Tuesday, January 19, 2010

sains dan penyakit misteri

"Batu berjalan di Death Valley Callifornia US sehingga 318 meter setahun memeningkan kepala saintis hingga kini."

Demikian rencana berita yang kebetulan saya temui dalam sebuah akhbar mingguan. Dalam buletin berkala yang lain saya temui kisah misteri berbeza yang berlaku di negara kita:

Seorang lelaki bernama Subadri Subaron di Batu Pahat menceritakan kepada Mingguan Media semua ahli keluarga beliau terkena santau. Beliau adalah satu-satunya yang terselamat.

Kedua-dua berita di atas nampak berbeza namun mempunyai satu persamaan iaitu 'kes misteri' yang gagal diungkap menggunakan metodologi sains dan tidak mampu diselesaikan dalam makmal saintis.

Adakah itu realiti atau khayalan?

Mudah sahaja. Kesakitan, kerisauan, masalah, dan kematian adalah realiti. Selain kematian, masalah-masalah tersebut perlu di atasi.

Maka masalah santau juga satu realiti. Ia benar-benar terjadi. Adakah muntah darah dan berak berdarah itu suatu khayalan hanya kerana doktor yang merawat mengatakan tiada penyakit tertentu yang dapat dikesan?

Selain daripada contoh di atas, banyak lagi peristiwa misteri yang berlaku di seluruh dunia.

Hingga kini sains masih belum mampu menghubungkan fakta kajian mereka dengan perbuatan sihir seperti 'vodoo'. Maka dari semasa ke semasa manusia menderita atau maut tanpa dapat dirawat menggunakan mekanisme yang sesuai.

Tanpa menafikan peranan dan sumbangan sains dalam membantu menyelamatkan manusia, perubatan alternatif mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah misteri. Sekurang-kurangnya sebagaimana kata orang tua-tua, 'tiada rotan akar berguna'.

Bahkan rawatan alternatif termasuklah yang dilakukan secara tradisional kadangkala bukan sekadar produk pengganti malah merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi kes-kes tertentu.

Justeru biarpun pelbagai kekangan yang kami hadapi namun saya tetap meneruskan usaha mengetengahkan minyak Morhabshi kepada khalayak masyarakat terutama orang Islam. Malah jika orang bukan Islam ingin mencuba kami tidak keberatan untuk membantu.

Tadi saya katakan berak dan muntah darah. Sudah tentu ia bukan semata-mata kerana santau. Buasir juga menyebabkan keluar darah daripada dubur. Begitu juga masalah usus lainnya.

Sudah tentu saya tidak dapat menjamin masalah anda akan selesai. Namun berdasarkan pengalaman lalu, sudah ramai yang berjaya mengatasi masalah mereka berbantukan minyak warisan nenda kami.

Selain itu anggap sahaja minyak Morhabshi sebagaimana yang saya catatkan tadi; 'tiada rotan akar berguna'. Ertinya, sambil anda berubat dengan orang lain atau kaedah lain, gunakanlah minyak Morhabshi.

Cuma RM5 sebotol. Bagi memudahkan urusan pengeposan, belilah mengikut pakej yang kami tawarkan. Anda bukan sahaja dapat menggunakannya malah dapat menjual atau menghadiahkan kepada rakan taulan. Jika anda memilih pakej 20 botol, harga sebotol cuma RM3 sahaja.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Cheguman,

    Memang minyak ini baik dan saya berani syorkan. InsyaAllah swt, kita berikhtiar, Allah swt yang sembuhkan. Tapi kita digalakkan BerIkhtiar dahulu dengan yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam dan terima kasih Makcik.

    (sebenarnya saya tersilap posting artikal ni. Sepatutnya nak publish di blog http://morhabshi.blogspot.com tetapi terhantar ke blog waadat ni.. petang tadi baru perasan).

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.