Tuesday, November 17, 2009

wakil rakyat ponteng


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa ADUN Siputeh (Kedah) tidak lagi menjadi wakil rakyat di situ kerana gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut.

Demang fikirpun memang patut tindakan tersebut. Tidak hadir secara sengaja adalah ponteng. Semasa Demang bersekolah dahulu, jika ponteng dua hari berturut-turut, hukumannya ialah rotan di khalayak ramai dalam perhimpunan mingguan. Hal ini bermakna statusnya sama dengan hukuman ke atas pelajar yang menghisap rokok.

Keputusan tersebut membuktikan mahkamah kita memang bebas membuat keputusan walaupun kes tersebut melibatkan 'anak buah' PM Malaysia.

Apapun pintu rayuan masih terbuka memandangkan ketidakhadiran tersebut walaupun berturut-turut tetapi melibatkan dua penggal dan dalam jarak masa yang agak lama.

Demang harap hukuman tersebut akan menjadi penanda aras untuk semua wakil rakyat dan selepas ini tindakan yang sama perlu diambil kepada mana-mana wakil rakyat.

Amanah rakyat jangan dibuat sambil lewa. Sebenarnya bukan masalah ponteng sahaja. Barangkali terdapat juga wakil rakyat yang sekadar hadir bersidang tanpa sebarang persediaan. Ada juga yang hanya tubuhnya sahaja berada di dalam dewan sedangkan fikirannya merayau ke serata dunia. Namun speaker tentulah tidak boleh mengambil sebarang tindakan dalam kes begitu.

Cuma Demang belum pasti apakah sebab sebenar bekas ADUN tersebut ponteng? Kalau betul beliau ponteng dengan sengaja, padan muka dia.

foto sekadar hiasan:
ponteng Razif Hadi [A... flickr.com

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.