Sunday, November 29, 2009
kemelut PAS bukan kerana doa UMNO
Demang diajar sejak kecil agar turut mendoakan ibu bapa, ahli keluarga, malah seluruh ummat Islam selain doa untuk diri sendiri. Doa yang dianjur itu adalah doa-doa yang baik, bukan sebaliknya). Bukan itu sahaja; kepada orang bukan Islam pun digalakkan kita berdoa.
Contohnya Rasulullah pernah berdoa agar Allah SWT memberikan hidayah kepada bapa saudara Baginda. Kenapa ahli politik tidak mencontohi tindakan Rasulullah itu?
Maka Demang hairan dengan tindakan pemimpin menganjurkan bacaan doa bagi memusnahkan orang Islam yang lain. (rujuk blog Panglima) Memanglah dikatakan bahawa doa orang yang teraniaya itu amat makbul namun siapa yang menganiaya siapa?
Tidakkah PAS yang menganiaya perjuangan UMNO apabila mereka bersekongkol dengan parti anti Islam?
- Itu kata orang UMNO manakala orang PAS pula akan menuduh UMNO lah yang menganiaya PAS apabila bergabung dengan MCA dan MIC.
Kita perlu sedar bahawa PAS dan UMNO adalah dua parti politik yang saling bermusuhan. Maka sudah sewajarnya masing-masing saling menyalahkan. Namun adakah wajar masing-masing mendoakan kemusnahan antara satu sama lain? Apa akan jadi pada ummat Islam? Apa akan jadi pada anak cucu kita yang setiap hari dilahirkan?
Apa yang Demang lihat ialah walaupun PAS mendoakan UMNO musnah, sebaliknya PAS yang sedang menuju kemusnahan.
Kata Mukhriz Mahathir, masalah yang dihadapi PAS sekarang bukan disebabkan doa UMNO.
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
doa makan diri - itu konklusi apa yang terjadi..
ReplyDelete