Friday, February 19, 2010

3 isu besar pembangkang


Pagi ini ada 3 'berita besar' yang disiarkan dalam Harakah Daily.

Pertama, berita Hj Hadi menyelamatkan seorang warga emas yang hampir lemas. Demang ucapkan tahniah kepada Hj Hadi atas keberanian beliau. Bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Anwar ibrahim pun belum tentu lagi. Mengkritik tentang kelemahan pakaian renang bolehlah.

Berita kedua ialah hasrat pembangkang yang ketandusan isu terpaksa menggunakan masalah teknikal kapal selam yang gagal menyelam bagi menyerang kerajaan BN yang dipilih rakyat.

Manakala berita ketiga ialah rayuan pemuda PAS agar terus menyokong Lim Guan Eng kerana pemimpin DAP itu sedang kesusahan sekarang.

Demikianlah apa yang Demang faham daripada berita-berita yang disiarkan HarakahDaily pagi ini.

Memanglah lidah rasmi PAS itu tidak menulis sebagaimana Demang. Tetapi itulah propagandanya.

Apabila mereka menulis tentang Hj Hadi bermaksud mereka mahu orang ramai tahu bahawa presiden PAS itu seorang yang berani.

Berita tentang kapal selam pula membuktikan isu besar lain sudah tiada. Justeru masalah teknikal dipersalahkan. Sepatutnya ia diselesaikan secara teknikal juga.

Permintaan PAS agar membei peluang kepada Lim Guan Eng menunjukkan DAP semakin nazak sehingga terpaksa menggunakan talian hayat.

Itulah namanya PROPAGANDA.

1 comment:

  1. NUAR BERAHI BEKAS BANDUANFebruary 19, 2010 at 10:02 AM

    Heeeeee betoi ka dia tolong.kalau tengok video tu dia tolong heret orang lemas tu naik ke pantai jer.yang bersusah payah orang lain.Dia hanya jadi pelengkap cerita jer

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.