sampai orang bukan Islam berkata: "ulama Islam PENIPU." Susahlah kita nak jelaskan pada mereka nanti perbezaan antara ulama PAS dengan ulama sebenar.
Wallahu'alam.
Blog ini sedang dipantau dengan menggunakan perisian khas kerana mengandungi artikel-artikel yang berbau fitnah dan hasutan. Apabila lokasi dan pemilik blog ini dapat dikesan, tindakan undang-undang akan diambil!
ReplyDeleteHarap maklum!
Dah malu nak jadi ahli PAS. PAS sekarang dah tak original banyak cakap tak serupa bikin. Sejak PAS bersama DAP & kaki bontot, PAS dah mula main duit, pakai kereta mewah, baju mahal, bini lebih dari 2 seperti Hadi Awang bini 3, sanggup cerai bini muda dengan bayaran RM3.0juta dari duit royalti balak.
ReplyDeletehttp://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html
ReplyDeletebacalah dgn teliti keluhan guru ugama pondok-sesungguhnya PAS telah lari dari memperjuangkan Islam
malah umat Islam berdepan dgn bahaya fahaman wahhabi yang mana mengikut mantan mufti Brunei dan juga wali Allah Abdullah Fahim sudah terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah
Kepada yg menyokng PAS-kembalilah kepada Quran dan sunnah, usah mengkafirkan orang Islam dan bersatulah dmi mempertahankan uagama suci Allah
Marilah semua umat Islam bersatu dibawah sat satunya kepimpinan Islam Melayu Beraja yg terbaik di Malaysia iaitu kepimpinan UMNO dan BN
Demang, saya telah menerima mesej anon seperti yang terpapar di komen pertama di atas.
ReplyDeleterasanya ia satu tujuan untuk menggertak kita walhal kita tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar undang2.
demang kena buat Facebook pulak..
Aku setuju benor dgn penulis blog yang bijak ni , UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak melibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.
ReplyDeletefor once, i want to see that the voters on Bagan Pinang to reject TS Isa. then UMNO will learn their lesson... clean personality is more important than grassroot support..
ReplyDelete