Sunday, January 10, 2010

Meletup lagi


Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis dekat Taiping dilempar bom api pagi tadi tetapi tiada kerosakan pada bangunan: Ketua Polis Perak. (BH 10/01)

Tak lama lagi standard Malaysia dah setaraf dengan negara Islam lain seperti Iraq, Palestin, Iran, Indonesia dll. Meriahlah.

Kerajaan Malaysia pun tak perlulah susah payah mempromosikan negara kita. Jimat belanja.

Inikah yang kita mahukan? Beginikah negara yang nak kita wariskan kepada anak-anak kita?

Selama ini negara kita aman damai. Itu sebabnya kita leka dan seronok bermain bunga api. Kita sangka hanya negara orang sahaja yang boleh huru hara manakala negara kita tertampan dek doa wali serta ahli sufi. Justeru kita boleh berbuat apa sahaja.

Pun mujur kita masih ada wali, sufi, dan kiyai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ummat. Seperkara lagi, negara terselamat kerana usaha dakwah jamaah tabligh yang berterusan.

Pagi tadi seorang pengunjung menegur Demang kerana mencemuh ulama'. Maaf, saudara. Demang bukan mencemuh ulama' bahkan dua orang datuk dan moyang Demang bertaraf ulama. Yang Demang tegur ialah ahli politik yang sanggup menolak salam perpaduan sesama Islam hanya dengan alasan "dulu kita dah kena tipu".

Serik tu memang perlu tetapi biarlah bertempat. Jangan sampai kita dikatakan bangang sebab terlalu lurus bendul!

Kenapa Demang sokong Najib? Sebab beliau konsisten dalam isu perpaduan Islam dan persefahaman antara kaum.

Kenapa Demang tak suka Anwar? sebab 'itu olang' banyak cetuskan polemik dalam negara. Malah, seblum mahkamah tinggi memutuskan penggunaan kalimah Allah minggu lalu, Anwar sudah lebih awal menyokongnya. Tak percaya? lihat sendiri video ini.

foto hiasan sahaja:
fire vuur duivel
jhoog64 flickr.com

7 comments:

  1. Assalamualaikum Cheguman,

    Ada Ularmak sudah terbiasa menuduh orang MelayuIslam kalau berlaku yang tidak baik, jadi dah terbiasalah kalau ada yang tak baik UMNOlah. Yang peliknya, yang baik dari UMNO tak pula mahu disebutnya.


    Pasal itu OLANG, memang dia langsung tak boleh percaya!!

    ReplyDelete
  2. 'itu olang' sudah kelam kabut sbb kena panggil court...

    ReplyDelete
  3. salam..
    bukan lah islam itu yg nik aziz tolak tetapi umno dan peranaginya.. dimana islam hendak bersatu jika dalam umno sendiri tidak menerima islam???? fikirkanlah cikgu.. dulu umno tidak pula beria2 nak bersatu.. pas menggunakan lonsep dakwah.. berdakwah kepada org umno supaya menerima pas.. cara yg cukup cantikk.. tetapi bagaimana cara umno nak takluk terengganu??? mendikrminasi org2 pas daripada mendapat bantuan.. itu islamkah.. adakah pas perlu bergabung dengan bangsa sezalim ini.. zalim tehadap bangsa sebdiri.. sedangkan pkr dan dap lagi baggus dari gagasan BN.. jelas disini umno menggunakan nama muafakat islam utk politik sempit.. utk mereka terus berkuasa.. utk membolehkan mereka mengaut harta negara.. utk mebolehkan mereka buat sesuka hati. pabila mereka dah kuta barulah pas ditendang.. apakah nak percaya lagi org macam ni.. len lah kalau umno dah betul2 insaf.. seruan nik aziz supaya bersatu akidah dan dasar parti.. kenapa xnak??? PAS X BODOH CAM KORANG SANGKA..pas dah jangka akan dipergunakan umno..

    ReplyDelete
  4. bang_mi

    UMNO/BN menggunakan politik yang cukup halus untuk berkuasa. meringankan beban rakyat, memberi bantuan itu dan ini, menjanjikan pembangunan dan kemudiannya dilaksanakan walaupun kadangkala, projek hanya berjalan ketika nak pilihanraya sahaja.. salah kah?

    sedangkan pakatan rakyat menjanjikan bulan dan bintang, menurunkan harga minyak, bagi bantuan kepada ibu tunggal, ebri bantuan kepada pelajar yang masuk U, bagi air percuma.. itu betul, kah?

    tapi apa jadi pada pakatan hari ini? mana janji-janji 'negara berkebajikan' yang lain, rakyat terus menagih janji-janji mereka. pada masa yang sama pemimpin-pemimpin pakatan rakyat terus menujing jari salahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri, betulkah cara pentadbiran yang sebegitu?

    siapa yang zalim terhadap bangsa sendiri? membiarkan rakyat terus menagih janji tapi apabila tak mampu, tuding jari kepada org lain.

    memang PAS tak bodoh, tapi UMNO mungkin lebih bijak sedikit dari PAS, kan?

    'pas dah jangka akan dipergunakan umno'..

    dah tau diri dipergunakan, tapi terus dengan perangai lama...

    siapa bodoh?

    ReplyDelete
  5. gerombolan2 PAS ni selalu lari tajuk.penulis kata keamanan satu negara yg pencacai PAS pulak masih di takuk lama iaitu subsidilah,wang ehsanlah,tudunglah apekejadahlah,hampas betul.Negara ini akan aman bila Melayu Bersatu.Bangsa Malaysia akan berjaya dan maju hanya apabila melayu berkuasa.itu je.Jgnlah perkara remeh2 dibawa untuk berbincang.buang masa je.

    ReplyDelete
  6. Bang Mi,
    1) Saudara kata 'kenapa sekarang baru UMNO nak berdamai?'. Kenapa soalan yang sama tidak diajukan kepada Anwar Ibrahim dan pengikutnya ketika mereka disingkir daripada UMNO? Padahal Anwar terang.terang menolak jemputan PAS dan kemudian begitu keras terhadap PAS! Ingat, Anwar bukan sekejap di dlm UMNO. Bahkan beliau yang byk mencorakkan UMNO termasuk memperkenal imej elit dlm UMNO.

    2) Saudara kata DAP & PKR lebih baik daripada UMNO. Boleh saudara beri beberapa hujah atau bukti?

    Mungkin saudara ada jawapan tersebut dan mungkin saya tidak menyedarinya selama ini. Kita gali kebenaran bersama-sama.

    ReplyDelete
  7. AMENO Chacha Marba said...
    SKRG api keMARAHan telah terbakar keserata negeri,dari KL ke PJ keTAIPING,keMIRI dan tak tau esok kemana pula....Yang korang dok BANTAI si-Anwar dan Khalid,tak ada apa2 kesan pun..!!!
    Mana pergi POLIS,nak kawal JENAYAH ni..?????Cakap aje lebih..!!!Pegi lah TANGKAP puak2 yang celupar mulut kat demo SHAH ALAM ,jumaat lalu..Kenapa tak cekup Mat UMNO tu?
    SUMBAT keDALAM I.S.A...!!!!!!!!!!
    KENAPA TAK BUAT..???KENA batang hidung sendiri....???Apa yang si HISHAMUDDIN dan IGP buat..????
    Ni nak suruh POLIS jdi Mat DESPATCH
    pegi antar 400000 I/C,pulak......
    PELIK,PELIK..tetapi BENAR....!!!!

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.