Thursday, December 31, 2009

UMNO vs PAS sama saja, no...


Hari ini 31/12/2009. Sebagai penutup (agaknya) kategori berita besar tahun 2009 ialah kerajaan Kelantan dikehendaki membayar 800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan.

Sepatah komen seorang teman: ”nampaknya sama sahaja samada BN atau PAS.”

Jika Bung Mokhtar (UMNO) ’melarikan diri’ untuk berbulan madu ke Eropah bersama isteri barunya, Dr Rosli (PAS) berjaya melarikan diri bersama isteri barunya daripada kepungan keluarga mertua.

Bezanya Bung Mokhtar pergi dengan ceria manakala Dr Rosli... wallahu’alam.

Tentulah tidak salah beristeri lebih daripada satu asalkan mengikut prosedur sepatutnya. Bahkan bagi seorang pemimpin besar, beristeri lebih daripada satu adalah budaya (kalaupun bukan fitrah) manusia sejak ribuan tahun.

Justeru Demang hairan apabila ada yang memandang sinis perihal sultan mempunyai isteri selain permaisuri.

Demang bukan nak berbicara soal poligami, cuma nak ingatkan bahawa jika kita belum berada di tempat itu, jangan berlagak angkuh mengatakan kita tidak akan melakukannya. Dan jangan menempelak orang lain sebagai ’jahat nafsu’.

Esok, fajar 2010 ’kan menyinsing. Semoga pertambahan usia turut manambahkan kematangan kita dalam berfikir.

Mari kita berfikir dalam paradigma 1 Malaysia.

Kepada semua pengunjung tetap, pengunjung sekali sekala, mahupun tetamu baru Waadat, Demang ucapkan selamat menyambut tahun 2010.

foto hiasan:
memerang15 jpg
harunyahya.com

8 comments:

  1. kita tengah nilai siapa yg mampu menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.

    mereka itulah yg akan dikekalkan dalam pru 13 nanti.

    dengan kuasa yg ada di tangan rakyat..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheguman,

    Memang benar Cheguman apa yang diluahkan.

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2010! Semoga kita semua terus diberkati Allah swt.

    ReplyDelete
  3. kelantan xperlu bayar lagi... masih banyk prosedur bagi mendapatkan keadilan bagi kelantan.. baca la betul2 'kelantan dikehendaki membayar pampasan pada timbermine kerana tindakan kerjaan membatalkan konsesi balak 45 TAHUN DAHULU(BN kan memerintah time tu).. pas hanya mewarisi sepertimana mewarisi hutang kerjaan(BN) yg terdahulu... PUSAT hutang ngn kelantan jugak.. bezanya.. BN kuat berhutang.. PAS tukang bayar hutang umno.. bezanya.. bung mokhtar kawen ngan org umno sendiri... dr. allani bpak pompuan dye tu tegar BN.. ntah la nenapa korang tak perasan sesuatu..

    ReplyDelete
  4. satu lagi perbezaan:
    UMNO parti majoriti dalam BN dan PAS parti minoriti dalam PR.

    Lagi satu;
    PAS dan DAP berpura-pura saling bekerjasama.

    Satu lagi;
    Karpal Sing kata 'langkah mayat aku klu nak bawa Islam!!!!!!!

    lagi satu:
    PAS tak pernah bertanding lebih drpd 1/2 kerusi parlimen tetapi setiak kali PRU beritahu rakyat nak tubuh negara Islam.

    Syyy... jgn kata PAS penipu, nanti penyokong tegar dia tak boleh terima. Depa bukan reti kawal emosi..

    ReplyDelete
  5. tapi umno pun tolak islam walaupun ic depa islam... apalah salah karpal sebagai seorang yg bukan islam utk menolak cara islam.. umno tolak islam, karpal tolak islam.. apa beza karpal ngn umno??

    jawapan..
    karpal xpenah belajar pasal islam..
    umno pula penah blaja tentang islam.. tetapi dua2 tolak islam..

    sebenarnya, orng bukan islam xtahu sangat tentang islam sebab tu mereka menolak.. ditambah lagi umno yg menghasut org bukan islam supaya jangan undi pas.. depa habaq pas ganas sebab nk bawa islam.. bknkah itu menghina islam.. samalah saja umno ngn kapal..

    kerusi parlimen plak.. realitinya pas xmampu menang banyk kerusi jika bersendirian.. keadaaan sosial di malaysia yg berbeza memerlukan strategi utk menang.. berpakt pula dengan pasukan pembangkang.. sebelum ni pas harapkan umno nk bawa islam tetapi depa jauh menyimpang.. ketahuilah masyarkat di malaysia ni masih xmahu menerima islam.. tidak bukan?? abis tu xkan la pas bodoh sangat nak kejar 2/3 kerusi parlimen.. pikir la brader.. xnampak ke pas tengah berdakwah kepada DAP supaya terima sialm.. aku rasa umar alkhattab(sbelum islam) lagi teruk dari kapal... bila DAP sokong kompom ahli parlimen UMNO juga sokong.. malu la depa..

