Saturday, February 20, 2010

campur tangan asing: Hadi sanggah Anwar


“Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," Haji Hadi, Presiden PAS (Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu).

Demang memang sudah jangka. Hj Hadi bukan sengaja menyanggah Anwar Ibrahim kerana nama dia Anwar Ibrahim. Hj Hadi terpaksa mengenepikan sekutu demi perjuangan yang hak.

Demang amat hairan apabila terdapat rakan-rakan kalangan pembangkang yang bersetuju dengan campur tangan asing. Kononnya dalam keadaan terpaksa kita boleh meminta pertolongan orang asing. Agaknya samalah dengan prinsip meminta pertolongan daripada syaitan dan DAP.

Mereka sangka yang dinamakan musuh itu hanya yang datang menyerang daripada hadapan menggunakan senjata berdentum dentam. Mereka terlupa bahawa untuk menebang banir yang besar maka hulunya diperbuat daripada kayu!

Berita berkaitan:
http://pakmie.blogspot.com/2010/02/50-mp-australia-sikap-hadi-berbeza_20.html

http://www.papagomo.com/2010/02/fakta-haji-hadi-menunggu-masa-yang.html

http://www.pilihanrayakini.com/2010/02/hadi-tak-sebulu-dengan-anwar.html

2 comments:

  1. Sikap "ke hero ran" begini yang kita tuntut dari golongan Ulamak. Ulamak perlu bersikap patriotik dan memimpin umat untuk mencari kebenaran. Siapa bersalah di antara DSAI & Saiful serahkanlan kepada mahkamah. Mungkin boleh dibuat solat hajat memohon Allah tunjukkan siapakah yang benar...

    Memang Umno/BN ada kalanya tersilap,
    Memang kita tidak perlukan sokong yang membawa rebah,
    Memang kita pelukan pembangkang yang professional,
    Tetapi dalam isu "patriotik" dan mencari kebanaran rakyaat Malaysia perlu bersatu!!!

    ReplyDelete
  2. kelemahan yg berlaku di malaysia menyebabkan negara luar senang camper tangan.. macam kes syu ki.. aku tak rasa anwar yg mintak mereka campur tangan..

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.