Tuesday, November 10, 2009

Siapa yang berbohong?


Hj Hadi mendakwa tidak tahu menahu tentang bai’ah talak 3 terhadap mana-mana pemimpin PAS yang keluar daripada parti tersebut.

Justeru beliau telahpun mengarahkan setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali untuk menyiasat perkara tersebut.

Sebagai ulangan; Khamis lalu Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad (adik Sahril Samad) mengesahkan wujudnya amalan bai'ah tersebut di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa ‘akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti’.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh pula mempertahankan amalan tersebut dan mendakwa ia dilakukan sejak pilihan raya 2007. Beliau berpendapat bai’ah itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.
Itu pendapat beliau, terpulanglah. Demang cuma nak tahu, benarkah ia berlaku dan kenapa Hj Hadi kata beliau tidak tahu menahu?
Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai'ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Lebih mengejutkan, bai'ah itu dikatakan disediakan Dewan Ulama Pas dan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Nampaknya banyak perkara yang Hj Hadi tidak tahu atau tidak diberitahu mengenai parti pimpinannya itu. Belas hati Demang mendengarnya.

Adakah Hj Hadi akan mengikut jejak langkah Dato’ Asri yang juga presiden PAS yang akhirnya meninggalkan PAS?

Maklumat lanjut: Utusan Online

Foto sekadar hiasan:
39560549 abdul203 jpg news.bbc.co.uk

2 comments:

  1. Salam Demang

    Susah kita nak membuat telahan sekarang. Siapa pembelit, siapa pembohong, siapa pula yang terbelit. Yang saya nak termuntah tu bila Ulamak menganggap dirinya "maksum" dan terlebih bijak dari orang lain.

    ReplyDelete
  2. Kalau demikian kata Presiden Pas; maka tidak timbullah masaalah derhaka kepada pemimpin dan parti jika sekiranya ada mana ADUN atau MP keluar parti dan menyertai parti lain.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.