Sunday, February 28, 2010

Bukan Islam Sokong Islam


Hari ini Demang berseminar sehari suntuk dan tidak sempat mengulas isu semasa. Cuma apabila menerima sms tentang amaran tsunami di Sabah maka Demang lajakkan sahaja ke blog tanpa sebarang ulasan.

Bercakap tentang tsunami, teringat pula tsunami politik selepas PRU12. Kebetulan Demang baru berbual dengan seorang sahabat yang bercerita pengalaman mengira undi di tempatnya. Beliau terkejut apabila mendapati peti undi daripada kawasan pertempatan bukan Islam majoritinya memberi undi kepada PAS. Namun oleh kerana kawasan tersebut majoriti pengundi adalah orang Islam maka kerusi tersebut dimenangi calon UMNO.

Kenapa pengundi yang tidak beragama Islam memberi undi kepada parti berlogo Islam? Adakah kerana mereka sudah sedar bahawa Islam itu agama yang benar dan pemimpin Islam adalah pemimpin terbaik? Kalau begitu, kenapa mereka tidak memeluk Islam sahaja?

Demang terkenang Ridhuan Tee yang berhempas pulas cuba memberitahu saudara seagama tentang pe'el kaumnya yang bersifat ultra kiasyu.

Sampai begitu sekali beliau menulis, masih belum mahu faham apa yang sedang berlaku? Kalau susah sangat nak faham, terpaksalah Demang katakan terus terang. Orang bukan Melayu mahu menguasai pemerintahan negara ini setelah mereka berjaya menguasai ekonomi negara sekian lama.

2 comments:

  1. salam,
    Kalau BN menang ,bukan islam kena tunduk n ikut cakap UMNO.Tp kalau Pas menang Pas dah janji akan ikut cakap di orang.Lihat lah sekarang,Nik Ajis, Nizar dan Pas selangor Jadi barua DAP.Sanggup ketepikan islam.Inilah pelacur2 agama.Lepas satu,satu d lacurkan.Tau pulak marah,bila katun anwar main nik ajis, sedangkan pelakuan melacurkan agama demi kepentingan politik itu sebenarnya lebih hina lagi!Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn Anon. Itulah realitinya. Justeru mempertahankan UMNO adalah sebuah jihad. Bukan kerana namanya UMNO, tetapi kerana itulah wadah perjuangan paling relevan setakat ini.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.