Wednesday, December 2, 2009
BTN dan Doraemon
Sesekali Demang turut bersama anak-anak menonton TV, termasuk siri kartun. Salah satu siri yang Demang suka sejak dulu ialah Doraemon.
Dalam cerita Doraemon, seorang lelaki yang hidup 'di masa hadapan' telah mencipta 'robot kucing' (Doraemon) untuk menjaga ayahnya yang hidup 'di masa silam' (ketika ayahnya masih kanak-kanak). Lelaki itu mahu memastikan ayahnya selamat dan sentiasa mengambil tindakan yang betul, termasuklah mengahwini wanita 'yang betul' dan akhirnya melahirkan lelaki tersebut. Jika ayahnya salah langkah sudah tentu impaknya pada lelaki itu.
Dalam imaginasi Demang, begitulah halnya BTN dilahirkan iaitu membawa harapan generasi akan datang. Apabila BTN membentangkan nilai kepada peserta, prinsipnya ialah apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.
Kita ketepikan sebentar manipulasi pembangkang dalam isu ini.
Dari sudut positif Demang terfikir isu BTN sekarang mempamerkan harapan rakyat untuk melihat BTN benar-benar bebas daripada sebarang kuasa politik. Rata-rata rakyat hari ini bosan dengan politik kepartian. Demang lihat BTN sudah memainkan peranan dengan baik sehingga kini.
Jika diteliti modul-modul yang digunakan BTN sekarang, semuanya menjurus pada kesetiaan kepada raja dan negara. Malah tidak ada badan yang begitu mempertahankan raja-raja Melayu selain BTN. Hal ini kerana raja adalah lambang kedaulatan negara. Mungkinkah kerana raja itu orang Melayu maka BTN dikatakan bersifat perkauman?
Secara fitrahnya, BTN tetap menjadi pengawal mana-mana parti dan memastikan perjuangan mereka kekal relevan. Dalam masa yg sama pemimpin curang akan tersingkir dari semasa kesemasa. Maka pembangkang tidak perlu curiga atau cemburu pada BTN kerana BTN sekadar menunaikan tanggungjawab. Tidakkah BTN juga sering menegur UMNO? Tidak pula orang UMNO melenting dan minta BTN dipulaukan!
Konsep Doraemon ialah tidak mahu 'nasi menjadi bubur'. Hal ini berbeza dengan filem 'Back To The Future'. Dalam filem Inggeris itu watak utama terpaksa pulang ke masa silam bagi memperbetulkan keadaan.
Asam kandis asam gelugor
Ketiga dengan asam rambunia
Nyawa menangis di pintu kubur
Hendak pulang ke dalam dunia
Pantun itu Demang jumpa dalam buku Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tulisan Dr Ismail Noor & Muhammad Azaham, 2000.
foto:
doraemon
taz0312 flickr.com
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSatu kupasan yang menarik selain menggunakan perlambangan Doraemon kepada BTN. Mungkin perkara ini masih tidak kelihatan ataupun samar-samar dikalangan Pakatan Khawarij ini.
Tahniah!!!