Friday, November 13, 2009
Promoter pilihan raya
Suruhanjaya Sekuriti selesai kes penipuan pelaburan haram terbesar negara RM31 juta, wang pelaburan mangsa dijangka dibayar awal tahun depan. (BH 13/11)
Tanyalah pada sesiapapun; semua manusia mau untung. Barangkali istilah 'untung' itu agak sinis. Kita katakan sahaja 'kebaikan': semua manusia ingin kebaikan. Ada sesiapa yang cuba menyatakan bahawa keuntungan itu bukan sejenis kebaikan?
Bagi menghadirkan kebaikan, maka muncul pihak ketiga yang mendakwa mampu menawarkan kebaikan. Malah mereka berkempen siang malam mengemukakan betapa baiknya mereka atau kumpulan mereka menanjurkan kebaikan.
Meskipun audien semakin bijak, namun promoter produk 'kebaikan' lebih maju ke depan. Sebelum sempat bakal pelanggan bertanya, mereka sudah bersedia dengan jawapan dan alasan. Maka dalam keadaan sedar, separuh sedar, atau tidak sedar audien pun bertukar menjadi pelanggan.
Walaupun Demang mulakan bicara dengan berita pelaburan, kemudian disambung dengan ulasan pemasaran, namun fokus Demang ialah pilihan raya di negara kita. Sebagaimana kempen pemasaran, kempen politik juga seringkali indah khabar dari rupa.
Tidak hairanlah kenapa isteri Aladin boleh terpedaya dan menukarkan lampu lama suaminya dengan lampu baru.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.