    ReplyDelete
  6. Anon 4:23 PM, (taruk la nama sikit, agar mudah kita berbincang).

    Apakah asas anda mengatakan UMNO menolak Islam? Bagi saya anda hanyalah burung kakatua yang mengulang-ulang cakap orang lain tanpa mendekati dan memahami perjuangan sebenar UMNO. Saya pernah menjadi ahli UMNO dan pernah menjadi ahli PAS. Saya tahu perjuangan kedua-dua parti itu.

    Tujuan saya menulis artikal ini adalah bagi menunjukkan bahawa kita tidak harus melihat kelemahan manusia semata-mata kerana jika orang UMNO buat silap, orang PAS pun tidak terkecuali.

    Lihatlah politik secara terbuka dengan menimbang realiti dan impian. Kita perlu mengimbanginya dalam perjuangan.

    Jangan mudah menyatakan kelemahan orang lain dan menuduh orang lain tidak Islamik padahal diri sendiri belum tentu baik.

    Setakat ini perjuangan UMNO memberi manafaat kepada orang Melayu, orang Islam, dan orang bukan Melayu dan bukan Islam.

    PAS pula baru nak cuba-cuba meniru UMNO.

    Saya tunggu respon anda. Jika tiada, saya anggap anda sudah masuk UMNO.

    ReplyDelete
  7. salam,
    cheguman.. saya bukan kaki lompat.. sy teguh dibelakang kepimpinan ulama.. kini sy rasa tercabar kerana tindakan umno(blogger) yg semakin biadap menghina para ulama sehinggakan prof yusuf qaradawi turut difitnah..
    untuk pengetahuan chegu..
    nabi(muhammad s.a.w) tidak meninggalkan tanah,harta,walhal duit berjuta kepada umatnya.. hanya ilmu(alquran dan sunnah) yg diwariskan nabi.. dan tiada lagi yg fasih tentang ilmu itu melainkan para ulama.. sebab tu kita dengar ULAMA PEWARIS NABI.. seperti kerjanya, ulama ini adalah mneyeru kepada kebaikan.. tapi chegu lihatlah bagaimana ulama2 dihina dan dicerca oleh puak umno..
    adakah blog2 kepunyaan PAS,PKR atau DAP??? umno kan..
    HUDUD pula.. adakah umno memperjuangkannya?? hangpa lebih suka pas tersepit dlm isu ini.. dan menyusahkan lagi keadaan.. adakah puak umno menolong PAS dlm melaksanakn HUDUD.. sekarang hangpa lebih suka mengatakan PAS pengkhianat islam.. TIPU org islam.. dimanakah moral2 yg diuar2kan.. kepimpinan umno juga dilihat rata2 tidak bermoral.. rasuah contohnya.. penolakan hudud.. rompakan terhadap royalti ganu dan kelantan.. bukankah perkara2 ini ditegah oleh islam.. bukankah melakukan perkara ini sama dengan penolakan PENOLAKAN ALQURAN1(SALAH SATU RUKUN IMAN).. UMNO lebih suka memperjuangkan perkara yg kontroversi(DENGAN CARA YG TIDAK CANTIK).. contohnya isu kalimah ALLAH.. adakah isu ini perlu diperhebahkan tanpa perlu melihat kesannya,, adakah umno merujuk alim ulama utk menyelesaikan perkara ini.. cara umno hanyalah menuggu kebinasaan.. cara umno tidak langsung mencerminkan islam yg sebenar.. masalah moral pelapis2 negara langsung tidak dapat ditangani.. dimanakah islam dimasa depan?? dasar umno lah yg menyembelih islam.. PAS SEKALI LAGI MENGAJAK UMNO SUPAYA MENINGGALKAN DASAR KEBANGSAAN KEPADA ISLAM.. salam

    ReplyDelete
  8. cheguman bila nak balas komen sy dia tas ni??? harap maklum..ovistic

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.