Monday, November 9, 2009

lagi keluar PKR


Akhirnya Nik Aziz mengakui bahawa sokongan golongan muda terhadap PAS semakin merosot. Apa sebabnya? Perhimpunan PAS kelmarin sudah mendedahkan sebahagian daripadanya.

Dalam pada itu kedudukan PKR semakin buruk dan jika tiada aral mungkin terpaksa dibubarkan tidak lama lagi. Selepas PKR Sabah berantakan, PKR Perlis pula menyaksikan keluarnya Zainurin Yahaya (Timb Pengerusi PKR Perlis) bersama 200 penyokongnya daripada parti serpihan itu. 200 orang bagi negeri sekecil Perlis sudah dikira kritikal.

Semakin gundah gulana lah Wan Azizah mengenangkan suami yang sedang menghadapi pertuduhan jenayah manakala parti pula sedang merudum.

Jika Demang berada dalam PKR sekarang, Demang juga akan mengambil langkah yang sama seperti Zunairin kerana sebagai orang perjuangan, tidak ada apa lagi yang nak diperjuangkan melalui PKR. Nak pertahankan Mursyidul Am PKR pun tak ada apa nak dipertahankan.

Foto: crash Mr-Wild flickr.com

6 comments:

  1. mereka benar2 Pakatan Reput...

    saya ada ulas di sini ttg baiah cerai taklik PAS..

    http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/11/edisi-pagi-pelik-apabila-muslimat-pas.html

    harap dapat respon kawan2

    tq

    ReplyDelete
  2. elok juga golongan2 munafik keluar dari PKR,mereka telah menjelmakan diri mereka yang sebenarnaya, secara positifnya PKR akan lebih bersih terutama apabila memilih calon yg sesuai bila PRU 13 nanti, Insyaallah tidak akan ada lagi katak-katak politik malaun yang akan membuat onar dalam PKR dan seterusnya mengugat kerajaan PR kelak samada diperingkat negeri atau pusat nanti.

    hidup2 hidup rakyat, takbir
    ALLAH HUU AKBAR

    ReplyDelete
  3. baguslah kluar beramai-ramai.. tinggalkan kroni anwar sahaja..

    ReplyDelete
  4. bodoh nye awe gonde nih,,org munafik lah yg tak keluar dari pkr,
    yg keluar tu dah tahu dah pkr......
    jadi awe gonde tu sepesis sama ker?????....

    ReplyDelete
  5. che awe donde,

    hidup2 hidup umno, allah huakhbar...

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar ! ! !
    Marusia betapa pun perasan merancang;
    namun rancangan Tuhanlah juga yang akan berlaku.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.