Sunday, February 21, 2010

Hadi serba salah


Setelah mengeluarkan kenyataan yang menyelar campur tangan asing dalam perbicaraan mahkamah Malaysia, Haji Hadi seakan cuba membatalkan pendirian tersebut. Walaupun beliau tidak menarik balik bantahan tersebut namun beliau cuba menarik audiens ke sudut lain dengan mengemukakan hujah-hujah yang tidak berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Ini bukan kali pertama baik Hj Hadi mahupun Nik Aziz bertindak seperti itu. Cuma oleh kerana Hj Hadi jarang mengeluarkan kenyataan maka Nik Aziz lebih menonjol sifat flip-flopnya.

Begitulah sukarnya apabila menumpang kekuatan orang. Dalam PRU12 yang lalu kerusi PAS bukannya bertambah sangat. Kerusi mereka sekarang cuma ada 23 manakala PKR 28 dan DAP 29, kalau tak silap Demang.

PAS seharusnya berdiri dengan kekuatan sendiri. Bukan tidak boleh bergabung dengan parti yang tidak seagama namun biarlah bergabung dalam keadaan PAS menjadi parti dominan.

Bukanlah Demang hendak memuji UMNO secara melulu namun parti itu lebih berkemampuan untuk menerajui negara. Mereka juga bergabung dengan kaum bukan Melayu namun dalam kedudukan sebagai pemegang kuasa. UMNO menjadi suara majoriti dalam BN.

Kalau nak ikut demokrasi, kenalah faham permainan politik demokrasi, bukan setakat pandai berdemonstrasi.


foto
246x260 - 28kB - gif
www.nccg.org

1 comment:

  1. Nampaknya Hj hadi lebih stabil dan matang pandangannya berbanding dengan Nik Aziz. Sebab tu agaknya Nik Aziz tak dapat jadi Presiden PAS.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.