Thursday, January 21, 2010

siapa taknak memang penakut


Untuk kesekian kalinya Saiful berjaya menangguhkan lagi kes liwatnya.

Terbaru, Saiful berjaya meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan. Alasan Saiful ialah ingin mendapatkan bukti-bukti pehak tertuduh agar dapat dia menjawab hujah lawan di dalam mahkamah.

Seolah-olah perbicaraan sebelum perbicaraan. Ada juga yang kata, seolah memberikan senjata kepada lawan untuk diperiksa dan diluluskan!

Tak kesahlah. Apa alasanpun boleh dicari asalkan dapat menangguhkan perbicaraan. Kelemahan undang-undang boleh dimanipulasi oleh barisan peguam hebat.

Disuruh bersumpah, Saiful taknak. Katanya bercanggah dengan syariat. Walaupun baru-baru ini Nik Sapeia mendapat perkenan ulama untuk bersumpah, Saiful tetap berkeras untuk tidak bersumpah dengan nama Allah. Walaupun Najib telah bersumpah atas nasihat ulama, Saiful adalah insan terkecuali. Dia 'maksum'.

Sementara itu Saiful boleh timbulkan isu politik baru. Modus operandinya mudah sahaja. Mana ada kerajaan yang sempurna. Jadi, pilih sahaja satu dua kelemahan yang ada, manipulasi cukup-cukup. Biar perhatian rakyat terarah ke isu tersebut. Dengan itu kes liwat dilupakan atau dianggap helah kerajaan pula.

Buat sahaja lah sementara masih ada penyokong yang mahu percaya. Lama-lama rakyat akan termakan juga.

Demikian adanya...

Maaflah Saiful. Demang songsangkan kisah ini bagi melihat bagaimana jika Saiful yang menangguhkan perbicaraan, bukannya Anwar. Demang buat begitu kerana masih ada yang menyangka Saiful yang sengaja menangguhkan perbicaraan.

Tak mengapalah Saiful. Sangkaan atau tuduhan tersebut adalah suatu hujah bahawa orang yang menangguh-nangguhkan perbicaraan adalah orang yang takut. Manakala orang yang takut ialah orang yang bersalah.

Bukankah berani kerana benar?

Rakyat bukan bodoh.

3 comments:

  1. bagus dengan analogi anda. pedih juga membacanya

    ReplyDelete
  2. tulisan ini hanya bersifat emosi.. mengetepikan prosiding undang2 adalah satu yg salah.. yg mana besar tentulah undang2... sebagai defendan, DSAI berhak mendapat keadilan secukupnya.. semua org tahu yg mahkamah kini dipegang oleh kerajaa.. kerajaan pula mahu jatuhkan DSAI sebab mereka takut.. kes ini juga sengaja direka.. mana mungkin anwar meliwat saiful jika saiful tiada kesan diliwat.. kerajaan juga terus menyekat laluan anwar utk membawanya ke mahkamah syariah menjelaskan lagi temberng kerajaan.. tujuan mereka adlah utk jatuhkan anwar bg memastikan kerajaan mereka.. tetapi mereka tak lihat siapa lagi yg bakal menentang kerajaan.. sy bilang mereka lebih berkaliber dari anwar.. sekali lagi.. xmungkin org ramai percaya skrip lama ini.. dah lapuk dol..

    ReplyDelete
  3. InnAllahamaaSabrin..

    Kesian pada Saiful....Sabarlah nak. Masih ramai tak nampak belang yang sorang tu..sebab pandai berlakon dan ramai pula peminat setia!!

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.