Tuesday, November 24, 2009
Jubah, dulang, dan tudung labuh
Sambil bersarapan pagi tadi, isteri Demang bercerita perihal ibu-ibu saudaranya yang menghantar anak-anak mereka ke sebuah pusat pengajian ala pondok di pekan kecil (Melaka) sepanjang cuti sekolah ini.
Tindakan tersebut memanglah bagus dan pujian harus diberikan kepada ibu bapa dan pengusaha pusat tersebut.
Antara keperluan yang wajib disediakan ialah jubah dan tudung labuh. Bayaran yang dikenakan hanya RM200 bagi setiap pelajar. Bayaran meliputi makanan dan tempat tinggal yang disediakan sepanjang tempoh itu. Para penuntut makan di dalam dulang.
Tudung labuh, jubah dan dulang bukanlah persoalannya di sini tetapi yang dimusykilkan isteri Demang ialah tahap kebersihan yang amat buruk di situ. Lalat langau seolah diternak secara besar-besaran dengan umpanan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik. Malah salah seorang sepupu isteri Demang amat berharap dapat membawa cawan sendiri dari rumah kerana tidak sanggup menggunakan bekas yang disediakan.
Sepupu-sepupu isteri Demang yang masih bersekolah itu bukan orang kaya. Ibu bapa mereka hanya buruh biasa. Jadi tidak timbul soal mereka terlalu cerewet kerana biasa hidup senang. Mereka biasa hidup susah tetapi bukan kotor!
Keadaan tersebut mengingatkan Demang tentang isu sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan bantuan oleh Tun Abdullah ketika beliau menjadi PM. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan banyak pihak namun akhirnya rakyat sedar bahawa itulah tindakan terbaik bagi membantu memulihkan imej umat Islam.
Hari ini bukan sahaja kanak-kanak tersebut berpeluang mendapat tempat didikan yang jauh lebih baik malah ustaz dan ustazah mereka telah ditempatkan ke sekolah-sekolah kerajaan dengan tawaran yang amat menarik (DG41). Satu program khas (JQAF) diwujudkan di sekolah-sekolah rendah. Jangan lupa jasa Pak Lah itu.
Bagi Demang, masih ramai orang Melayu yang mengenepikan soal kebersihan termasuk dalam penyediaan makanan. Memanglah kaum Cina dan India lebih teruk lagi namun sebagai ummat Islam, kita diakui sebagai ummat terbaik. Justeru pamerkan kehebatan kita atau sekurang-kurangnya patuhi saranan Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
Nampaknya pengusaha di situ lebih mementingkan soal jubah, tudung labuh, dan dulang berbanding kebersihan.
foto hiasan:
green bottle fly jpctalbot flickr.com
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteINIlah kesilapan majority orang Melayu Islam di Malaysia sekarang. Mereka terlalu menekan akan aspek jubah, serban dan tudung labuh. Padahal Islam amat menitik beratkan kebersihan.
Mereka menunjukkan contoh yang tidak betul pada murid-murid. Dan mendapat bayaran pula!! Saya minta maaf, bagi saya kebersihan adalah segalanya. Bersih zahir dan batin....WaAllahuAlam.