Saturday, November 14, 2009

Bai'ah talaq 3 pegawai kerajaan belot


"sebaik mana pun dasar-dasar kerajaan, namun jika ia gagal diinterpretasikan oleh penjawat awam, kesudahannya ia tidak memberi sebarang erti kepada rakyat". (Menteri Besar NS, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Pak Teh setuju. Maka Pak Teh ingin bertanya, bagaimana dengan penjawat awam yang menyokong pembangkang dan turut sama mengkritik kerajaan? Tidakkah mereka sudah bertindak menyongsang?

Menyebut tentang songsang, ada seorang rakan mengaitkannya dengan rambang. Bagi Pak Teh, rambang tidak sama dengan songsang. Dalam kes Anwar Ibrahim adakah ia seks rambang atau seks songsang?

Baiklah, kita kembali pada isu asal.

Kata Mat Hassan lagi:
"Saya menyarankan supaya kakitangan mengawasi rakan sejawat sendiri. Jika mereka tidak bersama-sama dalam satu pasukan, ia akan menjejaskan imej sesebuah unit."

Idea ini memang bagus, cuma kita perlu berhati-hati membuat teguran sesama rakan. Dan, jangan lupa untuk menegur rakan yang terlalu kerap mengutuk kerajaan yang menjadi majikannya.

Pak Teh nak cuba cadangkan, mungkin kita perlu buat bai’ah macam yang PAS buat. Jika mana-mana penjawat awam yang menyokong pembangkang sedangkan dia masih menjadi pegawai kerajaan maka isterinya TERCERAI talaq TIGA!

Foto:
worker harvesti...75 jpg dreamstime.com

2 comments:

  1. Salam bro, bagaimana dengan Kakitangan Kerajaan yang telah berbai'ah (sumpah akur janji) dengan kerajaan ? Tidakkah mereka telah melanggar bai'ah itu ?..... laknatlah bagi mereka yang tidak amanah dengan bai'ahnya dengan kerajaan....

    ReplyDelete
  2. Salam CgMan..

    Kalau lah di buat di jabatan kerajaan style bai'ah ni, ana jamin.. ramai pompuan menjanda awal..

    Wassalam..

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.