Wednesday, January 27, 2010
4 kepala babi di masjid
"KPN sahkan 4 kepala babi bersama wang diletak di Masjid Imam At-Tirmizi Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron awal pagi tadi."
Itu berita yang Demang terima lewat SMS sebentar tadi.
Siapakah yang melakukannya? Barangkali itulah antara soalan yang berlegar dalam kepala ramai rakyat Malaysia sebaik mendapat berita ini. Lantas banyaklah spekulasi yang dibuat. Orang bukan Islam kah? orang Islam sendirikah? Atau musuh negara yang cuba mengambil kesempatan?
Bagi Demang, soalan yang elok ditanya ialah adakah perbuatan tersebut dilakukan oleh semua penganut sesuatu agama? Contohnya, jika orang Kristian yang melakukan, adakah semua orang Kristian atau majoriti penganut Kristian di negara kita?
Tentulah mustahil semua penganut agama tersebut melakukannya. Malah Demang yakin penjenayah tersebut tidak mewakili mana-mana kelompok atau agama mahupun kaum. Mereka mewakili diri mereka sendiri yang gagal mengawal emosi. Kegagalan mengawal emosi sendiri diambil kesempatan oleh pihak yang ingin melihat Malaysia kucar kacir dengan menghasut mereka bertindak liar.
Ingat, LIAR adalah istilah yang kita gunakan untuk HAIWAN, bukan manusia.
Tidak lama lagi Demang akan menimang cahaya mata lagi. Demang tidak mahu anak-anak Demang tinggal di sebuah negara seperti Palestin atau Iraq atau Afghanistan.
Demang percaya, semua rakyat Malaysia pun demikian juga. Maka mari kita jaga negara kita bersama-sama berdasarkan perlembagaan, bukannya berdasarkan perasaan.
Salam Satu Malaysia.
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Demang, berdoa ajelah pada tuhan supaya negara kita selamat untuk anak-anak kita. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka mengesan siapa yang bertanggungjawab. Harap rakyat Malaysia terutama orang Melayu bertenang. Hargailah keamanan negara pada masa ini dan bantulah pihak polis dengan memberi maklumat. Dilihat dari segi matlamatnya seperti ingin membuat provokasi supaya berlaku ketegangan kaum. Ada orang yang berkepentingan dalam hal ini yang ingin mencetuskan hura-hara di negara ini. Pembicaraan DS Anuar pun bermula minggu depan macam macam kemungkinan boleh ditimbulkan oleh pengikut tegarnya untuk mengalih tumpuan masyarakat terhadap kesnya.
ReplyDeleteAssalamulalaikum Cheguman,
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur..kerana akan InsyaAllah bertambah lagi zuriat Cheguman berdua. Rezeki dari Allah dan Amanah yang berat..
Tentang lontar babi ini kita semua jangan panik dan melatah...ini yang musuh mahu walau siapa pun musuh ini..musuh luar atau dalam selimut.
Bila kita MARAH, kita hilang kawalan dan macam macam boleh terjadi yang akan kita kesali nanti.
Jadi..kita tunggu biar pihak berwajib jalankan siasatan. Disamping tu, Mohon semua solat Hajat ramai-ramai..baca Yassin...siapa yang buat dia yang kena...
Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk masa hadapan bangsa, Agama dan Negara tercinta.