Monday, February 15, 2010
Hentikan segera episod Anwar
Ya. Hentikan segera kerana ini bukan sejenis permainan!
Isu Anwar sudah berlarutan lebih 10 tahun. Sudah sampai masanya ia ditamatkan tanpa kompromi.
Jangan perjudikan nasib rakyat dengan membiarkan negara terus tidak stabil Apatah lagi sehingga mengundang campur tangan kuasa asing!
Siapa Anwar? Anwar hanya seorang manusia. Hanya seorang individu. Malaysia tidak akan musnah jika Anwar tiada.
Lebihnya Anwar ialah kerana dia petah dan pintar berpidato. Macam Sukarno.
Namun kepetahan berpidato Sukarno akhirnya tidak ke mana. Rakyatnya terpaksa menyabung nyawa ke negara orang bagi mencari makan. Sekadar untuk menjadi 'bibik' dan 'Mat Indon' di ladang dan tapak binaan.
Pemimpin datang dan pergi. Kita tidak ketandusan pemimpin seperti itu bahkan lebih hebat daripada itu boleh dididik dan digilap. Jangan kita meragukan pertolongan Allah.
Sekarang Allah telah memberikan Najib yang berjiwa kental, tabah, dan bersemangat waja. Keturunan orang baik-baik. Malah nenek moyang beliau adalah pemerintah kerajaan Islam di Sulawesi. Keturunan itu jugalah yang membina semula kesultanan di Tanah Melayu selepas Melaka musnah.
Percayalah; Malaysia tidak perlu bergantung pada Anwar. Bahkan negara akan lebih aman tanpa Anwar.
Sekiranya Anwar menjadi PM, bukan 100% rakyat akan menyokongnya. 70% pun belum tentu. Malah, setakat ini Anwar cuma mempunyai 28 kerusi di parlimen. Kalau dikira peratus, sokongan terhadap PKR cuma ada 12%!
Bahkan, bukan semua YB PKR masih menyokong Anwar sepenuhnya!
Yang Demang paling bimbang ialah Anwar banyak hutang: hutang budi di sana sini!
foto:
Stop It jpg
hahastop.com
5 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
salam tuan blog
ReplyDeletekawe sokong PR dan Anwar kerana apa ?
kerana Anwar dan PR lah yang berani melawan arus bangun menentang UMNO/BN kalau nak harap puak2 dalam umno haprak tu sampai kiamat pun tidak akan sedar umno seperti ynag terjadi dalam PRU 12 . barulah umno nak sedar , nak dahulukan rakyat, dahulukan kebajikan. apa selama 50 tahun hang buat apa umno/bn? dok merompak dan mentekedarah duit rakyat sampai duit royalti depa tukar jadi duit ehsan. tanpa ada kawalan dan pembentangan pada pengetahuan parlimen kerana berselindung disebalik akta OSA.
Hanya ANWAR dan PR dan Pertolongan Allah SWT yang mampu menghapuskan kekuasaan UMNO/BN
sakam anon,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya lahir di Malaysia dapat membesar hingga hari ini. Kalau di Venezuela, barangkali ibubapa saya tidak sempat membawa saya keluar hospital kerana di sana kadar kematian bayi amat tinggi hingga sekarang.
Alhamdulillah kerana saya lahir di Malaysia kerana dengannya saya mendapat taraf kerakyatan secara jus soli, belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti dan menjadi guru tanpa perlu merasuah pegawai seperti di Indonesia. Malah saya tidak perlu menyabung nyawa merentas laut untuk bekerja di sini sebagai buruh kasar atau kuli di rumah orang bukan Islam.
Alhamdulillah saya dan 9 adik bberadik saya dibesarkan di sebuah Felda dengan pelbagai kemudahan. Ibu bapa saya yang asalnya tiada sebarang harta kini sekurang-kurangnya mempunyai 10 ekar lading kelapa sawit.
Alhamdulillah kerana Allah SWT memilih UMNO menerajui BN bagi memerintah negara ini.
Alangkah takburnya saya jika saya beranggapan tiada langsung jasa UMNO sepanjang memerintah negara ini.
berkenaan royalti? menurut perjanjian 1974, jika minyak ditemui di daratan atau 3 batu nautika dalam perairan negeri tersebut layak dapat 5% royalty. Tahukah demo minyak yang dikatakan milik Kelantan itu ditemui 150 batu nautika daripada Kelantan? Malah di kawasan bertindih dengan Thailand!
ReplyDeleteBersyukurlah apabila kita menang dalam tuntutan dengan Thailand dan bersyukurlah Najib nak bagi 20 juta wang ehsan.
kemampuan Petronas mencarigali minyak juga bukti kejayaan UMNO dan BN. Arab Saudui sehingga kini masih bergantung pada USA.
Semoga UMNO-BN terus berjaya. Semua yang Demang catatkan tadi takde kenaq mengena dengan perjuangan Anwar sikit habuk pun!
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteBerapa banyak agaknya wang Anon tu yang UMNO rompak?
Susah betul mereka nak mengenang jasa UMNO dan tak nampak pula apa yang telah UMNO lakukan pada bangsa, Agama dan Negara selama ini.
Agaknya Anon ini baru keluar dari Gunung Tahan dan tidak tahu pun kita telah merdeka sejak 1957...kesian.
Kesian pada yang tak kenal antara kaca dan permata..
semoga UMNO/bn terus memerintah negara kita..insyallah...betul mcm apa yg demang ckpkan...anwar terlalu bnyk terhutang budi...
ReplyDelete