Sunday, December 6, 2009

DAP sabotaj Melayu Pulau Pinang

Sebagai anak jati Pulau Pinang dan menetap di pulau mutiara itu Demang melihat blogger Pisau memang wajar menerima sokongan bagi mengembalikan semula pemerintahan kepada BN. Tak kesahlah samada Gerakan atau MCA yang menjadi peneraju, tetapi jangan sekali-kali DAP. Seteruk-teruk Gerakan, mereka masih menghormati pandangan kerajaan pusat yang diketuai UMNO.

Orang Melayu Pulau Pinang sudah merasakan sendiri sekarang kesan kelekaan dan sikap tidak peduli mereka terhadap teraju kerajaan sebelum ini. Bagaimana dengan negeri lain?

Pemimpin UMNO, tolong hayati inspirasi PM. Jika rasa tidak mampu, tolong ke tepi dan beri laluan pada orang lain.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Cheguman,

    Adakah Nasi sudah menjadi bubur atau masih ada harapan? Saya rasa ada jika UMNO Ikhlas dan bangkit segera memperbetulkan keadaan. Biasalah dalam politik jatuh bangun hanya kita harap yang jatuh mempelajari sesuatu dan boleh bangun demi masa hadapan bangsa, agama dan negara.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.